Friday, October 17, 2014

Empat Wanita Berjemur Separuh Bogel Di Pantai Saujana


Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 12:30 PM
Tindakan empat wanita warga asing berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Port Dickson menggemparkan orang ramai.

PORT DICKSON: Tindakan empat wanita berjemur separuh bogel di Pantai Saujana di sini menggemparkan orang ramai.
Seorang saksi berkata, empat wanita tersebut yang hanya berbikini tidak mempedulikan orang ramai yang memerhatikan gelagat mereka.
Katanya, tiga daripada wanita itu dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an manakala seorang lagi dalam 40-an terlebih dahulu berenang di pantai itu.
Kira-kira pukul 3 petang pantai itu tidak dipenuhi ramai pengunjung.
"Namun, sebaik sahaja orang semakin ramai, keempat-empat wanita itu berhenti berenang dan kembali ke daratan.
"Mereka kemudiannya berbaring di atas pasir pantai dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling," katanya.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat wanita itu menginap di mana-mana hotel berdekatan pantai tersebut.
Saksi berkata, wanita itu tanpa segan silu terus berada di pantai tersebut tetapi kemudiannya berasa tidak selesa dengan tindakan orang ramai yang memerhatikan mereka.
"Mereka bangkit dan berlalu pergi. Tiada siapa tahu ke mana mereka pergi atau sama ada mereka meninggalkan kawasan itu," katanya.
Seorang lagi saksi mendakwa kesemua wanita tersebut menanggalkan bikini mereka sebaik sahaja selesai berenang dan kembali ke pantai.
"Orang ramai terkejut tetapi mereka tidak peduli sama sekali. Saya rasa mereka tidak tahu adalah menjadi satu kesalahan untuk berada di pantai dalam keadaan separuh bogel," katanya.
Seorang pegawai Majlis Perbandaran Port Dickson berkata mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.

"Kita akan hantar pegawai untuk siasat," katanya.

Lelaki miliki payudara seperti wanita



payudara Edgeworth membesar seperti seorang wanita.


Charlie Edgeworth, 19, mengalami tekanan pera­saan kerana memiliki payu­dara seperti seorang wanita sehingga terpaksa menjual sebuah kereta miliknya hanya untuk menampung kos pembedahan bagi mengecilkan payudaranya itu.
Payudara remaja lelaki itu mula membesar ketika dia ber­usia 13 tahun dan dia digelar ‘Mooby’ oleh rakan-rakan sebaya­nya selain menjadi mangsa buli di sekolah selama bertahun-tahun sejak itu.
Pekerja pusat panggilan dari Hastings, East Sussex itu mengalami gynaecomastia iaitu ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh badan yang menyebabkan dia mempunyai hormon estrogen melebihi daripada hormon testosteron.
Keadaan itu menyebabkan tisu payudaranya menjadi berlebihan. Disebabkan keadaannya itu, dia tidak pernah mempunyai teman wanita kerana tiada wanita yang sudi menjadi kekasihnya.
Dia juga malu untuk membuka baju di tempat awam dan sering mengelak untuk pergi ke pantai hanya disebabkan tidak mahu membuka baju.
Terdesak untuk mengembalikan saiz payudaranya, Edgeworth mengamalkan diet ketat dengan harapan payudaranya itu kembali seperti saiz payudara lelaki normal yang lain.
Tindakannya itu menyebabkan berat badan Edgeworth menurun kepada paras bahaya ketika dia masih berada di sekolah sehingga membuatkan saiz payudaranya lebih menonjol berbanding keadaan biasa.

edgeworth terpaksa menjual kereta untuk menjalani pembedahan.


Jual kereta
Setelah bertahun-tahun terpaksa menanggung malu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk menjual keretanya bagi menampung kos pembedahan dan berharap menemui cinta selepas itu.
“Saya tidak pernah membuka baju sejak di sekolah rendah lagi, malah saya juga akan sentiasa memakai baju ketika di rumah bagi mengelakkan ibu mengetahui masalah saya ini.
“Setiap kali kami pergi bercuti, saya akan sentiasa memakai baju-T di dalam kolam renang dan hanya menggunakan alasan kulit saya mudah terbakar,” jelasnya yang sudah mencuba pelbagai cara untuk menyembunyikan bahagian dadanya itu.
Ujarnya, penurunan berat badan yang dialaminya semakin membuatkan bahagian tersebut kelihatan lebih menonjol.
“Saya akhirnya menaikkan kembali berat badan bagi mewujudkan jurang antara bahagian dada dan perut,” tambahnya.
Dalam usaha untuk menyem­bunyikan rasa malunya itu, dia akan memakai pakaian yang mempunyai saiz lebih besar berbanding saiz badannya.
Walaupun sudah melepasi zaman persekolahan, tahap keyakinan dirinya diuji apabila tidak pernah mempunyai kekasih sepanjang zaman persekolahan.
“Sukar bagi saya mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih disebabkan keadaan fizikal saya ini.
“Sepanjang enam tahun lalu, saya tidak pernah mempunyai pasangan dan ia turut menambah tekanan perasaan yang saya alami,” katanya.
Pembesaran tidak normal yang dialami oleh Edgeworth itu dikenali sebagai gynaecomastia dan dipercayai ia menjejaskan kira-kira 40 peratus daripada lelaki dan jumlahnya dilaporkan semakin meningkat.
Keadaan itu disebabkan ketidakstabilan yang berpunca daripada hormon estrogen dan testosteron.
Gangguan perasaan
Pengambilan ubat-ubat tertentu seperti antikemurungan dan penyakit hati dalam jangka panjang juga boleh menyebabkan gynaecomastia. Ubat-ubatan terbabit bertindak mengubah payudara secara terus dengan mengganggu aktiviti biasa kelenjar pituitari.
Penyakit itu hanya boleh dirawat melalui pembedahan unt­uk mengembalikan payudara kepada keadaan asal.
Kebanyakan kes gynaecomastia tidak menyebabkan sebarang risiko penyakit fizikal tetapi ia boleh menyebabkan gangguan perasaan yang mungkin memberi impak kepada kehidupan harian.
Gynaecomastia biasanya dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan fizikal oleh doktor tetapi pemeriksaan tertentu sepe­rti imbasan tomografi berkomputer, ujian ultrasound dan ujian darah mungkin diperlukan untuk memastikan punca terjadinya penyakit itu.
Edgeworth kini perlu memakai bengkung bagi menutupi bahagian dadanya dan disebabkan itu, dia berasa seperti orang lain.
Tahap keyakinan dirinya semakin hilang apabila dia ditegur oleh majikan lamanya yang berpendapat bahagian dadanya kelihatan lebih besar berbanding biasa.
Selepas itu, dia mula berfikir untuk menjalani pembedahan sebagai jalan keluar kepada masalahnya itu.
Tiga tahun kemudian, dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan membuang lebihan lemak yang terdapat di kedua-dua bahagian payudaranya itu.
Edgeworth menjual sebuah kereta jenis Volkswagen Polo bagi menjalani pembedahan mengecilkan payudaranya yang menelan belanja sebanyak £1,750 (RM9,164) di sebuah hospital di Poland.
“Saya lebih yakin dengan penampilan terbaharu ini dan ia memberi kesan kepada tahap keyakinan saya untuk berdepan dengan masyarakat, malah saya tidak sabar untuk membuat temu janji dengan seorang wanita dan mempunyai kekasih.
“Saya tidak menjangkakan keputusan untuk menjalani pembedahan ini memberi peluang baharu kepada saya untuk menjalani kehidupan. Jika saya tidak mengambil tindakan drastik dengan menjual kereta, saya tidak akan mampu untuk membiayai kos pembedahan,” jelasnya.
Menurut pakar bedah, Adam Kalecinski, dia amat berpuas hati dengan hasil pembedahan Edgeworth dan ia penting bagi membuang tisu kelenjar dan lemak bagi menghentikan penyakit tersebut kembali.

Thursday, October 16, 2014

Wanita Thai bakar diri akibat tanggung hutang

BANGKOK - THAILAND. Kerana tertekan akibat menanggung hutang besar dengan pengendali pinjaman haram, seorang wanita membakar dirinya di pusat aduan kerajaan yang terletak berdepan dengan Rumah Kerajaan di sini hari ini
Sungwein Raksapet, 57, yang melecur 50 peratus bahagian badan, telah dimasukkan wad di unit rawatan rapi Hospital Vajira.  
Wanita itu dikatakan telah mendapatkan pinjaman daripada pengendali pinjaman haram di tempat asalnya di wilayah Lopburi, bahagian tengah Thailand.

Bagaimanapun, wanita itu menyedari beliau ditipu bila hutangnya tiba-tiba melonjak hingga 1.5 juta baht, tidak lama kemudian. Jumlah pinjaman asal tidak diketahui.

Pagi ini, Sungwein yang naik marah mengembara 153km ke Bangkok untuk mengemukakan aduan terhadap pengendali pinjaman haram itu.

Bagaimanapun, ketika pegawai sedang menguruskan aduannya, beliau mencurah petrol ke badannya dan menyalakan api di hadapan mereka, kata Lt. Pol. Kingpet Settiya, pegawai penyiasat di balai polis Dusit.

Menurut pengarah Vajira Hospital, Dr Pollert Phanthanakul, Sungwein dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bercakap kerana 50 peratus badannya melecur.

Kisahnya menarik perhatian menteri di pejabat Perdana Menteri, Panadda Diskul, yang menziarahinya di hospital. - Bernama

Wednesday, October 15, 2014

Sembunyi bawah tangga, selamatkan anak isteri


  • Mohd Zahir bersama anak dan isteri bersembunyi di bawah tangga.Mohd Zahir bersama anak dan isteri bersembunyi di bawah tangga.
 1 / 1 
PENDANG - “Dalam keadaan panik saya terpaksa membawa anak dan isteri bersembunyi di bawah tangga,” kata Mohd Zahir Jaafar, 24, di Kampung Alor Besar, di sini.

Sewaktu kejadian, beliau bersama anak, Mohd Thaqif Zaim, tiga tahun dan isteri, Tini Shazwani Mohamad Tajuddin, 23, sedang menonton televisyen di rumah mertuanya.

Beliau berkata, suasana yang tenang pada mulanya bertukar menjadi cemas apabila bunyi angin kencang, sesekali terdengar bumbung rumah seperti terangkat.

“Kami keluar sekejap melihat keadaan sekeliling namun apabila keadaan semakin membimbangkan, saya segera minta anak dan isteri berlari masuk ke dalam rumah mencari berlindungan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Mohd Zahir hanya nampak bawah tangga sebagai lokasi paling selamat berbanding kawasan lain.

“Saya mengangkat tilam yang kebetulan berada bawah tangga dan menyorok di bawahnya bersama-sama mereka sambil berdoa serta tawakal supaya selamat. Syukurlah kami tidak apa-apa dan anak pun tidak menangis.

"Walaupun kejadian hanya berlaku beberapa minit namun terasa nyawa berada di hujung tanduk kerana kayu dan atap dari bahagian rumah atas jatuh dan menimpa kawasan dapur bersebelahan tempat kami berlindung," katanya.

Selepas kejadian itu, mereka sekeluarga menumpang sementara di rumah mertua yang masih dalam proses pembinaan.

"Jika diikutkan mahu tidur malam pun tidak lena kerana bimbang kejadian angin pusar kembali berulang.

"Sepanjang saya tinggal di sini sejak setahun lebih, ini adalah kejadian pertama yang berlaku," katanya.

Petaka tongkat kepala naga


Butterworth: Bermodalkan dua batang tongkat yang didakwa mempunyai kesaktian tertentu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya bomoh dan boleh mengubati pesakit yang terkena sihir bijak mempergunakan mangsa apabila mengikis wang mereka untuk menampung kehidupannya sekeluarga.
Bomoh berusia 48 tahun itu dikatakan menggunakan dua tongkat berbentuk kepala naga serta ular yang diperbuat daripada kayu dan besi.
Tongkat berkepala ular yang diperbuat daripada besi itu juga sebenarnya pedang dan kedua-dua tongkat itu turut bertatahkan batu permata di sekelilingnya.
Difahamkan, bomoh berkenaan mendakwa tongkat itu azimat yang dianugerahkan kepadanya untuk mengubati setiap pesakit dan dia kononnya menjadi insan terpilih untuk menyimpan tongkat terbabit yang didakwa diperoleh melalui mimpi.
Bagaimanapun, semua barangan itu dirampas polis dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) untuk tindakan selanjutnya.
Bomoh berkenaan, isterinya dan seorang lelaki yang menjadi pembantu mereka dilihat turut tampil ke pejabat JAIPP untuk diambil keterangan pada jam 10 pagi semalam.
DUA tongkat yang dirampas JAIPP.