![]() Tinggalkan si luncai dengan labu-labunya. Minggu ini penulis mahu meninjau apa pula ceritera yang berlaku terhadap golongan yang satu ini. Tak adil rasanya bila penulis hanya memusatkan masalah ini kepada kaum adam sedangkan golongan hawa juga ada yang terjebak dengan masalah yang seringkali disebut sebagai krisis identiti ini. Tomboy, lesbian dan pengkid! Ketiga-tiganya nampak sama, namun tak serupa! Cuba menonjolkan identiti gender yang berlawanan daripada biologi, moral dan sosial kehidupan sebenar manusia, kelompok jantina ‘ketiga’ ini sebenarnya punya perbedaan jika dikaji secara dasar. Secara ringkas, tomboy merujuk kepada golongan wanita yang berperwatakan seperti lelaki contohnya berambut pendek, sedikit kasar dan tidak keterlaluan jika dikatakan sanggup memakai bengkung di dada bagi ‘menyekat’ kehadiran aset seorang wanita! ![]() Lesbian pula selalunya tidak menonjolkan dirinya sebagai seorang lelaki namun dalam diam mempunyai nafsu terhadap wanita lain. Paling utama berahi wanita ini langsung tidak diketahui oleh sesiapa! Mereka menerima diri sendiri sebagai seorang wanita namun menjadi abnormal apabila keinginan seksual mereka lebih terdorong kepada kaum sejenis. Jika dirujuk pada hubungan seksual lesbian, salah seorang daripada mereka akan memainkan peranan yang lebih dominan manakala seorang lagi bersifat pasif. Pengkid! Kumpulan ini boleh disifatkan sebagai ‘ancaman’ kepada kaum lelaki di luar sana. Kelihatan seperti seorang tomboy jangan tak tahu bahawa mereka ini mempunyai ‘teman wanita istimewa’ dan paling dahsyat mereka mempunyai hawa nafsu untuk melakukan hubungan seksual yang terlarang! Dipendekkan cerita, mendekati ketiga-tiga golongan ini ternyata mereka punya diari sendiri. Si tomboy adakalanya bermula dengan suka-suka untuk berpakaian dan berambut pendek seperti lelaki! Paling tidak pun kerana dia satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarga. Secara tidak langsung, karektor dan sifat dominan seperti kasar, lasak dan aktif si adik beradik lelaki mudah berjangkit kepada si tomboy! Tapi kalau si tomboy ni dah ‘insaf’ mereka sebenarnya lebih cantik daripada wanita yang tak pernah jadi tomboy tau. Cuba tengok Kajol dalam Kuch-Kuch Hota Hai! Tak pun Scha Al-Yahya dalam Awan Dania...(Majoriti filem atau drama tv HANYALAH REKAAN semata-mata okay....) Seterusnya, cuba kita tanya kepada sang lesbian. Macam mana perempuan boleh bernafsu dengan perempuan lain sedangkan sifat fizikalnya sama? Jawapan mereka cukup mudah. ‘Tak salah menyayangi sesama kaum’! Lagi pula, mereka tidak melakukan apa-apa ‘pengubahsuaian’ pada bentuk tubuh. Terlebih bijak jawapan awak tu dik! ‘HABLU MINANNAS’ atau kasih sayang sesama manusia memanglah dituntut sesama manusia, tapi kalau kasih sayang yang ‘semacam itu’, kategori ‘kes berat’ dah awak ni...Aksi mesra, berpimpinan tangan dan laga pipi mungkin ada ampun lagi, tapi isu jadi lain bila yang sorang mula ‘verangan’ jadi lelaki, yang sorang pulak ‘lemah longlai’ di belai kaum sendiri! ![]() Harap-harap tiga golongan hawa ni tak salah anggap dengan penulis. Kejadian tuhan tu sememangnya dah cantik dan ada alasanNYA! Janganlah sebab patah hati terus nak transform jadi yang bukan-bukan. Jalan singkat tu sebenarnya tak membantu apa-apa pun malahan mungkin mengundang ‘penyakit’ di kemudian hari! Memang kita manusia ni tak sempurna serba serbi. Justeru, disebabkan ketidaksempurnan itulah kita wajar berkongsi sedikit ilmu, pengalaman dan informasi untuk kemaslahatan bersama. |
Monday, March 7, 2011
Tomboy, lesbian dan pengkid
Labels:
masaalah wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment