Monday, October 29, 2012

Seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Lebanon adalah anak kakitangan FELDA, bukan peneroka


ctober 29, 2012

Isa said the arrested terror suspect had studied at the FELDA Foundation College in Trolak, Perak. — File pic
KUANTAN, Oct 29 — FELDA today clarified that one of the two Malaysians arrested in Lebanon for alleged links to the al-Qaeda terrorist organisation was the son of a staff and not of a settler.
Its chairman, Tan Sri Mohd Isa Samad, said Mohammed Razin Shaaban, 28, was the son of a FELDA employee and had studied at the FELDA Foundation College in Trolak, Perak.
“He only studied there for 10 months. His father informed us that Mohammed Razin got a job with the Farmers Organisation Authority (LPP) in Malacca and left the college,” he told reporters after launching the “Jelajah Transformasi Komuniti” (Community Transformation Tour) programme in FELDA Bukit Goh, here.
It was reported that Mohammed Razin and Rafik Mohammed Aaref, 21, suspected to have been trained as suicide bombers, were detained by army intelligence in Lebanon over suspected links to al-Qaeda.
Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman had said that the duo were brought to the military court in Beirut on October 25.
On the trial, Mohd Isa said: “We will wait for the outcome of the trial and see how we can assist.” — Bernama

Thursday, October 25, 2012

Pelajar 17 tahun buang anak baru lahir ke dalam tali air


25 Oktober 2012

KANGAR - Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di sini, awal hari ini.
Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu.
Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata, siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh
sebelum dicampak ke dalam tali air itu.
Katanya, polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang telah
dirujuk ke hospital itu kira-kira pukul 9.20 malam tadi.
Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan setelah mendapat
maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air.
Zull Aznam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. - Bernama

Rumah bekas Timb. Menteri terbakar


UALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah kerugian kira-kira RM400,000 apabila sebahagian rumah banglo dua tingkatnya di Jalan Berlian 1, Taman Perwira Gombak di sini, terbakar malam tadi.
Murugiah, 49, berkata kebakaran pada pukul 8.30 malam yang dipercayai akibat litar pintas itu menyebabkan bahagian ruang tamu, dapur di tingkat bawah serta tiga bilik tidur di tingkat atas musnah.
Ketika kejadian, beliau dan keluarga termasuk empat anak serta pembantu rumah dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menjemput anak lelaki ketiganya yang pulang dari London.
"Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pengawal keselamatan yang menjaga rumah saya. Ketika itu saya berada di Jalan Ampang dan kami berpatah balik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Beliau berkata apabila tiba di kediamannya, kebakaran itu telah dipadamkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat dengan bantuan jirannya.
Murugiah yang mendiami rumah itu sejak setahun lepas, berkata keluarganya kini menginap di sebuah hotel dan akan mencari rumah sewa sementara proses membaikpulih rumahnya siap dalam tempoh tiga bulan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan ketika dihubungi berkata kejadian itu tidak mempunyai unsur jenayah.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.50 malam dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10.38 malam.
Kejadian dipercayai akibat litar pintas, katanya.

Sunday, October 21, 2012

Umno BN main isu perkauman untuk rompak hasil negara - DSAI


Oleh: Aliff Fikri/ Foto: Yuisriah

SKUDAI 21 Oktober: Politik perkauman sengaja direka Umno BN untuk terus merompak hasil kekayaan negara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dari dulu mereka tidak berhenti mainkan isu perkauman, sebab apa?, tidak lain hanya untuk memecahbelah keharmonian rakyat.
“Bila rakyat bertengkar, maka mudahlah mereka mengaut keuntungan ekonomi negara ke dalam poket mereka,”
“Untuk mengalih perhatian dari soal ini, mereka api-apikan dengan kata-kata Melayu mesti bersatu, jangan tolong cina,” katanya ketika berucap depan 6,000 hadirin ketika Ceramah Perdana Merdeka Rakyat ke Johor di Sutera Mall, Skudai, malam tadi.
Katanya, tuduhan media arus perdana kononnya beliau dan Pakatan Rakyat menjadi alat kuasa asing, tidak menghalang fokus untuk membebaskan rakyat daripada kezaliman Umno BN.
“Umno BN tiap hari mainkan dalam media mereka konon saya alat Soros, alat yahudi, alat Amerika.
“Tapi saya nak kata dengan mereka, tuduh lah saya apa saja kerana ia tidak langsung menganggu fokus saya untuk membebaskan rakyat dari belenggu kekejaman mereka.
“Saya juga nak kata, ya saya memang alat, alat untuk rakyat, alat untuk mengangkat martabat seluruh rakyat,” sambil disambut tepukan hadirin.
“Seluruh pimpinan Pakatan juga adalah alat yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih baik,” katanya.
Dalam pada itu Anwar yakin sambutan yang begitu meriah di Skudai merupakan bukti bahawa rakyat Johor juga bersiap sedia menggulingkan Umno BN.
“Johor seperti yang kita ketahui adalah benteng terkuat Umno BN, tapi dengan sambutan sebegini hebat, saya yakin Johor juga akan mengiringi kita ke Putrajaya setelah PRU 13 tidak berapa lama lagi,” sinisnya.
Turut berucap Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua KEADILAN Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfuz Mohamad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chi Tong.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38220

Tuesday, October 16, 2012

Aku rasa macam ada orang gila ... gila talak la


"Saya Tetap Bersama PAS."

E-mailPrint
alt

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan terus setia memegang semangat perjuangan PAS walaupun telah dipecat pada bulan Januari yang lalu.

Sambil menolak tanggapan dirinya bakal menyertai UMNO, Presiden Jalur Tiga (JATI) itu berkata beliau akan terus memperjuangkan hasratnya mengembalikan perjuangan asal PAS yang didakwanya telah terus kepincangan oleh pimpinan Parasit Parti.

"Saya akan tetap bersama Pas dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini.

Beliau juga mengulangi penegasan bahawa dirinya tidak pernah menerima sebarang sogokan berbentuk wang dari mana-mana pemimpin UMNO.

"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Hasan Ali juga menjelaskan, kumpulan Anwarinas dalam PAS kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam Pas hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.

Malah katanya lagi, ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.

"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat Pas akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden Pas) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya.

Monday, October 15, 2012

Audit 2011: Tindakan sivil ke atas NFCorp ditimbang



SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
15 Oktober 2012
Parlimen
Laporan maklumbalas
KUALA LUMPUR – Projek Pusat Fidlot Kebangsaan (PFN) yang menjadi topik hangat tahun lalu kini dalam proses tindakan susulan dan belum selesai sepenuhnya, kata Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Menurut laporan itu, pihak kerajaan kini sedang mengambil beberapa langkah bagi mengkaji semula hala tuju projek berkenaan dan berkemungkinan mengambil tindakan sivil ke atas  National Feedlot Corporation (NFCorp) milik keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Isu itu menjadi perhatian selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 diumumkan tahun lalu.

“Beberapa siri perbincangan telah pun diadakan oleh pihak Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama dengan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti tindakan-tindakan sesuai yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap NFCorp.

“Keputusan mengenai hala tuju projek PFN ini masih lagi diteliti oleh Kementerian Kewangan dan akan dibincangkan bersama dengan Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan selanjutnya oleh pihak Kerajaan,” dedah laporan itu.

Bagaimanapun, setakat ini pihak kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan bersabit hala tuju projek terbabit.

Ekoran dakwaan penyalahgunaan dana awam berjumlah RM250 juta menerusi projek PFN ini, yang terus-terusan menjadi modal pembangkang, akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Shahrizat April lalu.

Perbicaraan mengenai skandal penyelewengan PFN kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Shahrizat memfailkan saman berjumlah RM100 juta ke atas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berhubung projek kontroversi itu.

Pendengaran kes saman fitnah yang difailkan oleh Shahrizat setakat ini menyaksikan beberapa klip video yang didakwa mengandungi kenyataan fitnah ke atas beliau ditayangkan.

Projek PFN termasuk antara 74 kelemahan yang belum selesai diambil tindakan susulan setelah menerima teguran daripada Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Antara perkara yang dibangkitkan berhubung projek PFN ini ialah Program Pembangunan Usahawan yang belum dilaksanakan oleh NFCorp untuk melahirkan 130 pengusaha ladang satelit dan draf Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi program tersebut masih belum dimuktamadkan.

“Pembayaran baki geran berjumlah RM6.48 juta ditangguhkan sehingga Kajian Viabiliti Projek dan Model Bisnes, yang disiapkan pada 5 April 2011 dan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan.

“Obligasi Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani membangunkan abattoir berkapasiti sembelihan 350 ekor sehari ditangguhkan sehingga Kajian 'Viability and Business Model Project' dijalankan.

“Obligasi NFCorp yang dinyatakan dalam Perjanjian Pelaksanaan untuk membina kilang makanan ternakan dan kilang bio-gas masih belum dilaksanakan,” tambah laporan itu lagi.

Bahkan, laporan berkenaan juga memaklumkan enam kemudahan infrastruktur seperti kolam takungan, jalan masuk, pagar berangkai dan jalan perimeter tidak disenggarakan dengan memuaskan oleh NFCorp dan Kementerian terbabit.

Wednesday, October 10, 2012

KuasaNya _ Lelaki Tanpa Muka


LATIF tak boleh melihat selepas mata dilitupi lapisan ketumbuhan.
LATIF tak boleh melihat selepas mata dilitupi lapisan ketumbuhan.
IBU Latif menangis setiap kali melihat beliau.
IBU Latif menangis setiap kali melihat beliau.
KASHMIR: Seorang pemuda buat pertama kalinya menceritakan kehidupannya ‘tanpa muka’ dan bagaimana dia begitu takut keadaannya itu diwarisi oleh anak yang masih dalam kandungan isterinya.
Mohammad Latif Khatana, 32, dari Kashmir, India, tidak boleh melihat atau bekerja kerana mukanya dilitupi lapisan ketumbuhan. 
Kerana kehodohannya, ada orang yang sanggup meludah ketika mereka melalui di depannya.

Dia kini begitu gembira selepas wanita yang dikahwinnya hamil tujuh bulan.

Tetapi dia begitu bimbang, anak yang akan dilahirkan itu akan berwajah sepertinya.

“Saya tidak sabar untuk menjadi bapa dan memiliki sedikit kebahagian dalam kehidupan saya. Tetapi saya sentiasa bimbang dan berdoa setiap hari supaya anak saya tidak dilahirkan seperti saya,” katanya.

Latif yang tinggal bersama isteri, Salima, 25, di kawasan pergunungan di Tuli Bana di Jammu dan Kashmir, pergi ke Srinagar selama empat bulan dalam setahun untuk meminta sedekah.

Dia dilahirkan dengan ketumbuhan kecil pada mukanya. Tetapi ketumbuhan itu membesar dan membentuk lapisan daging dan menutup seluruh mukanya. Ia menyebabkan Latif tidak boleh melihat.

“Ibu saya masih menangis setiap kali melihat saya. Dia merasa bersalah dan tidak faham mengapa anak bongsunya ditimpa nasib itu.”

Latif mempunyai dua abang dan tiga kakak dan menjadi satu-satunya anggota keluarga yang menghidap masalah berkenaan.

Tanpa adik beradiknya, kehidupannya akan menjadi begitu sunyi kerana tidak ada orang yang ingin berkawan dengannya.

“Tidak ada orang yang mahu bermain dengan saya. Setiap hari saya dipukul dan diejek oleh kanak-kanak lain di kampung. Saya kehilangan mata kiri ketika berusia lapan tahun. Mereka memanggil saya ‘si mata satu.’”

Apabila dewasa, dia terus berdepan dengan banyak masalah. Dia lelaki yang kuat tetapi kerana tidak dapat melihat dan keadaan mukanya, tidak ada siapa yang ingin menawarkannya pekerjaan.

“Saya terpaksa mengemis dan mengharapkan simpati orang lain supaya dapat memberi makan kepada keluarga.”

Latif kadang-kala memperoleh 400 rupi (RM25) sehari dengan mengemis.

“Pernah tiga gadis berjalan di depan saya. Mereka ludah kaki saya dan berlari sambil menutup mulut dengan selendang masing-masing. Ia begitu memalukan saya.

“Ia juga membuat saya terkejut kerana melihat kekejaman mereka. Saya begitu tertekan selama beberapa hari. Tetapi saya terpaksa bangkit dan meneruskan kehidupan,” katanya.

Empat tahun lalu, Latif menemui jodohnya.

Ibu bapanya berusaha mencarikannya isteri tetapi tidak ada wanita yang sudi berkahwin dengannya, sehinggalah Latif mendengar mengenai Salima.

“Isteri saya hanya mempunyai sebelah kaki. Sudah lama dia berusaha untuk mendapatkan seorang suami.

“Sebaik bertemu, kami sedar bahawa kami dicipta untuk satu sama lain. Kami jodoh yang sesuai kerana masing-masing cacat,” katanya.

Mereka berkahwin pada Ogos 2008 dan kira-kira 400 tetamu hadir pada majlis itu.

Sejak itu, pasangan berkenaan hidup bahagia. - TS

Wednesday, October 3, 2012

Astro Ria lancar 2 program untuk pasangan berkhawin



Astro papar dua program khas untuk pasangan berkahwin menerusi kempen Semarak Cinta. Foto AHMAD MOHSIN DADAMEAH
KUALA LUMPUR: Saluran Astro Ria bakal melancarkan dua program khas untuk pasangan berkahwin dan yang bakal menempuh alam rumah tangga menerusi kempen Semarak Cinta.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, program berjudul Destinasi Cinta Bersama AirAsia dan Raikan Cinta itu bertemakan cinta, perkahwinan dan destinasi bulan madu yang sesuai dijadikan rujukan bagi bakal pengantin baru.
"Secara dasarnya idea menghasilkan dua buah rancangan istimewa ini rentetan sambutan positif dua buah program berteraskan perkahwinan yang diterbitkan sebelum ini iaituWalimatulurus Lisa dan Yusry serta Seia Sekata Schawal,” ujarnya pada pelancaran program tersebut di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, katanya, pengisian dua program tersebut adalah berbeza namun masih mengekalkan konsep dan tema cinta.
Ujarnya, program Raikan Cinta mengkhususkan kepada pasangan yang ingin mendapatkan idea dalam merancang hari bahagia manakala Destinasi Cinta Bersama AirAsia pula lebih kepada pasangan yang baru berkahwin.
"Mengadakan persiapan perkahwinan bukan mudah kerana pelbagai aspek yang perlu diambil kira. Menerusi program Raikan Cinta diyakini dapat membantu mereka untuk merancang hari bahagia tersebut dengan baik.
"Destinasi Cinta Bersama AirAsia pula memberi peluang kepada penonton untuk merancang perjalanan bulan madu dengan paparan destinasi terbaik di dalam dan luar negara," katanya.
Bercakap mengenai program tersebut, Raqim berkata, ia akan membawa penonton untuk menikmati perjalanan bulan madu 12 orang selebriti terkenal tanah air yang telah mengembara ke pelbagai destinasi menarik serata Asia.
Selebriti tersebut adalah Elyana dan Khairul (Laos), Irma Hasmie dan Redza (Indonesia), Carleed Khaza dan Natasha Hudson (Terengganu), Johan dan Ozlyn Wati (Thailand), Sazzy Falak dan Nash (China) dan Raja Farah dan Megat (India).
Turut terlibat Norman Hakim dan Memey Suhaiza (Indonesia), Ana Raffali dan Naim (Indonesia), Mizz Nina dan Noh Hujan (Filipina), Farish Aziz dan Zahrah (Vietnam), Nurul dan Eric (Sabah) serta Yasmin Hani dan Sha'rin (China).
Destinasi Cinta Bersama AirAsia akan menemui penonton setiap hari Rabu sebanyak 13 episod bermula 17 Oktober depan. Ia akan disarikan pada pukul 10 malam.
Manakala Raikan Cinta bakal bersiaran pada setiap Ahad, pukul 7 malam bermula 21 Oktober di saluran sama. - mStar