Metro Maya
Showing posts with label Pemilihan PKR. Show all posts
Showing posts with label Pemilihan PKR. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Laporan pemilihan : Ada campur tangan serius Anwar

Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

NONEMenurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik.

Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak.

NONEBadrul Hisham ketika dihubungi mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama.

Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.

Difahamkan, Badrul Hisham tewas kepada penyandang kerusi ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan sayap itu yang berakhir semalam.

Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam kongresnya hujung minggu ini.

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:
  • Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
  • Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
  • Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
  • Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
  • Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
  • Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.

NONE Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.

"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."
Posted by Hash at 8:47 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pemilihan PKR

Wednesday, November 17, 2010

JPP: Bukan sahaja dilanda sindrom penafian, bisu malah pekak?

Oleh Beduk Canang

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bukan sahaja dilanda wabak sindrom penafian dan sindrom bisu, malah turut dilanda wabak sindrom pekak?

Mungkinkah kecamanan seperti ini yang diperlukan oleh JPP Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggerakkan Jawatankuasa itu agar mula bertindak dengan tegas dan adil?

Kelembapan ini begitu ketara apabila sehingga kini tiada tindakan konkrit diambil oleh jawatankuasa terhadap senarai panjang aduan yang dibuat oleh ahli parti semenjak peringkat pencalonan dan kini pusingan keempat hampir tiba.

Kelembapan JPP bertindak akhirnya telah mendorong Ketua AMK Rasah, Zamri Vinoth dengan sengaja menonjolkan dirinya sebagai ‘pengundi hantu di siang hari’ bagi menarik perhatian JPP tersebut.

Sengaja mahu dipanggil JPP

“Sememangnya saya lakukan sendiri untuk ditahan dengan harapan dipanggil untuk siasatan dan ini peluang terbaik berdepan dengan JPP dan membangkitkan banyak kepincangan yang terancang,” kata Zamri Vinoth dalam satu kenyataan medianya semalam.

Bagaimana pun beliau kecewa apabila tidak dipanggil mengadap JPP walaupun setelah dua minggu dari peristiwa ‘tangkapan’ tersebut berlaku.

JPP mahu pengakuan arahan Chegu Bard dan dibayar

Sebaliknya, beliau telah menerima panggilan telefon dari JPP yang cuba mendorong beliau membuat pengakuan palsu yang bertujuan memburukan imej calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin.

“Namun setelah dua minggu saya menanti tidak ada sebarang panggilan untuk saya mengadap JPP kecuali beberapa panggilan telefon dari JPP.

“Ada juga yang menelefon saya meminta pengakuan saya melakukan kerana diarah atau dibayar oleh chegu Bard,” kata beliau.

Panggilan berbaur ugutan oleh JPP

Tidak menghairankan profesionalisme anggota-anggota JPP yang dilantik ini diragui oleh ahli partinya sendiri apabila salah seorang JPP yang menghubungi Zamri turut menghamburkan kenyataan berbaur ugutan.

“Dalam perbualan saya dengan salah seorang JPP dimana JPP itu tidak dapat menjawab beberapa persoalan yang saya bangkitkan, sebalik mengecam dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

“Vinoth, you better watch out!” Selepas itu terus meletak telefon dan terus tidak menjawab panggilan dari saya lagi,” menurut kenyataan Zamri itu lagi.

Beliau turut mempertikaikan kenyataan calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin yang mempertikaikan keputusan di Cabang Tampin yang menyebelahi Chegu Bard sebaliknya hanya mendiamkan diri terhadap keputusan cabang lain yang menyebelahinya dalam margin yang sama.

Untuk rekod, sehingga kini keputusan undian dengan margin meragukan di cabang-cabang lebih banyak memihak kepada Shamsul sendiri.

Malah, keputusan terbaru di beberapa cabang di Sabah, seperti Cabang Batu Sapi yang mencatatkan kemenangan bergaya Shamsul, 509 undian berbanding hanya 86 undian memihak kepada Chegu Bard.

Jumlah undian di Cabang Batu Sapi dianggap mengejutkan dan luar biasa jika dibandingkan kesukaran jentera pilihan raya PKR untuk mendapatkan PACA (agen pengundian, agen pengiraan) ketika PRK yang baru berlangsung baru-baru ini.

Dalam kenyataan akhbar tersebut, Zamri turut mendedahkan penyelewengan yang berlaku ketika pencalonan dan pengundian di Cabang Tampin, Kubang Pasu dan Kota Raja - ureka-asia
Posted by Hash at 9:22 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pemilihan PKR

Ketua pemuda PKR akui jadi ‘pengundi hantu’, JPP nafi tiada tindakan

Oleh Dzulfikar Mashoor
 
November 16, 2010
 
KUALA LUMPUR, 16 Nov – Seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, yang mengaku ditangkap sebagai ‘pengundi hantu’ awal bulan ini, terus mempertikaikan integriti proses pemilihan atas alasan perbuatannya itu tidak dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sehingga kini.

Ketua AMK Rasah Zamri Vinoth yang ditangkap di pusat pengundian Rembau berkata, beliau ‘sengaja’ membiarkan dirinya ditangkap JPP kerana mahu mengetahui tentang tindakan lanjut diambil oleh jawatankuasa berkenaan, yang diamanahkan menguruskan pemilihan parti secara langsung bersejarah.
Dalam reaksi segera, sekretariat ibu pejabat hari ini menafikan dakwaan tersebut.

Setiausaha Pengelola Raden Shamsulkamar Raden Samsudin memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya serta-merta telah menggantung status Zambri apabila beliau ditangkap oleh pengawas JPP.

Bahkan kata Raden Shamsulkamar yang juga pentadbir JPP, surat rasmi berhubung pergantungan Zambri turut dihantar Rabu lalu.

“Selepas ditangkap tidak diambil tindakan, itu sebenarnya salah belaka, dia (Zambri) telah dikenakan gantung serta-merta.

“Mungkin dia (Zambri) tak tahu atau mungkin dia menafikan pergantungan ini atau saja nak buat kacau, itu terpulang kepadanya.

“Ibu pejabat memang bertindak tegas, tak ada lagi kemaafan baginya, pergantungannya tergantung pada proses siasatan Lembaga Disiplin parti,” jelas Raden Shamsulkamar ketika dihubungi.

PKR yang julung kali mengadakan pemilihan secara langsung di bawah konsep satu ahli satu undi kerana berhadapan dengan kontroversi ekoran dakwaan manipulasi dan kepincangan.

Setakat ini hampir 75 peratus cabangnya sudah melangsungkan proses pengundian peringkat pusat.
Proses pengundian diteruskan walaupun ada desakan agar agar ditanggguh dan dibatalkan.

“Perlakuan tersebut saya lakukan sendiri setelah melihat bahawa banyak kepincangan telah berlaku dan walaupun diadukan ataupun disedari oleh JPP tetapi tidak ada sebarang tindakan dilihat dibuat.

“Saya melakukan perkara tersebut untuk tujuan menarik perhatian JPP mengenai banyak kepincangan berlaku.

“Namun setelah dua minggu saya menanti, tidak ada sebarang panggilan untuk saya menghadap jawatankuasa JPP kecuali beberapa panggilan telefon dari JPP,” kata Zambri dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada The Malaysian Insider.

Pengakuan terbuka itu, menurut Zambri sekali gus menolak dakwaan penyandang Ketua AMK, sayap pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin 2 November lalu kononnya anasir ‘pengundi hantu’ di pusat pengundian Rembau dan Tampin didalangi Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai ‘Chegubard’.

“Ada juga yang menelefon saya meminta  pengakuan saya melakukan kerana diarah atau dibayar oleh Chugubard.

“Dalam perbualan saya dengan salah seorang JPP di mana JPP itu tidak dapat menjawab beberapa persoalan yang saya bangkitkan, sebalik mengecam dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan seperti: ‘Vinoth, you better watch out’... selepas itu terus meletak telefon dan terus tidak menjawab panggilan dari saya lagi.

“Saya selaku Ketua AMK Rasah yang terletak di cabang sebelah Rembau jika untuk menipu sudah tentu bukan saya yang dikenali lakukan tetapi sememangnya saya lakukan sendiri untuk ditahan dengan harapan dipanggil untuk siasatan dan ini peluang terbaik berdepan dengan JPP dan membangkitkan banyak kepincangan yang terancang,” beliau menambah.

Zambri turut mempersoal tindakan Raden Shamsulkamar kerana beliau menganggapnya menyerang Badrul Hisham yang juga Ketua cabang Rembau, kononnya turut membawa pengundi hantu ke pusat pembuangan undi cabang Tampin yang kebetulan mengundi pada pada hari yang sama dengan Rembau.

Menurut Zambri, kredibiliti Shamsul Iskandar wajar dipertikai kerana penyandang kerusi Ketua AMK itu pada 2 November lalu mempersoal 76 undi yang diperoleh Badrul Sani di Tampin manakala enam undi berbaki diperoleh Shamsul Iskandar.

“Ini kenyataan Shamsul yang gila, kenapa selepas itu apabila keputusan bercorak Tampin menyebelahinya dia tidak mengatakan ia pengundi hantu.

“Pernahkah saudara Shamsul benar turun ke bawah dengan bertanya kepada AMK mengenai keperitan menghidupkan AMK. Shamsul hanya berani bercakap dari pejabat dan kalau turun pun dengan sambutan glamour sahaja,” ujar Zambri sambil mengaku kecewa dengan tindakan JPP serta Shamsul Iskandar sendiri.

Pada kenyataan Zambri semalam, beliau turut membangkitkan beberapa kes penyelewengan yang dilakukan pada proses pengundian, tetapi JPP tidak bertindak sewajarnya.

“Ada beberapa cabang yang mencalonkan orang lain tetapi bertukar kepada nama Shamsul Iskandar Ketua AMK.

“Saya difahamkan pengaduan rasmi sudah dibuat tetapi malangnya tidak ada tindakan. Individu yang bertanggungjawab menipu masih berada dalamibu pejabat parti.

“Cabang Kubang Pasu, secara jelas didapati buku daftar pemilih mencatat kedatangan kurang seratus tetapi kertas dalam peti undi pula hampir 200. Sehingga kini tiada tindakan. Kejadian di Kubang Pasu juga dilaporkan kemudian berlaku di beberapa cabang lain.

“Semalam (14 November) saya ada saksi hidup di mana di Cabang Kota Raja bagaimana penyelewengan berlaku. Ada anggota yang lebih umur mengundi tetapi meja hadapan memberikannya keratan kertas yang membolehkan dia mendapat kertas undi AMK dan MPP.

“Ada juga usaha membenarkan pengundi mengundi tanpa Kad Pengenalan. Mujur ada PACA (ejen pengundian dan pengiraan undi) dari pasukan Chegubard, maka kejadian tersebut dihalang,” kata beliau.

Pada 2 November lalu, Shamsul Iskandar menuduh pasukan Badrul Hisham sebagai dalang membawa pengundi hantu ke pusat pengundian Rembau dan Tampin, tetapi Badrul Hisham mempersoal tindakan pencabarnya itu.

Bagaimanapun, Shamsul Iskandar dan Badrul Hisham masing-masing bersetuju untuk JPP menyiasat dan bertindak tegas atas beberapa aduan berkaitan insiden di Rembau dan Tampin terbabit.

Pergantungan itu, menurut Raden Shamsulkamar membawa pada gugurnya jawatan segala jawatan parti yang disandang beliau sebelum ini.

“Kalau dia (Zambri) Ketua Cabang Rasah, maknanya secara automatik gugurlah,” ujar Raden Shamsulkamar lagi.

Raden Shamsulkamar turut tidak menolak kemungkinan bahawa beliau Zambri mungkin akan dipecat oleh parti sekiranya tindakannya menjadi pengundi hantu itu menjejaskan nama baik parti.

“Mungkin jawatankuasa disiplin parti menuju pada sesuatu yang lebih besar, kemungkinan dipecat kerana parti tidak perlu pemimpin sebegini,” jelas Raden Shamsulkamar secara seloroh.

Namun, Raden Shamsulkamar menganggap alasan Zambri itu adalah tidak munasabah dilakukan oleh seorang pemimpin AMK negeri yang merupakan pemimpin sayap pemuda parti di peringkat negeri.

“Wajarkah bagi seseorang yang hanya nak mengenal pasti tahap keselamatan satu-satu bank itu dalam keadaan lemah, maka dia pergi merompak bank itu.

“Apabila ditanggap... ohhh, saya menyamar untuk melihat tahap keselamatan bank ini. Adakah memadai dengan alasan itu,” soal beliau dalam nada jenaka sambil menganggap AMK peringkat cabang wajar dipimpin oleh seseorang yang lebih bijak
Posted by Hash at 2:36 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pemilihan PKR

Debaran pemilihan PKR sudah berlalu…keputusan sudah boleh ‘ baca’

Oleh: HELME HANAFI

Sudah tidak ada debaran lagi untuk mengetahui keputusan pertandingan merebut jawatan utama dalam PKR walaupun proses pengundian masih berlangsung sehingga hujung minggu ini.
Keputusan awal tidak susah diduga jika diambil kira bahawa semua yang lawan ‘pasukan impian’ sudah tersingkir samada menarik diri atau tertinggal jauh hinggakan tak akan mampu mengejar saingannya.
Kalau dibuat carta organisasi, atas sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua umum merangkap penasihat parti.
Bawah Anwar, isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menang tanpa bertanding jawatan presiden. Bawah Wan Azizah, Azmin Ali, orang kepercayaan Anwar yang kini mengumpul 14,751 undi.
Pencabarnya, Mustapa Kamil Ayub hanya dapat 3,401 selepas 165 cabang selesai bermesyuarat. Seorang lagi saingan Azmin, Datuk Zaid Ibrahim ‘pancit’ tengah jalan apabila umum tarik diri dan dijangka keluar PKR secara rasmi Jumaat ini.
Dengan majoriti lebih 11 ribu undi antara Azmin dan Mustapa, kita dah boleh agak siapa menang walaupun kebanyakan cabang di Selangor yang Azmin merupakan Ketua PKR negeri masih belum bermesyuarat.
Anak sulung Anwar, Nurul Izzah pula mendominasi undi untuk jawatan nombor tiga PKR, beliau memperolehi 11,042 undi.
Di belakang Nurul Izzah, adalah pengarah strategi PKR, Tian Chua dengan9,524 undi, manakala Fuziah Salleh 7,878 dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman 7,448 undi untuk tempat keempat ... seterusnya
Posted by Hash at 12:52 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pemilihan PKR
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Total Pageviews

Followers

Recent posts

Blog Archive

  • ▼  2014 (10)
    • ▼  October (5)
      • Empat Wanita Berjemur Separuh Bogel Di Pantai Saujana
      • Lelaki miliki payudara seperti wanita
      • Wanita Thai bakar diri akibat tanggung hutang
      • Sembunyi bawah tangga, selamatkan anak isteri
      • Petaka tongkat kepala naga
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (16)
    • ►  December (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (32)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)
    • ►  September (3)
    • ►  August (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (17)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (6)
    • ►  March (11)
    • ►  February (6)
    • ►  January (9)
  • ►  2010 (53)
    • ►  December (14)
    • ►  November (39)

Feedjit


Simple theme. Powered by Blogger.