KUALA LUMPUR: Wartawan Kanan Utusan Malaysia yang digantung tugas, Hata Wahari akan mengajurkan perhimpunan ‘Tunjuk Rasa’ di hadapan pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin, 2 Mei ini.
Ketika dihubungi Keadilandaily.com, Hata memberitahu tujuan perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan akhbar itu berhubung artikel yang ditulis Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan.
Tulisan itu kata Hata, mencetuskan rasa tidak selesa semua kaum di Malaysia.
“Tujuan kita menganjurkan perhimpunan secara aman itu untuk menunjukkan rasa tidak setuju dengan
Utusan yang sengaja membangkitkan isu perkauman dalam penulisannya.

“Saya mengajurkan perhimpunan itu bukan atas kapasiti sebagai Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), tetapi sebagai wartawan (Utusan),” ujarnya yang didapati bersalah oleh panel siasatan Utusan 14 April lalu kerana mengikritik majikannya itu sebelum ini.
Katanya, sepanjang perhimpunan bermula jam 5 petang itu, beliau akan ‘mempersembahkan’ beberapa aktiviti yang dilakukan secara aman.
“Kita akan mengadakan sidang membaca akhbar Utusan secara terbalik selain dijadikan akhbar itu sebagai pembungkus nasi lemak simbolik kepada perhimpunan tersebut.
“Kita memilih untuk mengadakan pada jam 5 petang kerana pada masa itu, semua editor ada di pejabat. Tidak guna jika diadakan waktu pagi,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan yang ‘berganda’ akan dikenakan terhadapnya ekoran penganjuran perhimpunan itu sedangkan tuduhan memburukkan Utusan masih belum diputuskan, beliau menegaskan tiada ketakutan dalam dirinya demi memperjuangkan prinsip yang dipegangnya.
“Saya berani mengambil risiko demi memperjuangkan prinsip kita, media bertanggungjawab, media yang bebas,” tambah beliau.
Beliau juga menjemput orang ramai temasuk wartawan dan badan bukan kerajaan (NGO) turut serta dalam perhimpunan aman tersebut.
Keadilandaily.com dalam pada itu turut difahamkan sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai Platform Anak Muda (Platform), yang mengadakan protes media sekitar ibu negara 16 April lalu, akan turut serta dalam tunjuk rasa berkenaan.
Berita Harian tidak bertanggungjawab.
Dalam perkembangan lain, atas kapasiti sebagai presiden NUJ, Hata mengulas sikap tidak bertanggungjawab Berita Harian (BH) yang memaparkan berita video fitnah yang didakwa membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di muka depannya baru-baru ini.
Akhbar itu memuatkan laporan kononnya sebuah agensi penyiaran Korea Selatan mengesahkan individu dalam rakaman video seks tersebut sepadan Anwar, dengan mengguna proses biometrik.
“Media sekarang tidak ada rasa tanggungjawab, kredibiliti. Atas kepakaran apa BH menjadi perantaraan untuk menyiasat video tersebut?
“Mungkin mereka suruh rancangan penyiasatan CSI dalam stesen Astro AXN yang kaji agaknya,” kata beliau.
Selain itu, Hatta mempersoalkan tindakan media arus perdana yang gemar membuat penghakiman sebelum perkara itu diputus mahkamah, terutama membabitkan pembangkang.
“Sekiranya kes pembunuhan atau melibatkan orang awam, media tidak mempunyai kepakaran dalam penyiasatan, tetapi jika melibatkan pembangkang mereka berganding bahu bersama polis siasat.
“Jika dikatakan mengguna kaedah biometrik, kenapa semua kes tidak pula menggunakan kepakaran itu. Kes-kes lain tidak ada kepakaran, tapi kes dalam konspirasi politik bermacam-macam kepakaran,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12091
KUALA LUMPUR: Wartawan Kanan Utusan Malaysia yang digantung tugas, Hata Wahari akan mengajurkan perhimpunan ‘Tunjuk Rasa’ di hadapan pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin, 2 Mei ini.
Ketika dihubungi Keadilandaily.com, Hata memberitahu tujuan perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan akhbar itu berhubung artikel yang ditulis Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan.
Tulisan itu kata Hata, mencetuskan rasa tidak selesa semua kaum di Malaysia.
“Tujuan kita menganjurkan perhimpunan secara aman itu untuk menunjukkan rasa tidak setuju dengan Utusan yang sengaja membangkitkan isu perkauman dalam penulisannya.
“Saya mengajurkan perhimpunan itu bukan atas kapasiti sebagai Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), tetapi sebagai wartawan (Utusan),” ujarnya yang didapati bersalah oleh panel siasatan Utusan 14 April lalu kerana mengikritik majikannya itu sebelum ini.
Katanya, sepanjang perhimpunan bermula jam 5 petang itu, beliau akan ‘mempersembahkan’ beberapa aktiviti yang dilakukan secara aman.
“Kita akan mengadakan sidang membaca akhbar Utusan secara terbalik selain dijadikan akhbar itu sebagai pembungkus nasi lemak simbolik kepada perhimpunan tersebut.
“Kita memilih untuk mengadakan pada jam 5 petang kerana pada masa itu, semua editor ada di pejabat. Tidak guna jika diadakan waktu pagi,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan yang ‘berganda’ akan dikenakan terhadapnya ekoran penganjuran perhimpunan itu sedangkan tuduhan memburukkan Utusan masih belum diputuskan, beliau menegaskan tiada ketakutan dalam dirinya demi memperjuangkan prinsip yang dipegangnya.
“Saya berani mengambil risiko demi memperjuangkan prinsip kita, media bertanggungjawab, media yang bebas,” tambah beliau.
Beliau juga menjemput orang ramai temasuk wartawan dan badan bukan kerajaan (NGO) turut serta dalam perhimpunan aman tersebut.
Keadilandaily.com dalam pada itu turut difahamkan sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai Platform Anak Muda (Platform), yang mengadakan protes media sekitar ibu negara 16 April lalu, akan turut serta dalam tunjuk rasa berkenaan.
Berita Harian tidak bertanggungjawab.
Dalam perkembangan lain, atas kapasiti sebagai presiden NUJ, Hata mengulas sikap tidak bertanggungjawab Berita Harian (BH) yang memaparkan berita video fitnah yang didakwa membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di muka depannya baru-baru ini.
Akhbar itu memuatkan laporan kononnya sebuah agensi penyiaran Korea Selatan mengesahkan individu dalam rakaman video seks tersebut sepadan Anwar, dengan mengguna proses biometrik.
“Media sekarang tidak ada rasa tanggungjawab, kredibiliti. Atas kepakaran apa BH menjadi perantaraan untuk menyiasat video tersebut?
“Mungkin mereka suruh rancangan penyiasatan CSI dalam stesen Astro AXN yang kaji agaknya,” kata beliau.
Selain itu, Hatta mempersoalkan tindakan media arus perdana yang gemar membuat penghakiman sebelum perkara itu diputus mahkamah, terutama membabitkan pembangkang.
“Sekiranya kes pembunuhan atau melibatkan orang awam, media tidak mempunyai kepakaran dalam penyiasatan, tetapi jika melibatkan pembangkang mereka berganding bahu bersama polis siasat.
“Jika dikatakan mengguna kaedah biometrik, kenapa semua kes tidak pula menggunakan kepakaran itu. Kes-kes lain tidak ada kepakaran, tapi kes dalam konspirasi politik bermacam-macam kepakaran,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12091
No comments:
Post a Comment