Friday, January 3, 2014

Batu nisan "bernyawa"

Menurut cerita, tiga orang yang meninggal dunia dikebumikan di kubur berkenaan dengan batu nisannya daripada serpihan batu gua. 

Bagaimanapun, enam daripada puluhan batu nisan di situ dipercayai hidup dan menjadi semakin ting­gi, sedangkan batu nisan lain dalam keadaan biasa saja.

Kampung Lintang dibuka hampir 200 tahun lalu oleh penduduk yang bekerja sebagai penanam padi dan pekebun buah-buahan.

Selepas itu, kebanyakan mereka berhijrah ke kawasan lain untuk menikmati kemajuan terutama perhubungan jalan raya, tetapi pada tahun 60-an dibuka semula oleh generasi baru sebelum menemui kubur lama itu. 

Hanya enam penduduk yang membuka semula penempatan baru di kampung berkenaan dan menemui kubur lama yang mempunyai batu nisan aneh itu. 

Namun, sesetengahnya berpindah pula ke Kampung Kuala Sungai di seberang sungai berkenaan kerana dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk sekolah, bekalan air paip dan elektrik. 

Kampung lama itu ditinggalkan dan terbiar begitu saja dengan beberapa rumah usang yang menung­gu masa menyembah bumi. Sejarah yang tinggal hanya kubur lama berkenaan sebagai bukti mereka orang terawal tinggal di situ. 

Perjalanan ke kubur lama di kampung itu ha­nya menerusi bot sungai dari Pekan Bertam Baru dengan mengambil masa hampir 50 minit menyusuri Sungai Galas. 

Di kawasan itu juga ­terdapat sebuah kampung terpencil yang ha­nya ­mempunyai sebuah rumah didiami sepasang suami isteri. 

Seorang penduduk, Nik Lah Nik Yaacob, 80, berkata, dia tinggal di kampung itu bersama lima rakannya sejak 1963. 

Menurutnya, pada waktu itu dia menaiki bot dari Kuala Krai ke kawasan berkenaan untuk membuka tanah. 

“Ketika mula menjejakkan kaki ke kampung berkenaan, pak cik dan yang lain menemui kubur lama itu termasuk batu nisan hidup semakin meninggi serta dikelilingi hutan. 

“Melihat keadaan itu, penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan kubur dan sekitarnya, namun ia terbiar semula kerana sudah tidak ada lagi penduduk. Cuma pak cik bersama isteri masih kekal tinggal walaupun keadaan begitu sunyi di sini,” katanya. 

Dia belum bercadang untuk berpindah ke kampung lain berhampiran kerana lebih selesa tinggal di situ, malah cintanya kepada kawasan berkenaan sehingga tidak mahu meninggalkan tanaman yang sekian lama diusahakannya. 

“Ramai orang luar datang ke sini mahu melihat batu nisan itu akan menemui pak cik kerana pak cik orang yang paling lama tinggal di kampung ini tetapi sejarah sebenar kubur itu tidak diketahui sepenuhnya. 
oleh Ramli Ibrahim
Mungkin ramai tidak percaya kejadian aneh enam batu nisan di perkuburan lama di Bertam, Gua Musang, Kelantan, hidup dan semakin tinggi sehingga mencapai ketinggian seorang dewasa.
Perkuburan lama dipercayai berusia lebih 150 tahun di Kampung Lintang itu ditemui penduduk lebih 30 tahun lalu.
“Jika difikirkan, adalah tidak munasabah sekira­nya orang dulu sanggup memikul sebuah batu sepanjang lebih dua meter dan dijadikan batu nisan untuk orang meninggal dunia. Tentu mereka hanya memacakkan batu bersaiz kecil saja,” katanya. 

Nik Lah berkata, bukan sedikit orang meninggal dunia dikebumikan di tanah kubur berkenaan, malah boleh jadi ratusan orang berdasarkan banyak pokok yang sudah di tanam bersama batu nisan itu. 

Dia juga tidak mengetahui nama si mati dan tarikh sebenar kematian mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan itu tetapi penemuan enam batu nisan 
bersaiz ganjil dianggap luar biasa berbanding batu nisan lain. 

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Lulut, Kuala Sungai, Yasok Che Kar mengakui pernah tinggal di Kampung Lintang. 

Menurutnya, penduduk yang pernah tinggal di situ berasa agak terkejut dengan penemuan batu nesan kubur lama itu, namun keadaannya yang semakin mening­gi tidak dapat dipastikan puncanya.

“Keganjilan itu membuat­kan kampung berkenaan menjadi terkenal dan mula dilawati pihak luar. 

“Bagaimanapun, keba­nyakan penduduk kampung berkenaan sudah berpindah ke Kampung Lulut kerana banyak kemudahan disediakan kerajaan berbanding Kampung Lintang yang tidak mempunyai jalan perhubu­ngan,” katanya.

No comments:

Post a Comment