Metro Maya

Wednesday, November 17, 2010

Yayasan Selangor belanja RM150,000 untuk pesta memancing

Oleh: BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ


Jika jamuan makan tengahari yang dirancang oleh Yayasan Selangor bernilai RM300,00, organisasi itu turut mengeluarkan kira-kiraRM150,000 untuk pesta memancing hari ini, sebagai sebahagian lagi acara sambutan ulangtahunnya yang ke-40.
Pertandingan memancing itu dilangsungkan di kolam Seksyen 7 Shah Alam dengan hadiah pertama wang tunai RM10,000, kedua RM7,000 dan ketiga RM5,000. Dua buah motosikal pula dijadikan tarikan sebagai hadiah utama cabutan nombor bertuah.
Selain daripada pesta memancing itu, yayasan berkenaan juga akan mengadakan acara korban sempena Iduladha pada Khamis ini. Acara akan dijalankan di Asrama Yayasan Selangor di Kelang melibatkan 12 ekor lembu korban.

Bagaimanapun Agendadaily difahamkan hanya dua ekor akan disembelih di asrama tersebut manakala 10 ekor lagi diselenggara oleh Jabatan Veterinar.
Yang menariknya kedua-dua acara memancing dan korban dianjurkan oleh Yayasan Selangor tetapi diserahkan kepada syarikat perunding untuk mengendalikannya.
Jumaat, Sultan Selangor murka dengan penganjuran makan tengahari yang dijadualkan Isnin, lalu membatalkan hasrat menghadirinya kerana menganggap RM300,000 untuk majlis makan adalah terlalu mahal dan membazir.
Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Ramli Mahmud yang menyatakan kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah itu menegaskan wang tersebut wajar digunakan untuk tujuan pelajaran dan kebajikan para pelajar.
Sabtu, Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendedahkan bahawa RM300,000 yang sudah dibayar sebelum majlis berlangsung hanyalah pendahuluan dan jumlah sebenarnya adalah RM800,000.
Dengan pesta memancing hari ini yang menelan belanja RM150,000 dan acara korban perdana Khamis kelak, sumber memberitahu Agendadaily, keseluruhannya mencecah angka sejuta ringgit..
Sumber dalaman Yayasan Selangor memberitahu Agendadaily bahawa para pegawai dan kakitangan hanya melaksanakan tugas berdasarkan arahan yang diberi oleh pihak pengurusan yang membuat keputusan mengenai sambutan berkenaan.
“Apahal nak sambut sempena 40 tahun…selalu sambutan adalah sempena 50 atau 100 tahun. Ini tentulah kerana alasan politik kurang matang,’’ kata satu sumber.
Sumber tersebut turut menyebut mengenai buku keluaran khas terbitan yayasan bersempena usia yayasan itu 38 tahun Kos buku katanya, melebihi RM200 senaskhah dan mutu penerbitannya amat mengecewakan kerana diterbitkan secara tergesa-gesa dan tidak profesional - Agenda Daily
Posted by Hash at 2:15 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: selangor, Yayasan Selangor

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Total Pageviews

Followers

Recent posts

Blog Archive

  • ►  2014 (10)
    • ►  October (5)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (16)
    • ►  December (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (32)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)
    • ►  September (3)
    • ►  August (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (17)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (6)
    • ►  March (11)
    • ►  February (6)
    • ►  January (9)
  • ▼  2010 (53)
    • ►  December (14)
    • ▼  November (39)
      • Rais panas bontot isu 700MHz
      • Khairy Jamaluddin selepas tsunami
      • Jom makan kek bersama Nurul Izzah
      • Pakatan Rakyat sepakat tubuh dana pelaburan
      • Ketuanan Islam : Alternatif yang enggan difikirkan?
      • Kenyataan rasis: Jangan cepat hukum guru hina pela...
      • Nurul Izzah mahu PKR muncul parti bermaruah
      • Parti Keadilan Rakyat
      • Namawee tidak lakukan kesalahan – Nazri
      • Surat Terbuka kepada YB Saifuddin dan rakan Reformis
      • Apa sangkut paut nya Adi Putra dengan AMK?
      • Gani Didakwa Palsukan Maklumat Kes Mata Lebam, Lak...
      • Laporan pemilihan : Ada campur tangan serius Anwar
      • Kes mata lebam : Surat terbuka kepada Ketua Polis ...
      • Aminah akan dedah tindak-tanduk Penasihat Parti Ke...
      • Godam Zaid untuk bersih parti dari "trojan horses"
      • PKR Tak Akan Berjaya Melakukan Perubahan Selagi Am...
      • PRU 13 - BN mungkin rampas kembali 1 atau 2 negeri...
      • Blogger dibebaskan selepas 4 tahun dipenjara
      • JPP: Bukan sahaja dilanda sindrom penafian, bisu m...
      • Ketua pemuda PKR akui jadi ‘pengundi hantu’, JPP n...
      • Pengurus Besar Yayasan Selangor dan PKNS kebal….?
      • Yayasan Selangor belanja RM150,000 untuk pesta mem...
      • 4 sekeluarga terbunuh di Slim River
      • Peguam Terbunuh Selepas Diserang Empat Lelaki Di R...
      • JAIS serbu bilik asmara
      • Pengedar Dadah Ditembak, Cuba Langgar Polis
      • Debaran pemilihan PKR sudah berlalu…keputusan suda...
      • Saya bukan mengalah tapi muak dengan masalah dalam...
      • Akaun wang ihsan pelajar tiada duit? ... Umno kenc...
      • Pemuda ditahan cuba rogol ibu
      • Yayasan Selangor: MB minta Noh beri penjelasan
      • Khalwat : Penyanyi Aman Shah dihadap ke Mahkamah 1...
      • Lancer vs Inspira : Sama tapi tak serupa
      • PAS sedia terima Zaid
      • PKR dakwa Umno terdesak, tak rasa malu kerana teru...
      • AC MIZAL: AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 DAN AKTA PEMBE...
      • PRU 13: PAS perlu perkemas pasukan media
      • Zaid masih dalam PKR

Feedjit


Simple theme. Powered by Blogger.