Showing posts with label najib. Show all posts
Showing posts with label najib. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Zahrain jadi duta ke Indonesia, pejuang setia Umno dapat apa?

SEPTEMBER 05, 2013

LATEST UPDATE: SEPTEMBER 06, 2013 04:18 AM
Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Hashim dilaporkan akan dilantik sebagai duta ke Indonesia. Perkara ini juga sudah pun disahkan oleh Menteri Luar, Anifah Aman petang tadi.
Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib.
Walaupun Zahrain menafikan perlantikannya sebagai ganjaran kerana meninggalkan Anwar dan menyokong kepimpinan Najib, tetapi rata-rata kalangan dalam Umno percaya tiada ada sebab atau merit lain yang boleh dijadikan sandaran kepada perlantikannya itu melainkan sebagai upah atas pengorbanannya itu.
Selain itu, perlantikannya sebagai duta ke Indonesia juga dikhabarkan untuk mengekang pengaruh Anwar di negara tersebut memandangkan Ketua Pembangkang itu dipercayai mempunyai pengaruh serta simpati yang besar di kalangan tokoh-tokoh politik di negara tersebut. Anwar dan beberapa pemimpin PKR juga kerap berkunjung dan mengadakan pertemuan dengan pelbagai tokoh politik di Indonesia sejak beliau dipecat pada 1998 dahulu.
Malahan ketika era reformasi, beberapa penyokong setia Anwar seperti Ezam, Saifuddin Nasution dan Rahim Ghouse berada bertahun-tahun di negara itu untuk mendapatkan perlindungan dan mengelakkan daripada ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.

Dengan ganjaran yang diterima Zahrain itu, beliau merupakan seorang lagi pemimpin PKR selepas Ezam Mohd Nor yang dijadikan Senator selepas turut meninggalkan PKR dan bersedia menyerang serta memaki-hamun Anwar Ibrahim. Walaupun tidak disenaraikan sebagai calon pilihanraya, Zahrain kini menerima khabar gembira sebagai duta ke Indonesia sebagai imbalan pengorbanannya selama ini.
Beberapa pemimpin PKR yang lain juga turut diberikan anugerah yang berbeza-beza atas kesediaan meninggalkan PKR dan memaki-hamun Anwar seperti Zulkifli Noordin dijadikan calon BN di Shah Alam, manakala ada pula diberikan jawatan di agensi kerajaan, sebagai pegawai khas pemimpin tertentu, diberi peluang perniagaan dan sebagainya.
Di kebanyakan peringkat dalam Umno, perlantikan Zahrain ini bukan saja dipertikaikan dari segi kemampuannya tetapi juga kewajarannya. Jika ingin mengekang pengaruh Anwar di Indonesia melalui peranan yang akan dimainkannya sebagai duta, sebenarnya Zahrain bukanlah orangnya yang tepat.
Di Malaysia, beliau tidak dikenali sebagai pembicara, pengucap atau seseorang yang ada kelebihan dari segi meyakinkan orang lain. Sebelum keluar PKR, suaranya di dalam Umno dan Parlimen dalam membahaskan isu-isu semasa tidak pernah kedengaran. Beliau hanya umpama Hang Kasturi, Hang Lekir atau Hang Lekiu saja, tidak banyak disebut keberadaannya dalam perjuangan.
Hanya setelah bertukar kiblat politik dan bersalin baju baru, barulah suaranya sesekali kedengaran. Itu pun topiknya hanyalah mengenai PKR dan Anwar, bukan isu-isu yang melibatkan rakyat atau ada nilai perjuangan.
Barangkali jika ingin menjalin hubungan politik yang lebih manis dan jernih antara Malaysia dan Indonesia, sambil dalam masa yang sama pengaruh Anwar mahu disekat, baik saja dilantik beberapa bekas menteri atau timbalan menteri yang kalah bertanding atau tidak dilantik semula selepas pilihanraya lalu.
Kalau pun tidak mahu melantik Rais Yatim, Ghani Othman, Ali Rustam atau Zulhasnan Rafique, tetapi apa kurangnya dengan dua bekas timbalan menteri Dr Puad Zarkashi dan Saifuddan Abdullah yang lebih ternampak ketokohannya. Wibawa dan keyakinan umum terhadap mereka ini juga jauh lebih tinggi berbanding Zahrain Hashim.
Bahkan ada yang bergurau, tetapi ada juga logiknya iaitu Ibrahim Ali jauh lebih bagus daripada Zahrain. Kalau mahu dikira menyerang dan memaki hamun Anwar, Ibrahim juga nyata lebih dulu berbuat demikian. Dari segi keberanian dan kepintaran berhujah juga, Presiden Perkasa itu jauh lebih menonjol.
Ramai pemimpin dan kalangan penyokong Umno yang kecewa dengan anugerah kepada Zahrain ini. Budi dan jasa Zahrain kepada Najib hanyalah setahun dua ini sahaja tetapi sebelum ini beliau adalah penentang dan ada rekod derhaka kepada parti.
Tetapi nampaknya Najib lebih menghargai hujan yang baru turun sehari dua dan melupakan sama-sekali budi cuaca panas yang berpanjangan sejak bertahun yang lalu.
Ramai pejuang-pejuang setia dalam Umno yang tidak diberi apa-apa penghargaan meskipun berjuang siang malam dan tidak pernah menderhaka kepada parti. Kadang-kadang untuk memperolehi peluang perniagaan bagi memastikan parti terus hidup dan bernyawa, ada di antaranya yang umpama pengemis memanjat dari satu pejabat ke satu pejabat menteri sambil membawa fail dan sampul surat besar untuk menemui menteri dan pegawai tinggi kerajaan.
Dalam hal ini, ternampak bahawa cara dan gaya Najib mengurus kerajaan dan memberi anugerah kepada sesiapa yang dikehendakinya umpama beliau menguruskan sebuah syarikat sendirian berhad saja. Faktor kewajaran, kemampuan, kesetiaan dan sebagainya tidak lagi menjadi perkiraan utama.
Sehingga ada pemimpin Umno yang berkata, kalau ingin jawatan dan habuan di zaman Najib ini, maki hamun Umno dan keluarkan parti serta berbaik-baiklah dengan pembangkang terlebih dahulu, kemudian kembali dan jilatlah semula apa yang diludahkan dulu. Dalam masa yang sama, sanjung dan pujilah setinggi langit Perdana Menteri dan Umno yang pernah dimaki hamun dahulu.
Tak lama selepas itu, dapatlah sesuatu. Atau kalau minta sesuatu, pasti akan diberi.
Itulah nampaknya gaya baru dalam politik Umno sekarang. Jika tidak, janganlah mengharap apa-apa dan redalah berjuang semata-mata untuk agama, bangsa dan negara. - shahbudindotcom, 5 September, 2013.

Friday, March 29, 2013

Najib Penakut !!!


Harakahdaily,29 Mac 2013


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal bertemu dengan tarikh untuk
membubarkan parlimen setelah satu setengah tahun sebenarnya adalah kerana tekanan dalam Umno.

Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN.

Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini?

Ini kerana beliau sedang menunggu tarikh bubar yang membolehkan BN menang dan isteri beliau
 Datin Rosmah Mansor boleh kekal sebagai isteri Perdana Menteri.

Bagi Najib, untuk beliau mengekalkan kerusi Presiden Umno, beliau harus lebih cemerlang daripada Tun Abdullah Badawi, iaitu membawa BN kembali ke zaman menguasai 2/3 parlimen seperti dulu.

Beliau tahu sejak awal Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan melepaskan peluang untuk menghumban beliau seperti Pak Lah sekiranya keputusan PRU13 tidak
 cemerlang seperti yang diharapkan ahli-ahli Umno.

Maka, Najib menunggu dan menunggu – Muhyiddin juga tertunggu-tunggu, dan Mahathir semakin tidak
sabar menunggu.

“Kerana menyedari bahawa nyawanya sebagai Presiden Umno bakal terancam jika BN gagal
mendapat 2/3 di parlimen, Najib mengambil keputusan menunggu sehingga keadaan mengizinkannya
untuk memanggil PRU13 di mana BN boleh menang dengan cemerlang dan juga mengukuhkan
 kedudukannya sebagai Presiden Umno. Tapi tarikh yang dicari tidak dijumpai,” kata sumber Umno
kepada Harakahdaily.

Muhyiddin, katanya, yang menanti di tepi untuk menjadi Perdana Menteri dengan menolak Najib
daripada kerusi Presiden Umno jika keputusan PRU13 Najib tidak setanding Pak Lah, kini berhadapan
dengan situasi yang sangat mencabar.

“Jika BN tewas, Najib tetap akan ditolak. Tapi apakah Muhyiddin sanggup mengambil kerusi Presiden
Umno ketika itu? Kerusi itu bakal membuatkan Muhyiddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang
menggantikan Anwar Ibrahim jika BN tersilap,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut berkata jikalau amaran Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak menunjukkan bahawa beliau
tidak sabar untuk menjadi PM, Najib sudah lama memanggil PRU13.

“Tapi sayang. Mereka menekan Najib. Najib mencari jalan keluar dengan menunggu sehingga beliau
boleh menjamin keselamatannya di dalam Umno. Sekarang masa dah suntuk, dan Najib masih tidak
berjumpa tarikh. Penungguan Najib bakal menyebabkan BN tertewas dan menghancurkan impian
 Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri,” tambah sumber Umno itu lagi.

Ketika diajukan soalan, apakah BN akan menang kali ini, berikut adalah jawapan sumber Umno.

“Sekarang nak print poster, bunting dan sebagainya, printer pun dah mula minta Umno bayar dulu
secara tunai, tak boleh hutang. Malah, orang-orang yang dulunya penyokong tegar Umno sudah
mempercayai bahawa Umno akan tumbang kali ini.

"Dulu tiada orang akan percaya Umno akan tumbang. Tapi kali ini sehinggakan budak-budak sekolah
pun merasa Umno akan tumbang. Saya sendiri meletakkan 50-50, dengan kelebihan masih di BN
dengan syarat Najib kena bubar cepat sebelum negeri kedua terbubar secara automatik,” tambahnya.

Tuesday, February 26, 2013

Sokongan terhadap Najib menurun, kaum Cina tetap menolak - Merdeka Center


OLEH MD IZWAN
FEBRUARY 26, 2013
KUALA LUMPUR, 26 Feb — Penyelidik bebas Merdeka Center dalam laporan terkini hari ini mendapati sokongan pengundi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menurun daripada 65 peratus pada Mei 2012 kepada 61 peratus pada bulan Januari tahun ini.
Dalam kajian yang melibatkan 1,021 pengundi berdaftar tersebut juga mendapati kemarahan masyarakat Cina terhadap terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) masih tinggi iaitu pada kadar 68 peratus, petanda program dan kempen yang dilakukan oleh pimpinan Najib untuk menarik hati kumpulan tersebut masih lagi gagal.
Masyarakat Melayu juga mencatat peningkatan kemarahan keatas kerajaan apabila naik daripada 24 peratus pada Mei 2012 kepada 32 peratus pada Januari 2013, manakala masyarakat India juga naik daripada 41 kepada 43 peratus dalam tempoh sama. 
Menurut kajian itu lagi, walaupun sokongan kumpulan majoriti masyarakat Melayu masih kuat kepada kerajaan BN tetapi corak penurunan sokongan daripada 66 peratus pada Mei 2012 kepada 60 peratus pada Januari 2013 dilihat akan memberikan kesan yang besar kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.
“Kajian juga menemui penurunan sokongan dikalangan responden kaum Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional,” kata Merdeka Centre dalam satu kenyataan hari ini.
Daripada responden yang dipilih oleh Merdeka Centre, para pengundi memilih masalah rasuah sebagai isu utama yang kerajaan perlu titikberatkan dengan sebanyak 46 peratus perkara tersebut perlu ditangani oleh kerajaan, manakala isu polis dan keselamatan awam pula 28 peratus dan diikuti dengan masalah kenaikkan harga barang atau inflasi sebanyak 23 peratus.
Kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti isu persepsi yang bakal memberikan kesan menjelang pilihan raya tidak lama lagi.
Kebanyakkan isu-isu yang dibangkitkan kepada responden antaranya seperti Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari lalu, laporan media semasa Suruhanjaya Diraja Sabah mengenai kad pengenalan, isu yang didedahkan oleh usahawan karpet Deepak Jaikishan, kenyataan kontroversi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga perbalahan dalam perebutan kalimah “Allah” kebelakangan ini yang ditiimbulkan semula oleh ahli politik.
Kajian tersebut melibatkan 59 peratus kaum Melayu, 32 peratus kaum Cina dan 9 peratus kaum India.
Pilihan Raya 2013 perlu diadakan selepas mandat kerajaan BN tamat pada penghujung April.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) menjadi rebutan dalam pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah.
Setakat ini, hanya negeri Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.

Monday, January 21, 2013

Baju T sehelai, minyak RM30 ...Sambut Najib



Harakahdaily,21 Jan 2013
KOTA BHARU: Rata-rata mereka yang hadir ke program Janji Ditepati bersama Perdana Menteri di Kelantan semalam didakwa kerana 'arahan pihak atasan'.

Difahamkan, bukan sahaja ahli Umno di setiap kawasan dikerah, malah kesemua agensi kerajaan termasuk imam-imam dan guru takmir juga dipaksa hadir ke program tersebut bagi menampakkan sokongan ramai rakyat Kelantan BN.

Arahan dan kerahan itu juga kononnya bagi 'tidak memalukan' Datuk Seri Najib yang turun berkempen buat kali kedua di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung itu.

Mereka yang diarah hadir itu dibekalkan dengan sehelai baju berwarna oren bertulis 'Janji Ditepati'.

Setiap mukim juga didakwa perlu menghantar sekurang-kurangnya 25 orang ke program tersebut dengan duit minyak RM30 disediakan bagi setiap kereta.

Namun ada juga dikalangan pemilik kereta yang mengangkut peserta itu mendakwa, mereka hanya diberi duit minyak sebanyak RM20 sahaja.

"Biasa la, orang atas dah 'makan' dulu. Kita ni ikut arahan je," kata salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Man.

Sebelum bertolak ke tempat program semalam, mereka juga didakwa perlu berkumpul untuk diambil kedatangan, dan bagi mereka yang gagal hadir didakwa akan berdepan 'tindakan'.

Semalam, media BN melaporkan sambutan rakyat di program Jelajah Janji Ditepati itu dihadiri lebih 50,000 orang.

Bagaimanapun, hanya sebahagian kecil sahaja golongan muda yang hadir manakala selebihnya adalah golongan dewasa dan warga emas.

Tuesday, September 6, 2011

Lawatan Najib ke Australia - Peribadi atau rasmi

Datuk Seri Najib Razak pulang selepas memendekkan lawatan ke Australia, tetapi persoalan berhubung status dan pembiayaan terhadap lawatan itu masih kekal.

ADUN Komtar Ng Wei Aik (kanan) berkata, memang perdana menteri menemui mahasiswa Malaysia di Perth tetapi beliau juga berjalan untuk urusan peribadi yang mesti ditanggungnya sendiri.

"(Lawatan Najib) lebih daripada bertemu mahasiswa di sana. Beliau patut pergi dengan jet peribadi dan gunakan wang sendiri.

"Apabila kamu menggunakan pesawat kerajaan, kerajaan harus membayar perbelanjaan kamu...," katanya.

Ng membandingkan tindakan itu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggunakan penerbangan ekonomi walaupun untuk urusan rasmi.

Sunday, April 24, 2011

Najib repeats promise of no Internet censorship

12:19:44 PM 24-04-2011
April 24, 2011

Najib: But on behalf of my own government, I can say for certain that it is because we know that this is the way forward.
KUALA LUMPUR, April 24 — Datuk Seri Najib Razak promised Malaysians today that his administration would never censor the Internet.
There had been two attempts to put a Chinese-style “Green Dam” to filter the Internet in Malaysia in the past while a number of Malaysians protested last week over the free 1 Malaysia email service which they felt was unnecessary.
Speaking at the 1st Malaysian-ASEAN Regional Bloggers Conference here this morning, the Prime Minister declared that Malaysia has one of the most liveliest and one of the freest, “if not most free”, blogospheres in the world.
“Malaysians have to thank Tun Dr Mahathir Mohamad for this.
“When he was the Prime Minister, and Malaysia was developing our Multimedia Super Corridor, Tun made the promise to the world that Malaysia would never censor the Internet.

Tuesday, December 28, 2010

Ini Gila Babi punya Kes

Najib pernah tuduh isteri pertamanya dulu, Tengku Puteri Zainah gila babi semata-mata untuk kahwin dengan isteri orang. Dia membeli isteri orang untuk dikahwini.Rupa-rupanya terbukti bahawa Najib sendiri yang tersampuk dengan penyakit gila babi!

Macamana tidak?, tiba-tiba Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno dilantik sebagai Pengerusi Felda!

Bahawa pemilihan Isa Samad ini menunjukan bahawa Najib tidak serius untuk membenteras gejala rasuah yang berleluasa dalam negara.; kalau tidak masakan seorang yang dikenali sebagai ikon rasuah boleh dilantik ke jawatan tersebut.

Isa telah didapati bersalah kerana rasuah politik (bagi duit untuk mendapatkan undi) dan telah di gantung keahlian selama enam (6) tahun.Isa bernasib baik kerana hukumannya dikurangkan kepada tiga (3) tahun sahaja selepas merayu.

Isa, besar kemungkinanya terpaksa merengkok dalam penjara entah berapa tahun lamanya kalau kes rasuahnya itu di bawa ke BPR (sekarang SPRM).

SPRM tidak berani untuk menyiasat Isa Samad dan begitu juga Jawatankuasa Disiplin Umno yang terpaksa mengurangkan hukuman gantung keatas Isa dari enam tahun atau dua penggal kepada tiga tahun sahaja selepas beliau membuat rayuan.

Desas desus mengatakan ini semua kerana Najib terhutang budi dengan Isa Samad yang pernah menolongnya sewaktu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Port Dickson dengan seorang penyanyi terkenal tanah air

Friday, December 24, 2010

Tiada perubahan dalam pemerintahan Najib - Kajian Merdeka Center

SHAH ALAM : Selepas lebih dua tahun mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat dijangka berjaya mempertahankan Selangor jika Pilihanraya Umum diadakan sekarang, menurut tinjauan terbaru Merdeka Center.

Kira-kira 57 peratus dari 1,214 responden percaya hala tuju pentadbiran Selangor oleh Pakatan Rakyat adalah tepat, manakala hanya 28 peratus berpendapat sebaliknya.

Sokongan dari masyarakat Cina kekal 53 peratus, manakala sokongan darimasyarakat India meningkat dari 63 peratus kepada 72 peratus.

Menurut Merdeka Center, sokongan kaum Melayu adalah pada tahap 55 peratus.

Sementara itu, 67 peratus responden berpuas hati dengan prestasikerajaan negeri Selangor, manakala 55 peratus yakin atau sangat yakindengan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Angka ini jauh mengatasi 22 peratus responden yang berpendapat sebaliknya.

Tinjauan ini dijalankan atas permintaan Kerajaan Negeri Selangor,melibatkan pengundi berumur 21 ke atas melalui temubual telefon dari 27Julai hingga 23 Ogos.

Tinjauan yang sama juga mendapati Perdana Menteri Najib Abdul Razakterus menghampakan pengundi-pengundi Selangor.

Kira-kira 49 peratus percaya rasuah di peringkat kerajaan persekutuanterus meningkat manakala 15 peratus percaya tidak ada perubahan sejak Najib mengambil-alih kuasa.