Thursday, February 2, 2012

Jamil Khir lagi ka? Dakwa salah guna duit .....

KUALA LUMPUR 2 Feb: PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai, Kedah.

Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan.

Mohd Nasaie berkata beliau difahamkan Jamil sedang berusaha untuk menjadi calon di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

“Beliau bagi mesin rumput, pam racun… Hasil negeri Wilayah Persekutuan diberikan kepada penduduk miskin di negeri itu contohnya untuk penduduk setinggan, penduduk PPR, tetapi ambil pergi ke Jerai,” kata naib ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Nasaie Ismail

Mohd Nasaie yang juga adalah setiausaha akhbar presiden PAS berkata pihaknya menyedari perkara ini berlaku pada tahun lalu, dan tidak pasti sama ada ia pernah berlaku sebelum itu.

“Kita sedar sejak 2011, sekurang-kurang lima program bawah menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat menentukan berapa jumlah yang digunakan oleh Jamil (kiri).
Menurut Nasaiei, beliau juga menerima laporan daripada penduduk dan pengundi Jerai bahawa hal ini “sudah masyhur” di kawasan Jerai dan kawasan sekitarnya seperti Yan dan Guar Chempedak.

Pada November tahun lalu, Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut mendedahkan tindakan Jamil menyalahgunakan dana Yayasan Taqwa.

Berdasarkan satu surat, katanya, menteri itu didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.

Sementara itu, Semakan keadilandaily dalam laman web Yayasan Taqwa mendapati, selain bantuan diagihkan kepada penduduk luar wilayah persekutuan, pemimpin Umno turut dijemput merasmikan dan menyampaikan bantuan dalam program anjuran yayasan itu.

Antaranya, program dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Kawasan Bukit Katil, Melaka pada Jun lalu untuk memberikan bantuan kepada anak yatim berjumlah RM80,300.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam merangkap ADUN Bukit Baru, Melaka.

Selain itu, Yayasan Taqwa turut mengajurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan (SRA) 2011 peringkat Negeri Sembilan di Dewan Institut Tahfiz Al-Quran, Gemencheh dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tampin.

Majlis itu dirasmikan oleh ADUN Gemencheh, Dato’ Mohd Kamil Abd Aziz pada 23 Julai tahun lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26115

Tuesday, January 3, 2012

Khalwat : Sepasang penuntut IPT ditahan di Pandan Indah

AMPANG, 3 Jan - Serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi semalam berjaya memberkas sepasang remaja penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara.

Semasa disoalsiasat, penuntut IPT wanita itu berkata mereka terpaksa menyewa sebuah bilik hotel murah akibat kehabisan tiket bas untuk pulang ke IPT Pahang.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata “Gadis berkenaan memberi alasan kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang ke IPT di Pahang, lalu menyewa bilik hotel itu,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, pihaknya mendapati gadis berusia 21 tahun itu hanya membalut tubuhnya dengan tuala, manakala pasangannya yang berusia 33 tahun itu memakai seluar pendek tanpa baju.

Turut ditahan kerana berkhalwat adalah sepasang kekasih warga Indonesia. Wanita yang berusia 37 tahun itu bekerja sebagai pembantu rumah, manakala pasa-ngan­nya berusia 33 tahun, seorang kontraktor.

“Wanita berkenaan telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun yang tinggal bersama suaminya di Indonesia, manakala pasangannya itu masih bujang,” katanya. - KLPos

Thursday, December 15, 2011

Memorandum orang Asli Seletar kepada MB Johor

MEMORANDUM BANTAHAN PEMBERIMILIKAN TANAH DAN KAWASAN ORANG ASLI SUKU KAUM SELETAR KEPADA PIHAK-PIHAK LAIN DAN BANTAHAN RANCANGAN PEMBANGUNAN BESAR-BESARAN DI BAWAH ISKANDAR MALAYSIA YANG MENINDAS HAK DAN KEPENTINGAN ORANG ASLI

Kepada:
Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman
MENTERI BESAR
JOHOR DARUL TA’ZIM

Daripada:
Jaringan Masyarakat Orang Asli Seletar Johor

Pada: 15 Disember 2011

Kami masyarakat Orang Asli suku kaum Seletar (Orang Seletar) dari seluruh negeri Johor (lihat Lampiran 1) sebulat suara membantah dasar kerajaan negeri Johor yang membangunkan kawasan pesisiran pantai di Selat Johor secara besar-besaran tanpa mengambil kira kepentingan dan hak Orang Seletar.

Kami juga membantah tindakan kerajaan memberimilik tanah kepada pihak-pihak tertentu tanpa mempertimbangkan hidup mati Orang Seletar yang telah menduduki kawasan ini secara turun temurun selama ratusan tahun.

Bantahan kami adalah berasaskan perkara-perkara dan sebab-sebab yang berikut : SETERUSNYA