Jika jamuan makan tengahari yang dirancang oleh Yayasan Selangor bernilai RM300,00, organisasi itu turut mengeluarkan kira-kiraRM150,000 untuk pesta memancing hari ini, sebagai sebahagian lagi acara sambutan ulangtahunnya yang ke-40.
Pertandingan memancing itu dilangsungkan di kolam Seksyen 7 Shah Alam dengan hadiah pertama wang tunai RM10,000, kedua RM7,000 dan ketiga RM5,000. Dua buah motosikal pula dijadikan tarikan sebagai hadiah utama cabutan nombor bertuah.
Selain daripada pesta memancing itu, yayasan berkenaan juga akan mengadakan acara korban sempena Iduladha pada Khamis ini. Acara akan dijalankan di Asrama Yayasan Selangor di Kelang melibatkan 12 ekor lembu korban.
Bagaimanapun Agendadaily difahamkan hanya dua ekor akan disembelih di asrama tersebut manakala 10 ekor lagi diselenggara oleh Jabatan Veterinar.
Bagaimanapun Agendadaily difahamkan hanya dua ekor akan disembelih di asrama tersebut manakala 10 ekor lagi diselenggara oleh Jabatan Veterinar.
Yang menariknya kedua-dua acara memancing dan korban dianjurkan oleh Yayasan Selangor tetapi diserahkan kepada syarikat perunding untuk mengendalikannya.
Jumaat, Sultan Selangor murka dengan penganjuran makan tengahari yang dijadualkan Isnin, lalu membatalkan hasrat menghadirinya kerana menganggap RM300,000 untuk majlis makan adalah terlalu mahal dan membazir.
Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Ramli Mahmud yang menyatakan kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah itu menegaskan wang tersebut wajar digunakan untuk tujuan pelajaran dan kebajikan para pelajar.
Sabtu, Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendedahkan bahawa RM300,000 yang sudah dibayar sebelum majlis berlangsung hanyalah pendahuluan dan jumlah sebenarnya adalah RM800,000.
Dengan pesta memancing hari ini yang menelan belanja RM150,000 dan acara korban perdana Khamis kelak, sumber memberitahu Agendadaily, keseluruhannya mencecah angka sejuta ringgit..
Sumber dalaman Yayasan Selangor memberitahu Agendadaily bahawa para pegawai dan kakitangan hanya melaksanakan tugas berdasarkan arahan yang diberi oleh pihak pengurusan yang membuat keputusan mengenai sambutan berkenaan.
“Apahal nak sambut sempena 40 tahun…selalu sambutan adalah sempena 50 atau 100 tahun. Ini tentulah kerana alasan politik kurang matang,’’ kata satu sumber.
Sumber tersebut turut menyebut mengenai buku keluaran khas terbitan yayasan bersempena usia yayasan itu 38 tahun Kos buku katanya, melebihi RM200 senaskhah dan mutu penerbitannya amat mengecewakan kerana diterbitkan secara tergesa-gesa dan tidak profesional - Agenda Daily
No comments:
Post a Comment