Sunday, November 28, 2010

Namawee tidak lakukan kesalahan – Nazri

PARIT BUNTAR 27 Nov. – Kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee kerana pemuda dari Muar, Johor itu tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dalam klip video terbarunya, Namewee mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, mengikut akta tersebut, hanya mangsa iaitu pengetua sekolah dalam kes ini yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Namewee.

‘‘Sekiranya Namewee membuat lagu lucah yang dihalakan kepada pengetua sekolah di Kulai, maka orang yang berhak mengambil tindakan di bawah Akta SKMM ialah pengetua sekolah itu.

‘‘Terpulang kepada pengetua itu untuk mengambil tindakan atau tidak tetapi kerajaan tidak ada hak untuk mengambil tindakan ke atas Namewee,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah pembinaan bangunan baru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kerian, di sini hari ini

No comments:

Post a Comment