MENLO PARK - CALIFORNIA. Facebook telah membeli aplikasi WhatsApp dengan nilai RM52.71 bilion ($16 bilion).
Ia termasuk RM13 bilion ($4 bilion) tunai dan kira-kira RM39 bilion ($12 bilion) saham Facebook.
Perjanjian dibuat termasuk menyediakan tambahan ($3 bilion) di unit saham terhad sebagai jaminan kepada pengasas dan kakitangan WhatsApp yang akan diberikan tempoh lebih empat tahun untuk penutupan, kata Facebook dalam satu kenyataan medianya.
WhatsApp telah menguasai perkhidmatan pesanan mobil dengan lebih 450 juta penggunaan setiap bulan.
Pengambilalihan ini berkongsi misi untuk membawa lebih sambungan dan utiliti kepada dunia dengan menyampaikan perkhidmatan internet teras dengan cekap dan mampu milik.
"WhatsApp dalam rangka untuk menyambungkan 1 bilion orang. Perkhidmatan yang mencapai kejayaan yang sangat berharga.
"Saya telah mengenali Jan (Jan Koum) sejak dulu dan saya teruja untuk bekerjasama dengan beliau serta pasukannya bagi membuka dunia lebih luas," kata pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.
Pengasas WhatsApp, Jan Koum berkata, pihaknya juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mark dan Facebook.
Thursday, February 20, 2014
Friday, January 3, 2014
Batu nisan "bernyawa"
Menurut cerita, tiga orang yang meninggal dunia dikebumikan di kubur berkenaan dengan batu nisannya daripada serpihan batu gua.
Bagaimanapun, enam daripada puluhan batu nisan di situ dipercayai hidup dan menjadi semakin tinggi, sedangkan batu nisan lain dalam keadaan biasa saja.
Bagaimanapun, enam daripada puluhan batu nisan di situ dipercayai hidup dan menjadi semakin tinggi, sedangkan batu nisan lain dalam keadaan biasa saja.
Kampung Lintang dibuka hampir 200 tahun lalu oleh penduduk yang bekerja sebagai penanam padi dan pekebun buah-buahan.
Selepas itu, kebanyakan mereka berhijrah ke kawasan lain untuk menikmati kemajuan terutama perhubungan jalan raya, tetapi pada tahun 60-an dibuka semula oleh generasi baru sebelum menemui kubur lama itu.
Hanya enam penduduk yang membuka semula penempatan baru di kampung berkenaan dan menemui kubur lama yang mempunyai batu nisan aneh itu.
Namun, sesetengahnya berpindah pula ke Kampung Kuala Sungai di seberang sungai berkenaan kerana dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk sekolah, bekalan air paip dan elektrik.
Kampung lama itu ditinggalkan dan terbiar begitu saja dengan beberapa rumah usang yang menunggu masa menyembah bumi. Sejarah yang tinggal hanya kubur lama berkenaan sebagai bukti mereka orang terawal tinggal di situ.
Perjalanan ke kubur lama di kampung itu hanya menerusi bot sungai dari Pekan Bertam Baru dengan mengambil masa hampir 50 minit menyusuri Sungai Galas.
Di kawasan itu juga terdapat sebuah kampung terpencil yang hanya mempunyai sebuah rumah didiami sepasang suami isteri.
Seorang penduduk, Nik Lah Nik Yaacob, 80, berkata, dia tinggal di kampung itu bersama lima rakannya sejak 1963.
Menurutnya, pada waktu itu dia menaiki bot dari Kuala Krai ke kawasan berkenaan untuk membuka tanah.
“Ketika mula menjejakkan kaki ke kampung berkenaan, pak cik dan yang lain menemui kubur lama itu termasuk batu nisan hidup semakin meninggi serta dikelilingi hutan.
“Melihat keadaan itu, penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan kubur dan sekitarnya, namun ia terbiar semula kerana sudah tidak ada lagi penduduk. Cuma pak cik bersama isteri masih kekal tinggal walaupun keadaan begitu sunyi di sini,” katanya.
Dia belum bercadang untuk berpindah ke kampung lain berhampiran kerana lebih selesa tinggal di situ, malah cintanya kepada kawasan berkenaan sehingga tidak mahu meninggalkan tanaman yang sekian lama diusahakannya.
“Ramai orang luar datang ke sini mahu melihat batu nisan itu akan menemui pak cik kerana pak cik orang yang paling lama tinggal di kampung ini tetapi sejarah sebenar kubur itu tidak diketahui sepenuhnya.
oleh Ramli Ibrahim
Mungkin ramai tidak percaya kejadian aneh enam batu nisan di perkuburan lama di Bertam, Gua Musang, Kelantan, hidup dan semakin tinggi sehingga mencapai ketinggian seorang dewasa.
Perkuburan lama dipercayai berusia lebih 150 tahun di Kampung Lintang itu ditemui penduduk lebih 30 tahun lalu.
“Jika difikirkan, adalah tidak munasabah sekiranya orang dulu sanggup memikul sebuah batu sepanjang lebih dua meter dan dijadikan batu nisan untuk orang meninggal dunia. Tentu mereka hanya memacakkan batu bersaiz kecil saja,” katanya.
Nik Lah berkata, bukan sedikit orang meninggal dunia dikebumikan di tanah kubur berkenaan, malah boleh jadi ratusan orang berdasarkan banyak pokok yang sudah di tanam bersama batu nisan itu.
Dia juga tidak mengetahui nama si mati dan tarikh sebenar kematian mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan itu tetapi penemuan enam batu nisan
bersaiz ganjil dianggap luar biasa berbanding batu nisan lain.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Lulut, Kuala Sungai, Yasok Che Kar mengakui pernah tinggal di Kampung Lintang.
Menurutnya, penduduk yang pernah tinggal di situ berasa agak terkejut dengan penemuan batu nesan kubur lama itu, namun keadaannya yang semakin meninggi tidak dapat dipastikan puncanya.
“Keganjilan itu membuatkan kampung berkenaan menjadi terkenal dan mula dilawati pihak luar.
“Bagaimanapun, kebanyakan penduduk kampung berkenaan sudah berpindah ke Kampung Lulut kerana banyak kemudahan disediakan kerajaan berbanding Kampung Lintang yang tidak mempunyai jalan perhubungan,” katanya.
Nik Lah berkata, bukan sedikit orang meninggal dunia dikebumikan di tanah kubur berkenaan, malah boleh jadi ratusan orang berdasarkan banyak pokok yang sudah di tanam bersama batu nisan itu.
Dia juga tidak mengetahui nama si mati dan tarikh sebenar kematian mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan itu tetapi penemuan enam batu nisan
bersaiz ganjil dianggap luar biasa berbanding batu nisan lain.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Lulut, Kuala Sungai, Yasok Che Kar mengakui pernah tinggal di Kampung Lintang.
Menurutnya, penduduk yang pernah tinggal di situ berasa agak terkejut dengan penemuan batu nesan kubur lama itu, namun keadaannya yang semakin meninggi tidak dapat dipastikan puncanya.
“Keganjilan itu membuatkan kampung berkenaan menjadi terkenal dan mula dilawati pihak luar.
“Bagaimanapun, kebanyakan penduduk kampung berkenaan sudah berpindah ke Kampung Lulut kerana banyak kemudahan disediakan kerajaan berbanding Kampung Lintang yang tidak mempunyai jalan perhubungan,” katanya.
Tuesday, December 17, 2013
Permohonan BR1M 2014 Dibuka Dari 23 Disember Hingga 31 Januari Depan
KUALA LUMPUR: Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini Selasa.
Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)