AMPANG, 3 Jan - Serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi semalam berjaya memberkas sepasang remaja penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara.
Semasa disoalsiasat, penuntut IPT wanita itu berkata mereka terpaksa menyewa sebuah bilik hotel murah akibat kehabisan tiket bas untuk pulang ke IPT Pahang.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata “Gadis berkenaan memberi alasan kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang ke IPT di Pahang, lalu menyewa bilik hotel itu,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, pihaknya mendapati gadis berusia 21 tahun itu hanya membalut tubuhnya dengan tuala, manakala pasangannya yang berusia 33 tahun itu memakai seluar pendek tanpa baju.
Turut ditahan kerana berkhalwat adalah sepasang kekasih warga Indonesia. Wanita yang berusia 37 tahun itu bekerja sebagai pembantu rumah, manakala pasa-ngannya berusia 33 tahun, seorang kontraktor.
“Wanita berkenaan telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun yang tinggal bersama suaminya di Indonesia, manakala pasangannya itu masih bujang,” katanya. - KLPos