Wanita itu dikatakan telah mendapatkan pinjaman daripada pengendali pinjaman haram di tempat asalnya di wilayah Lopburi, bahagian tengah Thailand.

Bagaimanapun, wanita itu menyedari beliau ditipu bila hutangnya tiba-tiba melonjak hingga 1.5 juta baht, tidak lama kemudian. Jumlah pinjaman asal tidak diketahui.

Pagi ini, Sungwein yang naik marah mengembara 153km ke Bangkok untuk mengemukakan aduan terhadap pengendali pinjaman haram itu.

Bagaimanapun, ketika pegawai sedang menguruskan aduannya, beliau mencurah petrol ke badannya dan menyalakan api di hadapan mereka, kata Lt. Pol. Kingpet Settiya, pegawai penyiasat di balai polis Dusit.

Menurut pengarah Vajira Hospital, Dr Pollert Phanthanakul, Sungwein dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bercakap kerana 50 peratus badannya melecur.

Kisahnya menarik perhatian menteri di pejabat Perdana Menteri, Panadda Diskul, yang menziarahinya di hospital. - Bernama