Showing posts with label Yayasan Selangor. Show all posts
Showing posts with label Yayasan Selangor. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Muhyiddin benci tengok Selangor maju ...

PETALING JAYA: Kementerian Pelajaran belum meluluskan permohonan Yayasan Selangor untuk membina sekolah sukan mewah walupun permohonan dibuat sejak 10 bulan lalu.

“Kita telah menulis surat 10 kali dan mesyuarat dengan kementerian pelajaran beberapa kali tetapi belum diluluskan.

“Tan Sri Muhyiddin (Yassin) benci sangat tengok Selangor maju, (tetapi) agenda pendidikan tidak perlu dipolitikkan,” katanya ketika ditemui selepas satu majlis anjuran yayasan itu di sini semalam.

“Mesyuarat dengan pegawai Yaysan Selangor di panggil tetapi minit mesyuarat tidak ada.

“Tidak ada alasan yang diberi,” tambahnya.

Muhyiddin merupakan menteri pelajaran dan timbalan perdana menteri.

Sekolah tersebut dicadang dibina di Ijok, Kuala Selangor di atas keluasan 30 ekar membabitkan kos RM50 juta.

Menurut Ilham, jika kementerian pelajaran terus tidak meluluskan pembinaan sekolah berkenaan, Yayasan Selangor akan bekerjasama dengan pihak swasta.

“Kita nak bangunkan sekolah untuk kepentingan pendidikan negeri Selangor. Selain IJok Yayasan Selangor akan membina sekolah di lapan daerah lagi.

“Dengan anak sekolah tersebut Yayasan Selangor tidak perlu menghantar pelajarnya ke St John, Victoria Instituon dan Assunta,” katanya.

Ilham berkata, Yayasan Selangor mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membina sekolah berkenaan - FMT

Wednesday, November 17, 2010

Pengurus Besar Yayasan Selangor dan PKNS kebal….?





Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim nampaknya menjadikan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor (YS) Saifulruddin Sulaiman sebagai ‘kambing hitam’ dalam kes perbelanjaan membazir sempena sambutan ulangtahun ke-40 yayasan itu yang dijadualkan hari ini (Isnin).
Menurut Khalid, Shaifulfuddin diarah bercuti bergaji bagi memudahkan siasatan kerana siasatan awal mendapati pejabatnya terlibat dengan perbelanjaan yang mengakibatkan Sultan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka.
Timbul persoalan, setakat manakah bidang dan had kuasa Saifulruddin sehinggakan beliau dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap perbelanjaan besar bagi majlis makan tengahari itu dan beberapa program sambutan ulangtahun lain?
Dilaporkan sebelum ini bahawa Khalid tidak mengetahui mengenai sambutan dan perbelanjaan tersebut kerana beliau tidak dimaklumkan mengenainya. Timbul persoalan selanjutnya, bagaimanakah pengurusan dan pentadbiran YS dijalankan?
Bolehkah seorang Timbalan Pengurus Besar meluluskan peruntukan sebesar RM300,000 (atau RM800,000 seperti didedahkan oleh Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar) tanpa pengetahuan Pengurus Besar selaku Ketua Pegawai Ekskutif badan pendidikan itu?
Banyak tanda tanya lagi yang boleh ditimbulkan! Jika benar seseorang Timbalan Pengurus Besar boleh membuat bajet dan dia sendiri meluluskannya, apakah pula peranan Pengurus Besar dalam institusi kebajikan anak-anak luar bandar yang perlu bantuan itu?
Di Yayasan Selangor, ada dua orang Timbalan Pengurus Besar dan seorang lagi ialah Datin Sabariah Ahmad. Bagaimana pulakah jika timbalan ini juga membuat dan meluluskan bajetnya sendiri. Dan apa pula halnya jika ada tiga orang timbalan….?
Sehingga kini, difahamkan Sabaraiah sedang bercuti seminggu gara-gara kemelut yang berlaku dalam YS. Sebelum ini beliau dikatakan telah diarahkan untuk melapor diri ke pejabat SUK kerana kehadirannya dilihat ‘menggundah-gelanakan Pengurus Besar ekoran berlegarnya surat-surat layang mengenai dirinya.
Mengenai kemelut RM520,000 melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menaja majlis perkahwinan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muzafar, yang dijadikan sasaran di situ pula adalah Jabatan Perhubungan Awamnya. Jabatan tersebut tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti sehingga selesai siasatan.
Persoalan yang sama juga timbul di perbadanan itu - adakah pengurus jabatan berkenaan layak dan berkuasa meluluskan peruntukan sebesar itu, apatah lagi digunakan untuk kegiatan yang langsung tidak berkaitan dengan pemajuan hartanah.
Nampaknya di PKNS lagi hebat kerana gambaran yang diberikan ialah pegawainya (tak perlu timbalan pengurus besar seperti di YS) boleh buat keputusan dan kerana itulah keseluruhan jabatan perhubungan awam, jabatan yang menjadi penghubung dengan pihak luar dibekukan kegiatannya.
Dalam kedua-dua kes anak syarikat kerajaan negeri itu, apakah peranan lembaga pengarah dan lembaga pemegang amanahnya? Tidakkah kedua-dua lembaga ini mengetahui mengenai perbelanjaan yang luar biasa itu.
Ada dedas desus yang berlegar mendakwa di YS, lembaga pemegang amanahnya cukup cekap ‘menutup mulut’ pegawai rendah dan kakitangannya dengan menghadiahkan mereka dua bulan bonus berbanding dengan keputusan kerajaan yang memberi RM500 sahaja.
Untuk ahli-ahli lembaga pemegang amanah pula, mereka mengambil RM5,000 seorang termasuk Pengurus Besarnya Ilham Marzuki. Beliau juga dapat bonus selaku Pengurus Besar.
Jika ahli-ahli lembaga tidak mengetahui dan tidak terlibat dengan perancangan kegiatan dan perbelanjaan besar, apakah yang mereka lakukan.
Bukankah meluluskan kegiatan dan perbelanjaan besar adalah dasar institusi dan dasar hanya diluluskan oleh lembaga pengarah – bukan timbalan pengurus besar atau jauh sekali pengurus jabatan perhubungan awam!
Dalam hal kedua-dua YS dan PKNS, nampaknya CEO iaitu Pengurus Besar macam kebal.
Mungkinkah kekebalan mereka kerana kedua-dua Pengerusi YS dan PKNS adalah Khalid Ibrahim?
Semoga status kebal tidak diikuti oleh bebal.! - Agenda Daily

Yayasan Selangor belanja RM150,000 untuk pesta memancing




Jika jamuan makan tengahari yang dirancang oleh Yayasan Selangor bernilai RM300,00, organisasi itu turut mengeluarkan kira-kiraRM150,000 untuk pesta memancing hari ini, sebagai sebahagian lagi acara sambutan ulangtahunnya yang ke-40.
Pertandingan memancing itu dilangsungkan di kolam Seksyen 7 Shah Alam dengan hadiah pertama wang tunai RM10,000, kedua RM7,000 dan ketiga RM5,000. Dua buah motosikal pula dijadikan tarikan sebagai hadiah utama cabutan nombor bertuah.
Selain daripada pesta memancing itu, yayasan berkenaan juga akan mengadakan acara korban sempena Iduladha pada Khamis ini. Acara akan dijalankan di Asrama Yayasan Selangor di Kelang melibatkan 12 ekor lembu korban.

Bagaimanapun Agendadaily difahamkan hanya dua ekor akan disembelih di asrama tersebut manakala 10 ekor lagi diselenggara oleh Jabatan Veterinar.
Yang menariknya kedua-dua acara memancing dan korban dianjurkan oleh Yayasan Selangor tetapi diserahkan kepada syarikat perunding untuk mengendalikannya.
Jumaat, Sultan Selangor murka dengan penganjuran makan tengahari yang dijadualkan Isnin, lalu membatalkan hasrat menghadirinya kerana menganggap RM300,000 untuk majlis makan adalah terlalu mahal dan membazir.
Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Ramli Mahmud yang menyatakan kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah itu menegaskan wang tersebut wajar digunakan untuk tujuan pelajaran dan kebajikan para pelajar.
Sabtu, Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendedahkan bahawa RM300,000 yang sudah dibayar sebelum majlis berlangsung hanyalah pendahuluan dan jumlah sebenarnya adalah RM800,000.
Dengan pesta memancing hari ini yang menelan belanja RM150,000 dan acara korban perdana Khamis kelak, sumber memberitahu Agendadaily, keseluruhannya mencecah angka sejuta ringgit..
Sumber dalaman Yayasan Selangor memberitahu Agendadaily bahawa para pegawai dan kakitangan hanya melaksanakan tugas berdasarkan arahan yang diberi oleh pihak pengurusan yang membuat keputusan mengenai sambutan berkenaan.
“Apahal nak sambut sempena 40 tahun…selalu sambutan adalah sempena 50 atau 100 tahun. Ini tentulah kerana alasan politik kurang matang,’’ kata satu sumber.
Sumber tersebut turut menyebut mengenai buku keluaran khas terbitan yayasan bersempena usia yayasan itu 38 tahun Kos buku katanya, melebihi RM200 senaskhah dan mutu penerbitannya amat mengecewakan kerana diterbitkan secara tergesa-gesa dan tidak profesional - Agenda Daily