Tuesday, December 28, 2010

Ini Gila Babi punya Kes

Najib pernah tuduh isteri pertamanya dulu, Tengku Puteri Zainah gila babi semata-mata untuk kahwin dengan isteri orang. Dia membeli isteri orang untuk dikahwini.Rupa-rupanya terbukti bahawa Najib sendiri yang tersampuk dengan penyakit gila babi!

Macamana tidak?, tiba-tiba Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno dilantik sebagai Pengerusi Felda!

Bahawa pemilihan Isa Samad ini menunjukan bahawa Najib tidak serius untuk membenteras gejala rasuah yang berleluasa dalam negara.; kalau tidak masakan seorang yang dikenali sebagai ikon rasuah boleh dilantik ke jawatan tersebut.

Isa telah didapati bersalah kerana rasuah politik (bagi duit untuk mendapatkan undi) dan telah di gantung keahlian selama enam (6) tahun.Isa bernasib baik kerana hukumannya dikurangkan kepada tiga (3) tahun sahaja selepas merayu.

Isa, besar kemungkinanya terpaksa merengkok dalam penjara entah berapa tahun lamanya kalau kes rasuahnya itu di bawa ke BPR (sekarang SPRM).

SPRM tidak berani untuk menyiasat Isa Samad dan begitu juga Jawatankuasa Disiplin Umno yang terpaksa mengurangkan hukuman gantung keatas Isa dari enam tahun atau dua penggal kepada tiga tahun sahaja selepas beliau membuat rayuan.

Desas desus mengatakan ini semua kerana Najib terhutang budi dengan Isa Samad yang pernah menolongnya sewaktu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Port Dickson dengan seorang penyanyi terkenal tanah air

Friday, December 24, 2010

Tiada perubahan dalam pemerintahan Najib - Kajian Merdeka Center

SHAH ALAM : Selepas lebih dua tahun mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat dijangka berjaya mempertahankan Selangor jika Pilihanraya Umum diadakan sekarang, menurut tinjauan terbaru Merdeka Center.

Kira-kira 57 peratus dari 1,214 responden percaya hala tuju pentadbiran Selangor oleh Pakatan Rakyat adalah tepat, manakala hanya 28 peratus berpendapat sebaliknya.

Sokongan dari masyarakat Cina kekal 53 peratus, manakala sokongan darimasyarakat India meningkat dari 63 peratus kepada 72 peratus.

Menurut Merdeka Center, sokongan kaum Melayu adalah pada tahap 55 peratus.

Sementara itu, 67 peratus responden berpuas hati dengan prestasikerajaan negeri Selangor, manakala 55 peratus yakin atau sangat yakindengan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Angka ini jauh mengatasi 22 peratus responden yang berpendapat sebaliknya.

Tinjauan ini dijalankan atas permintaan Kerajaan Negeri Selangor,melibatkan pengundi berumur 21 ke atas melalui temubual telefon dari 27Julai hingga 23 Ogos.

Tinjauan yang sama juga mendapati Perdana Menteri Najib Abdul Razakterus menghampakan pengundi-pengundi Selangor.

Kira-kira 49 peratus percaya rasuah di peringkat kerajaan persekutuanterus meningkat manakala 15 peratus percaya tidak ada perubahan sejak Najib mengambil-alih kuasa.

Thursday, December 23, 2010

1Malaysia : Bukan Takut Tapi Meluat Muyidin aii ...

Muhyiddin kata Pakatan Rakyat takut terhadap 1Malaysia yang (kononnya) dilhamkan oleh Najib Razak, yang sah-sah menipu rakyat satu Malaysia. Padahal terdapat juga 1Israel dan 1Indonesia yang turut menggunakan logo yang sama, malahan 1Indonesia turut menggunakan slogan yang hampir sama. Jadi siapa yang nak percaya pembohongan tu ...

Sebenarnya konsep 1Malaysia sekadar ingin mempopularkan Najib. Apa ada pada 1Malaysia yang benar-benar memberi manafaat pada rakyat secara langsung? Tidak ada sedikit pun yang aku nampak.

Sana sini kita nampak dan dengar 1Malaysia ... cuma yang belum ada, dan mungkin dalam perancangan  Tandas 1Malaysia ... Salam 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, pasukan Formula 1 1Malaysia.... apa kebenda semua tu? Tak ada faedah sikit pun pada rakyat, cuma hangpa saja syok sendiri, dan nak perabih duit rakyat.

Aku masih ingat masa mula-mula 1Malaysia dilancarkan, habis dikerah semua GLC untuk membeli ruang iklan semuka penuh di akhbar-akhbar perdana bagi memuatkan ucapan tahniah pada Najib kerana melancarkan 1Malaysia ... apa semua tu? Bukankah untuk mengipas, membodek, mempopularkan Najib?
Dan berkatalah Najib, 1Malaysia diterima ramai. ... ini macam pepatah "Masuk Bakul Angkat Sendiri" la ni. Macamana tak diterima ramai dah hangpa sendiri yang paksa ...

Sebab itu lah Tan Sri Khalid mengharamkan 1Malaysia di Selangor, sebab rakyat tak mendapat apa-apa dari 1Malaysia, sebaliknya hangpa saja yang syok sendiri.

Felda 'rayu' jangan saman

Khairil Abdul Rahim

BANDAR JENGKA, 23 Dis: Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.

Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk ‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara’ yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.

Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.

Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.

Aris yang juga Setiausaha Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat mempertikaikan, kenapa baru kini iaitu selepas peneroka menang saman di Felda Kemahang 3 dan Felda Sungai Koyan timbul tawaran menyelesaikan lambakan permasalahan peneroka melalui kaedah Timbang tara.

“Sebelum ini Anak sendiri pernah menghantar memorandum kepada Pengerusi Timbang tara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi jangankan kata penyelesaian, respons pun tidak ada. Bahkan kalau kita dengar baru-baru ini bagaimana PM dengan angkuhnya menempelak siapa kata Felda bankrap adalah pengkhianat. Bolehkah orang seperti ini mahu dirujuk sebagai penimbang tara?

“Bukan itu saja, baru-baru ini Anak telah menyerahkan memorandum 20 perkara berkaitan masalah peneroka kepada Timbalan Menteri yang menjaga Felda Datuk Ahmad Maslan yang konon katanya nak selesaikan dalam tempoh dua minggu. Tapi sekarang dah hampir dua bulan, respons pun tak dengar.

“Di Pahang ini sendiri, Exco yang menjaga Felda Datuk Tan Aminuddin. Apabila peneroka membangkitkan hak mereka yang diceroboh pada satu ketika dulu, beliau bingkas mencabar mana-mana peneroka yang tak setuju dengan Felda boleh keluar dari tanah rancangan. Pada saya ini satu kenyataan angkuh seolah-olah peneroka-peneroka ini menumpang dan mengemis sedangkan mereka tuan tanah,” hujahnya.

Tambah Aris, suasana yang tidak harmoni dicetuskan sendiri oleh pengurusan Felda. Contohnya dalam kes Felda Kemahang apabila Ketua Hakim Negara berkata Felda terbukti menipu peneroka dalam kes kadar perahan gred (KPG) sawit, Felda masih tidak mengaku kesalahan malah enggan membayar ganti rugi kepada peneroka.

“Begitu juga dengan kes peneroka Felda Sungai Koyan yang mana mahkamah telah putuskan peneroka layak menerima wang tabung tanam semula (TTS) tetapi menterinya kata Felda memang nak bayar sedangkan dalam mahkamah peguam mereka bermati-matian berusaha supaya Felda tidak mahu bayar. Pada saya sikap seperti ini semua tidak membawa keharmonian,” katanya.

Mengenai saranan Pengarah Besar Felda agar peneroka mengemukakan sebarang aduan dan permasalahan kepada pengurusan rancangan melalui blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) dan pertubuhan belia, Aris berkata ia hampir mustahil kerana semuanya dilantik oleh Felda dan bukan dipilih oleh peneroka malah dikuasai parti politik kerajaan.

“Barangkali Datuk Dzulkifli tidak turun ke bawah melihat bahawa kebanyakan pemilihan ketua-ketua blok yang mewakili 24 orang ahli dipilih berdasarkan mana yang Felda suka, bukannya pilihan peneroka secara mutlak. Naib Pengerusi JKKR yang sepatutnya dipilih melalui mesyuarat agung, tapi hanya ditentukan oleh Felda. Jadi dia mewakili Felda, bukan suara peneroka. Sebab itu dapat dilihat bagaimana sikap mereka terhadap peneroka tanam sendiri iaitu seperti anak tiri yang melakukan satu kesalahan besar.

“Pertubuhan belia pula hanya ada pada nama saja. Mesyuarat agung pun tak pernah sehingga tak tahu siapa AJK. Mana perginya peruntukan kewangan? Sama jugalah dengan AJK masjid, bukan dilantik melalui mesyuarat agung,” jelasnya. -

Lady Gaga diraba peminat

BIARPUN sudah biasa dengan pakaian seksi, masih ada lagi peminat penyanyi Lady Gaga yang mengambil peluang untuk meraba payudara penyanyi berimej pelik ini.

Ketika sesi bertemu peminat di Paris, Gaga telah diraba oleh seorang peminat perempuan.

Bagaimanapun Gaga yang menyedari perkara tersebut hanya berkelakuan seperti biasa tanpa menjejaskan emosinya yang ketika itu sedang melayan peminatnya.

Pada hari tersebut Gaga tampil dengan mengayakan gaun yang mempamerkan bahagian dadanya. Dia diserbu peminat sebaik sahaja keluar dari hotel penginapannya.

Biarpun cuba bersembunyi dengan memakai cermin mata hitam, namun dia masih dikenali dengan penampilannya yang unik.

PKR dakwa APCO ditekan nafi terlibat kempen One Israel

 PKR dakwa APCO ditekan nafi terlibat kempen One Israel

December 23, 2010KUALA LUMPUR, 23 Dis - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa pentadbiran Najib telah mengenakan tekanan ke atas firma perhubungan awam APCO Worldwide agar menafikan pembabitannya dalam kempen One Israel bekas perdana menteri Ehud Barak.

Malah komponen Pakatan Rakyat itu juga mempersoalkan kesahihan “bukti” yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) semalam - dua dokumen penafian daripada APCO dan konsultan politik Amerika berhubung dakwaan pembabitan mereka dalam kempen One Israel.

Kedua-dua dokumen itu menafikan dakwaan bahawa APCO ada hubungan dengan One Israel, yang didakwa mirip gagasan 1 Malaysia, yang dibawa Datuk Seri Najib Razak. Barak memperkenalkan kempen One Israel 11 tahun lalu.

“Bukankah tidak mustahil bagi kerajaan (Malaysia) untuk mendapatkan APCO, yang dibayar (fi) RM77 juta, datang dengan penafian yang ia terlibat dalam kempen One Israel. Dan, mengapa lambat (keluarkan) respons?

“Anwar telah membawa isu APCO-One Israel sejak bulan Mac (lalu). Sudah lapan bulan. (Tempoh) lapan bulan masa yang terlalu lama, digunakan untuk menjawab dakwaan dibawa Anwar.

“Jika soal menyangkal dakwaan kaitan pentadbiran Najib dengan One Israel sesuatu yang perlu disegerakan, mengapa tunggu sehingga Disember untuk mendapatkan surat Robert Shrum?” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dalam responsnya, Saifuddin berkata, Nazri sewajarnya telah membentangkan bukti baru itu ketika sesi Parlimen yang berakhir minggu lalu, bukannya diedarkan menerusi media semalam.

Sesi Dewan Rakyat berakhir Khamis lalu, pada hari Anwar dan tiga ahli Parlimen Pakatan yang lain turut dikenakan hukuman penggantungan enam bulan.

“Cabaran Nazri kepada Anwar kini sudah jadi akademik. Saya tidak melihat apa-apa poin. Anwar sudah pun digantung daripada Parlimen,” katanya lagi.

“Saya cabar Nazri, daripada mencabar Anwar, tunjukkan dokumen-dokumen itu di Parlimen,” kata beliau lagi.

Malah Ahli Parlimen Machang ini juga menafikan dakwaan Nazri bahawa Anwar telah diberi peluang untuk mempertahankan dirinya. Sebaliknya menurut beliau, Anwar telah dinafikan hak untuk berbuat demikian.

“Benar, Anwar telah dibenar untuk membela diri, tetapi itu hanya di peringkat awal sebelum Nazri membawa usul untuk menggantung Anwar.

“Apa yang perlu ditekankan ialah beliau tidak pernah diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” katanya lagi.

“Jika Nazri serius mengenai soal ini, beliau seharusnya telah membentangkan bukti ini kepada jawatankuasa dan biarkan Anwar juga membuktikannya.

“Tetapi perkara ini tidak berlaku, adakah ia berlaku? Anwar ada bukti, percaya saya. Beliau menunggu sejak hari pertama untuk menunjukkan bukti itu,” kata Saifuddin.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau.

Semalam Nazri dipetik sebagai berkata, kandungan surat yang dihantar oleh firma APCO Wolrdwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.

Katanya, dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1 Malaysia, sekali gus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan.

“Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu,” katanya.

Beliau mengulas mengenai penggantungan Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan “One Israel”.

Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Barak.

Nazri berkata, dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekali gus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen “One Israel”.

Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan One Israel.

Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan

Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan One Israel.

“Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri.

“Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan menarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti-bukti,” katanya

Saturday, December 18, 2010

PRK Tenang - Penanda Aras kekuatan "Pelakon Blue"

PRK ke-14: Chua Soi Lek tak Tenang? Chen Shaua Fui | Dec 17, 2010 06:54:28 pm

Pilihan raya kecil ke-14 bakal menyusul selepas ADUN Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia, awal pagi tadi. PRK ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di kubu Barisan Nasional - negeri Johor, malah kubu Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri, kerana terletak di bawah kawasan parlimen Labis.

Pengkaji politik Wong Chin Huat berpendapat, pertarungan ini merupakan kayu uji kepada Chua Soi Lek. Seandainya BN gagal menang dengan sokongan lebih 50% daripada masyarakat Cina, maka kemenangan itu membawa makna kekalahan. Ketika dihubungi MerdekaReview, beliau menekankan bahawa ia merupakan PRK pertama di negeri Johor, iaitu kubu BN, dan ia menguji sejauh manakah benarnya dakwaan BN, bahawa Johor masih kubu yang kukuh untuk BN.

Jikapun BN menang, "dari mana undi itu datang" menjadi persoalan penting. Labis merupakan kubu Chua Soi Lek, yang diwarisi dari bekas Presiden MCA Ling Liong Sik pada tahun 2004. Chua yang tidak bertanding dalam PRU pada tahun 2008 berikutan terdedahnya skandal seks dirinya, menyerahkan kerusi ini kepada anaknya, Chua Tee Yong, yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kemenangan membawa makna kalah jikalau...

Justeru itu, PRK ini merupakan pertarungan Chua Soi Lek untuk bangkit semula. Bukan sahaja MCA perlu memenangi undi Cina, malah BN perlu menang dengan majoriti yang besar. Oleh itu, jikalau Chua Soi Lek gagal meraih 50% atau lebih undi Cina, maka kemenangan itu memberi makna kekalahan.

Pengkaji Merdeka Center, Tan Seng Keat pula berkata, BN mungkin tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi ADUN ini, tetapi undi majoriti dalam PRK ini menjadi tumpuan ramai, yang harus diteliti.

Tan Seng Keat yang juga seorang penduduk Johor berkata, "Ia sesuatu yang menarik sama ada Chua Soi Lek mampu mengembalikan sokongan Cina yang memihak kepada pembangkang pada PRU lalu. Dan ia bakal menentukan sama ada Chua mampu membuktikan jasa diri kepada UMNO dengan prestasi yang lebih terserlah."

Selain itu, Wong Chin Huat berkata, PRK Tenang membantu rakyat untuk menilai sama ada PRK Galas dan PRK Batu Sapi yang memberi kemenangan kepada BN itu adalah pola "kembalinya sokongan kepada BN", ataupun sekadar disebabkan faktor tempatan. Kedua-dua Galas dan Batu Sapi adalah kawasan pinggiran, maka strategi BN untuk menekankan "pembangunan" agak berkesan.

8 Mac 2008: Pengundi Cina memihak pembangkang

Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis. PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi.

Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan dipertandingkan oleh calon PAS. Seandainya diteliti, di kawasan di mana nisbah populasi pengundi terdiri daripada majoriti Cina, seperti Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis - calon PAS mampu memperolehi 50% hingga 67% undi.

Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi. Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%.

Statistik menunjukkan bahawa pengundi Cina telah menyokong pembangkang (PAS dan DAP) pada PRU tahun 2008, memandangkan undi pembangkang mendahului BN di kawasan yang majoritinya Cina.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin PAS akan mendapat sokongan Cina dengan kerjasama Pakatan Rakyat. Sebaliknya, cabaran PAS adalah untuk mendapatkan sokongan peneroka FELDA.

PR harus menarik sokongan peneroka FELDA

Tenang yang mempunyai 13 unit peti undi keseluruhannya, adalah kawasan campuran, desa-bandar, dan merupakan kubu tradisional BN. Menurut perangkaan PRU tahun 2008, nisbah populasi pengundi adalah 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India dan 0.10% lain-lain.

Tan Seng Keat menjelaskan, pengundi Melayu di sini kebanyakannya terlibat dalam aktiviti pertanian, misalnya kelapa sawit atau getah. Oleh itu, kenaikan harga bahan mentah mungkin melegakan mereka dari segi ekonomi. Penduduk Cina pula kebanyakannya pekebun atau peniaga, dengan keadaan ekonomi yang agak baik.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata terdapat tiga kawasan FELDA di Tenang, iaitu FELDA Tenang, Cehmpal Barat dan Chemplak - kesemua ini adalah kawasan kubu BN, maka PAS perlu menarik sokongan di kawasan FELDA seandainya ingin menang.

Mazlan Aliman berpendapat, PAS harus tumpu untuk menarik sokongan pengundi muda generasi kedua dan ketiga kawasan FELDA, kerana mereka berdepan dengan masalah tiada rumah dan gaji rendah. Generasi kedua dan ketiga di kawasan FELDA ini hanya boleh menjadi buruh di ladang.

Di FELDA Tenang yang terdiri daripada 98.5% Melayu, sokongan BN masih teguh. PAS hanya meraih sokongan 20.4% undi dan DAP hanya memperoleh 10.2% undi. Malah di kawasan Cehmpal Barat dan Chemplak, PAS memperoleh 18.6% dan 18.7% undi masing-masing.

Seandainya dilihat pada kawasan yang terdiri daripada lebih 90% Melayu, seperti Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Bharu, undi yang diperolehi PAS hanya berada antara 18% dengan 32%.

Apa yang menarik, komuniti India memperlihatkan dua pola pengundian yang berbeza dalam PRU 2008. BN memperolehi 67.9% undi di Ladang Bukit Dato yang terdiri daripada 46.6% pengundi India. Tetapi di Ladang Labis Utara yang terdiri daripada 71.7% India, kedua-dua pihak memperolehi 50% sokongan.

Majoriti BN mungkin berkurang

Walaupun Tan Seng Keat (gambar kanan) meramalkan bahawa BN mampu mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi beliau menganggap PR mampu mengurangkan undi majoriti kepada 1,500 undi. Beliau berkata, penduduk tempatan berdepan dengan masalah seperti kenaikan tarif air di Johor, pemindahan generasi muda ke luar negeri dan sebagainya.

Menurut satu kenyataan ahli parlimen Bakri-Johor, Er Teck Hwa sebelum ini, tarif air domestik di Johor telah meningkat dari 98 sen kepada RM1.05, di samping air industri yang berharga RM2.93 seunit pula mengalami peningkatan antara 0.15% hingga 17%.

Selain itu, Tenang berdepan dengan masalah pemindahan orang muda ke luar negeri. Ramai daripada generasi muda di Labis telah bekerja di luar negeri, terutamanya Singapura. Lantaran daripada itu, warga tua menjadi penduduk utama di kawasan pekan di situ. Penuaan penduduk bertambah ketara, semakin hari semakin hilang dinamiknya pekan ini.

Menurut pemerhatian Tan Seng Keat, MCA menawarkan perkhidmatan di tempatan yang agak baik, dan generasi tua Cina bercenderung untuk mengundi BN.

Pengundi Tenang tentukan harga minyak dan elektrik

Bagaimanapun, Wong Chin Huat menganggap keputusan PRK Tenang sebagai ujian terhadap langkah transformasi ekonomi Najib Razak. Wong berkata, BN masih menang di PRK Galas dan Batu Sapi pada November walaupun menaikkan harga minyak, gas dan gula pada 16 Julai 2010. Seandainya BN masih menang dalam PRK Tenang yang bakal berlangsung, setelah kenaikan harga baru-baru ini, maka Najib akan berkata pengundi merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Sebaliknya, seandainya BN berdepan dengan pertarungan sengit dalam PRK ini, maka Menteri Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Idris Jala perlu mengetepikan subsidy rationalization-nya. Selain itu, gelombang "harga naik" bakal membadai rakyat dengan cadangan PEMANDU untuk mengenakan fuel consumption tax, dan keputusan kabinet untuk meluluskan kenaikan tarif elektrik.

Dengan terus-terang Wong Chin Huat berkata, kira-kira 30,000 pengundi kawasan Tenang bakal menentukan nasib rakyat Malaysia - sama ada untuk menanggung harga minyak dan elektrik yang lebih tinggi atau sebaliknya. - Merdeka Review

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Thursday, December 16, 2010

PERTANYAAN UNTUK NAJIB RAZAK DARI WARGA FELDA

oleh: Mazlan Bin Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK)

Perdana Menteri, Najib Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Ketika berucap pada majlis perasmian penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda(Iktiraf) 2010 di Putrajaya semalam; beliau mendakwa saham milik Felda yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah RM4.3 bilion dan ianya selamat dalam simpanan.

Tiada siapa pun menafikan penubuhan Felda pada 1 Julai 1956 oleh Abd Razak Hussein adalah langkah bijak menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan khususnya untuk Orang Melayu. Agensi Pembangunan Tanah yang mempunyai keluasan 905,448 hektar dengan penyertaan 112,635 orang peneroka telah meletakkan Felda peneraju tanah terbesar dunia.

Persoalan yang timbul, adakah matlamat penubuhan Felda telah tercapai dalam ertikata yang sebenarnya terhadap 2 juta warganya? Adakah para peneroka selaku pemilik atas 10 ekar tanah mereka mendapat pulangan setimpal dengan keringat yang telah dicurahkan selama ini? Adakah 1.2 juta generasi kedua dan ketiga Felda mendapat tempat terpenting sebagai pewaris yang menentukan halatuju Felda ketika ini dan masa hadapan?

Di bawah ini saya lontarkan beberapa persoalan yang mesti di jawab Najib dan pemimpin Umno sebelum membuat tuduhan melulu golongan yang tidak sealiran dianggap pengkhianat bangsa.

1.1 Kenapa kebebasan tidak diberi kepada para peneroka untuk mengusahakan sendiri kebun mereka selepas hutang piutang diselesaikan? Apa maknanya Hakmilik yang diperolehi; tapi Felda yang tentukan segala-galanya? Peneroka diugut, diancam penyingkiran dan dikenakan pelbagai tekanan semata-mata menyahut seruan Razak untuk menjadi masyarakat peneroka yang berdikari.

1.2 Kenapa Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 atau RM1,700 seekar yang dicarum peneroka 20 tahun lamanya tidak diserahkan kepada peneroka hanya kerana mereka tidak mahu mengikut telunjuk Felda dan menanam semula sawit secarapersendirian? Adakah wajar 10 orang peneroka Sg Koyan di Pahang turun naik mahkamah menuntut wang tanam semula milik mereka sendiri dan menunggu hampir 10 tahun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan?

Bahkan untuk pengetahuan, dari tarikh keputusan Mahkamah pada 29 Oktober 2010; hingga hari ini wang tersebut belum pun diserahkan pada peneroka terbabit!

Bukan sahaja peneroka Sg Koyan; masih terdapat hampir sepuluh ribu peneroka dinafikan Wang Tanam Semula yang merupakan hak mereka.

1.3 Kenapa peneroka getah yang menanam secara persendirian dinafikan untuk mendapat insentif Tanam Semula di bawah Risda walhal setiap kg getah dipotong untuk tabungan ses yang dikenakan kerajaan berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahaan getah(penanaman semula) 1952? Kemana perginya insentif tanam semula berjumlah RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar(getah ke sawit) milik peneroka?

1.4 Kenapa program Tanam Semula anjuran Techno Plant Sdn Bhd; anak syarikat Felda bermasalah di kebanyakkan Tanah Rancangan Felda? Gambaran kononnya Tanam Semula kelolaan Techno Plant di urus secara professional, menjimatkan kos, sistematik dan berkualiti bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Lihatlah apa yang berlaku di Gugusan Ciku, Gua Musang, Nitar 2, Mersing, Aping Timur Kota Tinggi dan berpuluh-puluh Felda lain bagaimana kegagalan Tanam Semula selenggaraan Felda. Adakah kecuaian dan kegagalan kosnya ditanggung Felda?

1.5 Kenapa kos Tanam Semula di bawah Felda begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain?

Adakah Najib tahu bahwa Kos Pembangunan Tanam Semula yang terpaksa ditanggung peneroka ada yang mencecah RM100,000? Adakah kita tahu setiap hutang tanam semula peneroka dikenakan riba’ 6.25%? Apakah hukumnya riba’ itu?
1.6 Kenapa Felda tidak melakukan muhasabah ketika Mahkamah mengesahkan wujud penipuan atas Kadar Perahan Gred(KPG) yang hanya diterima sekitar 18-19% peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda? Kenapa Felda tidak mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)dan Analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25%? Kenapa Buah Tandan Segar(BTS) yang reject tidak dikembalikan kepada peneroka? Kemana perginya BTS tersebut?

1.7 Kenapa peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di Johor tidak mendapat baki pampasan sejumlah RM1 juta walaupun menunggu 17 tahun lamanya? Kemana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Siapa yang menipu mereka?

Mana pergi Muhyidin Yasin yang menjadi Menteri Besar Johor ketika itu? Apa yang dilakukan Menteri Besar sekarang?

1.8 Kenapa peneroka Felda Sg Buaya, Hulu Selangor di Selangor tidak mendapat baki pampasan berjumah RM850,000 walaupun menunggu 16 tahun lamanya? Ke mana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Mana pergi Muhamad Mohd Taib yang menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu? Apa yang dilakukan Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda(GWGF) walhal beliau terlibat ketika di peringkat awal Pembangunan Felda Sg Buaya?

1.9 Kenapa gejala sosial sangat tinggi di penempatan Felda? Benarkah dakwaan Datuk Ahmad Maslan jumlah penagih dadah di Felda hanya sekitar 2,000 orang? Sejauh mana aktiviti pembangunan insan golongan belia di jalankan dan tahap keberkesanannya? Kenapa ditamatkan jawatan Penyelia Pembangunan Agama di Felda sedangkan peranannya sebagai penyelaras kegiataan bercorak keagamaan sangat berkesan suatu ketika dahulu?

2.0 Kenapa pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat ditukar kepada Plantation mulai tahun 1990? Adakah Najib sedar bahawa wujudnya plantation telah mengkhianati matlamat asal penubuhan Felda untuk memberi tanah kepada rakyat? Adakah kita maklum Felda Plantation berkeluasan 367,710 hektar itu sendiri bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang Tun Abd Razak di Parlimen pada 27 April 1960?

Kenapa ditolak desakan agar Felda Plantation dimansuhkan dan dijadikan penempatan anak peneroka yang susah dan boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak peneroka? Siapakah sebenarnya mengaut keuntungan atas Felda Plantation?

Apa yang dipaparkan baru sebahagian kecil persoalan yang berbangkit di Tanah Rancangan Felda. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan.

Jangan cuba untuk mengalih perhatian rakyat kononnya mereka yang membela rakyat manakala yang menentang arus dituduh pengkhianat. Mungkin mereka boleh memperdaya golongan peneroka yang jahil; tapi bukan semua. Majoriti generasi muda Felda berpelajaran lebih tahu siapa petualang dan pengkhianat bangsa.

Siapa yang kaya raya, siapa yang dapat projek jutaan ringgit, siapa yang dapat komisyen dari kroni dan siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan dengan memperdaya warga Felda selama ini?

Saya dan rakan-rakan yang berjuang untuk kepentingan warga Felda tidak pernah gentar dan takut seperti dakwaan Perdana Menteri. Siapa yang sebenarnya takut? Kenapa cabaran debat saya kepada Datuk Ahmad Maslan ditolak? Kalau memang Datuk Ahmad Maslan ‘jantan’; saya mengulangi cabaran debat dan bersedia bila-bila masa. Hatta berdebat di Dewan Felda pun saya sedia!

Pusing dunia 6 bulan dengan kapcai

2010/12/16
Jurutera selamat pulang kembara 24 negara

PADANG BESAR: ‘Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih’. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi Syed Ahmad Abdul Hadi Syed Hussien, 39, yang mencipta kelainan selepas berjaya mengharungi cabaran mengelilingi dunia secara solo dengan menunggang motosikal kapcai Modenas 128cc.

Beliau memulakan perjalanan menjelajah dunia dari Kuala Lumpur pada 24 April lalu dan mengakhiri misi sejauh 30,000 kilometer dengan merentasi beberapa benua sebelum tiba di London, pada 24 Oktober lalu. "Saya berasa puas," itulah ungkapan pertamanya sebaik menjejakkan kaki di tanah air bersama motosikalnya berhampiran pintu sempadan Perlis-Thailand, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi semalam. Ketibaan Syed Ahmad yang juga seorang jurutera dan chef terlatih disambut Kelab Motosikal Beseri yang menunggu di pintu sempadan.

Menceritakan pengalamannya, beliau berkata, pelbagai cabaran ditempuhi selama enam bulan merentasi 24 negara dengan menunggang motosikal kapcai berkuasa rendah sebagai menyahut cabaran Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Bhd, Datuk Ahmad A Talib.

"Ramai beranggapan perjalanan mengelilingi dunia ini kerja gila berikutan kenderaan digunakan jenis kapcai dan mungkin membawa masalah ketika dalam perjalanan. Namun, saya dapat membuktikan dan berjaya sampai ke destinasi dituju serta selamat pulang ke tanah air,” katanya.

Katanya, beliau terpaksa menghadapi pelbagai masalah termasuk berdepan penyeluk saku ketika misi perjalanan tiba di India, selain terpaksa mengharungi cuaca melampau termasuk panas, sejuk dan bersalji.
"Bayangkan saya terpaksa mengharungi pahit maung ketika merentasi laluan setinggi 5,486 meter dari paras laut dalam keadaan cuaca begitu sejuk sebelum tiba di sebuah perkampungan di pergunungan di Balucistan, Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan.

"Selain disoal siasat anggota keselamatan di negara berkenaan, saya terpaksa bermalam di balai polis yang dilalui di situ bagi menjaga keselamatan berikutan kawasan terbabit amat berbahaya untuk orang asing berjalan pada waktu malam,” katanya.

Syed Ahmad berkata, misi perjalanan itu merentasi beberapa negara Asia, termasuk Thailand, Nepal, India, Asia Barat dan menghabiskan masa beberapa hari di sekitar Jerman, sebelum meneruskan perjalanan peringkat akhir menuju London

"Saya masih Presiden AKIM" - Hanafi

KUALA LUMPU 15 Desimber - Hanafi Hamat tetap menganggap dirinya sebagai presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka presiden AKIM.

Sebelum ini Bernama melaporkan Pengarah ROS Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat mengesahkan Hanapi kekal menjadi presiden parti AKIM berikutan kemelut perebutan pihak lain terhadap jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan.

Sehubungan itu, Hanafi (kanan) berkata beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini.

AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya kepada Bernama di sini.

Hanafi mengulas laporan sebuah portal berita mengenai bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan menerajui parti KITA yang ditukarkan namanya daripada AKIM dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Akim di Kuala Lumpur.

Zaid (kiri), yang juga bekas ahli Parlimen Kota Bharu, juga dilaporkan sebagai berkata parti baru yang diterajuinya itu tidak akan menyertai pakatan
pembangkang.

Hanafi berkata mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Mereka yang cuba menghidupkan AKIM dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak tanduk segelintir anggota AKIM yang terlibat dengan penubuhan parti KITA, bagi menggantikan nama asal AKIM serta berniat untuk menggulingkannya.

- Bernama

BN mahu rampas kembali majoriti dua pertiga?

BN mahu rampas kembali majoriti dua pertiga?
Wed, Dec 15, 2010
Dalam Negeri
Oleh S Retnanathan

PETALING JAYA: Ahli parlimen pembangkang telah mengemukakan pelbagai sebab mengapa Barisan Nasional (BN) bertegas untuk meluluskan penggantungan empat ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat selama enam bulan dari Dewan Rakyat.

Mereka berkata penggantungan empat MP ini akan menyebabkan blok pembangkang akan kehilangan taring di Dewan Rakyat. Ketidakhadiran empat wakil rakyat akan mengembalikan majoriti dua per tiga BN di Dewan Rakyat.


Parti pemerintah BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008. Ia turut kehilangan lima kerajaan negeri, lantas melakar lanskap politik baru di Malaysia.

Kini terdapat sejumlah 222 kerusi parlimen. Ekoran dari pilihanraya pada tahun 2008, BN hanya memperoleh 137 kerusi berbanding Pakatan yang memperoleh 76 kerusi. Parti Progresif Sabah (SAPP) mempunyai dua kerusi manakala Parti Sosialis Malaysia, hanya satu. Baki enam kerusi disandang ahli bebas yang mesra BN.

Penggantungan empat MP yang diusulkan di Parlimen hari ini bermakna Pakatan hanya mempunyai 72 kerusi – kurang dua kerusi untuk menidakkan BN majoriti dua pertiga.

Persempadanan semula kawasan parlimen

Majoriti dua pertiga diperlukan untuk membuat sebarang pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan dan juga untuk meluluskan persempadanan semula kawasan parlimen, dakwa sesetengah ahli politik pembangkang.

Semalam kerajaan pimpinan BN telah mengusulkan agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) digantung tugas kerana berbohong di Dewan Rakyat.

Beliau didakwa berbuat demikian apabila mengaitkan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kempen Satu Israel.

Beliau turut menuduh Apco Worldwide yang diupah pentadbiran Najib mempunyai hubungan dengan negara Zionis. Syarikat perhubungan awam antarabangsa tersebut telah menyangkal dakwaan itu.

Pada hari ini BN turut mencadangkan tiga MP Pakatan lain turut digantung selama enam bulan kerana kontroversi berkaitan Apco.

Tiga MP Pakatan berdepan penggantungan

Ketiga-tiga mereka – Azmin Ali (PKR-Gombak), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Batu Gelugor) – berkemungkinan akan berhadapan dengan penggantungan tugas kerana membocorkan maklumat penyiasatan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan berkenaan kes Anwar.

BN telah memberikan notis penggantungan terhadap empat MP selama enam bulan. Tindakan ini menyebabkan beberapa MP pembangkang termasuk mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) marah. Beliau di dalam mesej Twitter berkata, “Penggantungan empat MP Pakatan dan lima MP Bebas membolehkan BN memperoleh majoriti dua per tiga secara mudah.”

“Mereka boleh meminda semula garis persempadanan dan menambah kerusi baru di Sabah (dan) Sarawak,” tambah beliau.

Seorang lagi ahli MP pembangkang yang lantang bersuara, Tony Pua di dalam mesej Twitternya menyoal sama ada BN berusaha untuk “meminda Perlembagaan Persekutuan sebelum pilihanraya umum dan tindakan menggantung 4 MP Pakatan Rakyat sekaligus akan mengurangkan kuasa pembangkang kepada satu pertiga.” - Free Malaysia Today

Monday, December 13, 2010

Jadual ceramah DSAI

Siri Ceramah DSAI
1) 14 Disember 2010 ( Selasa) – Wilayah Persekutuan
Masa – 9.00 – 12.00 malam

Lokasi – Ceramah Perdana
Tapak Pasar Malam Taman Melati,
Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan

Penceramah:

i) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii) YB Khalid Samad
iii) YB Teresa Kok
iv) YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin
v) YBhg Dato’ Dr Tan Kee Kwong
vi) YBhg Ibrahim Yaacob

2) 16 Disember 2010 (Khamis) – Negeri Sembilan & Melaka

Masa : 9.00 – 12.00 malam

Lokasi 1 – Ceramah Perdana 1
Dataran Muhibah, Kampong Ismail,
Ampangan, Negeri Sembilan

Penceramah:
i) YB Dato Seri Anwar Ibrahim
ii) YB Azmin Ali
iii) YB Saifuddin Nasution
iv) YB Loke Siew Fook
v) YBhg Zulkifli Omar Muhammad

Lokasi 2 – Ceramah Perdana 2
Markas PAS Paya Dalam,
Air Molek, Melaka

Penceramah:
i) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii) YB Sallehudin Ayub
iii) YB Goh Leong San
iv) YBhg Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
v) YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin
vi) YBhg Ustaz Dr Badrul Amin

3) 17 Disember (Jumaat) – Pahang

Masa – 7.00 – 8.30 malam

Lokasi 1 – Tazkirah Maghrib oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Markas PAS Cegar Medang,
Jalan Benus, Bentong, Pahang

Masa: 9.00 – 12.00 malam

Lokasi 2 – Himpunan Perdana Peneroka Felda
Markas PAS Kawasan Bera,
Mengkarak, Bera, Pahang

Penceramah:
i) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii) YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
iii) YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman
iv) YBhg Hanipa Maidin
v) YBhg Mazlan Aliman
vi) YBhg Suhaimi Said

4) 18 Disenber 2010 (Sabtu) – Perak & Pulau Pinang

Masa: 7.00 – 8.30 malam

Lokasi 1 – Tazkirah Maghrib oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Markas PAS Negeri Perak, Air Kuning,
Changkat Jering, Bukit Gantang

Masa : 8.30 – 12.00 malam

Lokasi 2 – Majlis Makan Malam KeADILan
Dewan Cina Perkampongan Juru,
Batu Kawan, Pulau Pinang

Penceramah:
i) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii) YB Dato’ Mansor Othman
iii) YB Tien Chua
iv) YB Dr Lee Boon Chye
v) YB Elizabeth Wong

Masa: 9.00 – 12.00 malam

Lokasi 3 – Ceramah Perdana
Padang Bola Balik Pulau, Pulau Pinang

Penceramah:
i) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii) YAB Lim Guan Eng
iii) YB Dato’ Abdul Halim Hussein
iv) YB Yusmadi Yusof
v) YBhg Ustaz Idris Ahmad

5) 19 Disember 2010 (Ahad)

Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

Lokasi – Konvensyen Pakatan Rakyat
Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang

Tuesday, December 7, 2010

ISU KETUANAN MELAYU: JANGAN LARI DARI PERSOALAN REKOD PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK

ISU KETUANAN MELAYU: JANGAN LARI DARI PERSOALAN REKOD PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK

Saya merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat berkenaan isu
ketuanan rakyat, terutamanya dari kalangan pimpinan Umno.

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada pimpinan Umno, PERKASA dan
kaum-kerabat mereka yang tidak pernah gagal mengingatkan rakyat
Malaysia bahaya politik perkauman sempit. Dalam satu minggu yang
lepas, segala usaha pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak melalui
kempen 1Malaysia yang menelan belanja puluhan juta ringgit menggunakan
wang rakyat; hancur musnah apabila pimpinan-pimpinan Umno dan PERKASA
menunjukkan kembali wajah sebenar mereka.

Tidak kira berapa banyakwang yang dibayar kepada perunding antarabangsa sekalipun, budaya perkauman sempit yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional tidak akan
hilang kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada darah daging mereka.

Pun begitu, saya melahirkan rasa kesal kerana Umno dan PERKASA tidak
mahu berdepan dengan gagasan yang dibawa oleh KEADILAN dalam Kongres
Nasional Ke-7 baru-baru ini. Gagasan tersebut, seperti yang
disampaikan oleh Presiden parti Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail,
menyentuh mengenai mekanisme terbaik untuk membela orang Melayu.
Persoalan yang dilontarkan oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah adalah mudah;
iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat
orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka
masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi
yang deras meninggalkan kita?

Kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat
mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira
prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib
orang Melayu. Konsep “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan secara terbuka
dan dibisikkan secara senyap ini oleh BTN dan agensi-agensi lain,
menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan
politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. Apabila
orang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan
akan tertindas.

Sebab itu, saya menganggap bahawa tindakan Umno dan PERKASA mengheret
institusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan “Ketuanan Melayu”
sebagai “Ketuanan Sultan” adalah satu tindakan yang bacul di pihak
Umno dan PERKASA. Mereka tidak mampu berdepan dengan persoalan penting
membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti
yang ditimbulkan KEADILAN, lalu mereka cuba menggunakan institusi
Raja-Raja Melayu.

Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina
institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan
Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira
kaum, agama dan pegangan politik.

Namun, tindakan Umno dan PERKASA itu bukanlah perkara baru. Rekod
mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat
sudah diketahui umum. Krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan
institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh
Umno. Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang
disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan
mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik
mereka.

Ada beza yang besar diantara cakap-cakap seorang dua rakyat
jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan
satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh
sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan Ketuanan Melayu.

Saya beri amaran supaya Umno dan PERKASA jangan lagi cuba memfitnah
KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Dasar Bersama Pakatan
Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas
mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan
institusi raja berpelembagaan.

Ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i) “Pakatan Rakyat akan
mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi
Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta
kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153”; dan Fasal
1 Perkara a(ii) “Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan
tanggungjawab institusi raja berpelembagaan”.

Makanya, KEADILAN ingin membawa kembali polemik “Ketuanan Melayu” ini
kepada perkara dasar yang diulas oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail
– iaitu wacana kaedah terbaik untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang
beriman, boleh berdikari, berprinsip dan berdaya juang supaya mereka
kekal bermaruah dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum di negara ini
dan arus globalisasi mutakhir.

Apakah kaedah Umno yang memperkecilkan kebolehan anak Melayu, dengan
menakut-nakutkan mereka dan menimbulkan rasa curiga terhadap semua
yang bukan Melayu, akan berjaya melahirkan anak bangsa Melayu yang
bermaruah?

Apakah “Ketuanan Melayu” yang berpaksikan kepada sistem kroni dan
mendokong rasuah dengan menghamburkan kekayaan negara kepada beberapa
kroni rapat Umno (tanpa mengira kaum) akan melahirkan golongan peniaga
Melayu yang berdaya maju? Apakah budaya rasuah yang berleluasa di
dalam Umno akan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu tidak akan
dijual suatu hari nanti?

Apakah anak bangsa Melayu yang membesar dengan perasaan curiga akan
dapat mengambil pendekatan positif menunggang arus globalisasi untuk
menjadi pemimpin antarabangsa?

Persoalan yang dibawa oleh KEADILAN adalah persoalan jatidiri dan
kaedah terbaik membina jatidiri tersebut. Kaedah “Ketuanan Melayu”
yang dibawa oleh Umno dan PERKASA bukan sahaja terbukti gagal membina
jatidiri orang Melayu, malah menyebabkan kebajikan rakyat terbanyak
(terutamanya golongan berpendapatan rendah yang majoritinya orang
Melayu) terabai.

Sehingga kini, selepas 3 dekad “Ketuanan Melayu”, 75% dari bilangan
keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang
Melayu. Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40%
paling miskin di Malaysia, seperti yang dihuraikan Perdana Menteri
sendiri dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Selepas 3 dekad “Ketuanan Melayu”, rakyat terbanyak juga yang
dibebankan dengan pemotongan subsidi sedangkan subsidi korporat
sebanyak RM19 bilion setahun (dalam bentuk subsidi gas kepada penjana
bebas) tidak disentuh.

Umno dan PERKASA tidak melahirkan sedikit
keluhan pun apabila bantuan kepada rakyat termiskin, yang rata-ratanya
orang Melayu ditarik setiap enam bulan untuk menampung perbelanjaan
boros kerajaan membayar perunding antarabangsa, sedangkan tidak ada
satu mekanisme pun diperkenalkan untuk menyalurkan kembali
rasionalisasi subsidi kepada golongan termiskin ini.

Justeru, KEADILAN yakin bahawa polemik “Ketuanan Melayu” ini adalah
benteng terakhir Umno dan PERKASA yang kian rapuh dan ditolak rakyat.
Demi melahirkan Malaysia yang majmuk, mengamalkan toleransi dan
berdaya saing, KEADILAN akan konsisten membawa gagasan Ketuanan Rakyat
melalui bangsa yang bermaruah – kerana kami yakin gagasan ini tidak
dapat dijawab oleh Umno dan PERKASA.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

Sunday, December 5, 2010

Marilah sokong 1Malaysia

1 Malaysia ..Rakyat Didahulukan...Pencapaian Diutamakan...inilah slogan keramat UMNO/BARISAN NASIONAL.bukti?...di bawah:

Rakyat dizalimi lagi di Demo Bantah Kenaikan Bl Air di Selangor/WP Kuala Lumpur.

MENARIK! Rakyat terdiri dari pelbagai kaum, bangsa, latar belakang dan usia hadiri demo bantah SYABAS..mereka sedikit pun tidak gentar dengan amaran dan gertakan dari pihak kerajaan (Umno) dan polis...kalau pro Umno dibenarkan berdemo dan berarak Jumaat lepas, kami juga boleh berdemo!!...syabas!

LAPORAN TERKINI:

1. FRU sudah memulakan 'tugas' mereka!
2. Rakyat tidak berganjak...anak muda semakin ramai!!
3. MB Selangor menyerahkan memo kepada pihak istana..
4. Arahan dari Ust Badrul Amin: "smua kembali himpun d msjd. Tnggu info dr istana.. Harapan rakyat MB slmt smpi mengadap Agong serah memo.. Jalan ke Istana d halang dgn gas n air acid.."
5. Kuala Lumpur semakin 'dimerahi' rakyat marhein!..hidup rakyat!
6. Geng 'baju hitam' pro-Umno undur awal...'baju merah' dianggar lebih 15,000!!
7. Ust badrul amin: "lbh 20ribu rakyat d halang ke istana dgn gas n air acid.. Zalim sungguh. Apakah dorg selesa dgn kenaikan harga air n minyak? Sukakah? Pelik.."
8. FRU terus lepaskan gas pemedih mata..orang tua dan wanita menjadi mangsa...pasukan unit amal dan anak muda jadi benteng!
9. Memo berjaya diserahkan!! tahniah MB dan kerajaan Selangor!!
10. Polis terus menyerang walaupun hadirin hendak bersurai..ramai yg ditahan!! dikhabarkan hampir 50 ditangkap!
11. Pancutan water conan walaupun rakyat mula bersurai!!..provokasi yg sengaja diwujudkan bagi menimbulkan kekecohan!!!
12. Pelbagai pihak termasuk Suhakam melahirkan kekesalan!
13. Trak water cannon (air asid) kehabisan!!...orang ramai masih memenuhi lokasi...FRU terpaksa 'mengimport' air dari trak bomba!!
14. Adat berjuang..ramai tercedera akibat asakan bertubi2 dari FRU..namun segalanya terkawal..
15. Isteri Ust Badul Amin, Kak Zumrah pengsan semasa membantu seorang peserta yang cedera di kaki..
16. Orang ramai masih berhimpun di beberapa lokasi..Pemimpin pelajar dan ribuan mahasiswa masih berada di masjid negara...polis cuba mengasak!..
17. Objektif perhimpunan berjaya!!! tahniah pihak penganjur dan rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor!
18. Tersentuh melihat semangat anak muda, mereka berada pada saf paling hadapan!!! lebih 65% hadirin terdiri dari anak muda khususnya golongan mahasiswa yang bakal menentukan undi PRU akan datang!
19. Kahadiran ribuan hadirin membuktikan rakyat menyokong kepimpinan kerajaan negeri..misi Umno dan sekutunya gagal!!..perjuangan rakyat masih releven!
20. (TERKAHIR) Lagi gambar dan video sekitar himpunan 15,000 marhein menuntut hak air akan menyusul..wallahua'lam.

Sumber asal Liputan Khas Blogger http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

Kami di kelantan menyokong perjuangan rakyat selangor untuk membebaskan diri dari cengkaman kezaliman pihak-pihak terbabit yang di tahap kronik membenankan dan menyusahkan kita, rakyat malaysia.

Memorandum
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan

Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010
Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (“SYABAS”), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.