Tuesday, August 30, 2011

Populariti Najib merudum : Rais kata kajian tak berasas

Rais: Kajian Merdeka Center tak berasas, Najib diterima majoriti rakyat

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diterima majoriti rakyat di negara ini, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau (gambar) menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

“Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Bagaimanapun, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) secara ikhlas.

Sehubungan itu, Rais dipetik Bernama Online, meragui kajian Merdeka Research Centre dan menasihatkan pusat penyelidikan itu mengambil pendekatan yang menyeluruh apabila membuat sesuatu kajian sepertimana yang dilakukan di beberapa negara barat.

“Saluran penyelidikan mereka adalah terhad dan bagi pihak yang tertentu. Jadi ia tidak berasas kepada kenyataan dan keadaan sebenarnya,” katanya.

Rais berkata peningkatan berganda bilangan orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri pada hari ini berbanding tahun lepas juga jelas menunjukkan keyakinan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara. - TMI

Wednesday, August 24, 2011

Najib Altantuya Berdiam Diri Dakwaan Anwar Ibrahim Akan "Ditembak"

Tertekan dengan pendedahan bekas duta Amerika Syarikat John Mallot, Najib Altantuya tidak berani menjawab tuduhan berat yang dilemparkan sehingga ke hari ini

Ekoran pendedahan terbaru oleh bekas Duta AS ke Malaysia John Malott, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah meminta agar Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberi maklumat ke atas tuduhan-tuduhan bahawa mereka telah berkomplot ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke penjara atas tuduhan liwat yang direka.

Bola kini di gelanggan Najib.

Beliau adalah PM dan dia mesti menyatakan dengan jelas, jikalau dia yang terlibat dan jikalau terdapat apa apa komplot dengan Mahathir dalam kes semasa dan pada tahun 1998.

Saya rasa rakyat Malaysia sudah tahu mengenainya, tetapi kini bekas duta Amerika Syarikat telah memberikan maklumat yang kuat dan jelas.

Ini adalah serius dan mesti dijawab.

Untuk berdiam diri akan memalukan Malaysia.

Sudah tiba masanya untuk Najib sedar dia bukanlah PM hanya untuk UMNO tetapi juga untuk semua Malaysia, "kata Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran memberitahu Malaysia Chronicle.

Sesungguhnya artikel yang bertajuk Malott jatuhkan bom : Pakatan rahsia antara Najib dan Anwar telah menawarkan gambaran yang mengejutkan ke dalam dunia politik UMNO, yang dianggap sebagai antara yang tercemar di rantau ini.

Malah, beberapa jam selepas menerbitkan artikel, laman web Malaysia Chronicle telah diserang hackers yang tidak dikenali.

Kedutaan AS diberitahu oleh dua sumber yang berbeza

Malott dalam menjaga operasi Kuala Lumpur dari 1995 hingga 1998, dalam artikel beliau, beliau berkata bagaimana satu keputusan yang dibuat oleh kuasa-kuasa yang ada pada masa itu untuk terus menganiaya Anwar sehingga beliau imun dan sia-sia dari segi politik.

Dua sumber yang berbeza, pembantu rapat Najib, Razak Baginda dan seorang pegawai Cawangan Khas, memberitahu pegawai-pegawai kedutaan mengenai plot untuk melingkupkan Anwar pada semua kos.


Sekarang 64 tahun, Anwar pada masa itu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta Timbalan Presiden UMNO.

Beliau adalah bintang yang bersinar dan menjelang tahun 1997, sudah mengumpul sokongan akar umbi yang cukup untuk berjaya mencabar Mahathir untuk jawatan tertinggi.

Anwar kemudiannya mengetuai satu pasukan yang dikenali sebagai Wawasan 2020 dalam UMNO dan ini adalah dianggap pasukan impian masa itu.

Menurut artikel Malott, Anwar juga telah bekerjasama dengan Najib, yang bersetuju untuk menjadi TPM kepada PM Anwar apabila Mahathir pergi

Tetapi kemudian Najib mengkhianati Anwar, menyebelahi Mahathir sebaik sahaja Anwar dipecat dan dibuang ke dalam penjara atas tuduhan liwat yang direka pada tahun 1998.

"Ini mencerminkan rentetan khianat dalam diri Najib, tetapi apa yang lebih membimbangkan adalah pakatan sulit antara Mahathir dan Najib untuk menganiayai' Anwar.

Jelas, ini bertentangan dengan ketelusan dan urus tadbir yang baik dan Najib berhutang penjelasan kepada negara atau meletak jawatan, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Sentimen Tian telah disuarakan oleh rakan-rakan lain, yang berkata bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui jika pemimpin-pemimpin mereka mengamalkan politik kotor dan hak untuk menentukan sama ada mereka patut dihukum untuk berbuat demikian.

"Ini adalah maklumat yang besar.

Kami terperanjat dengan pendedahan ini dan Najib perlu membersihkan namanya mengenai perkara ini.

Seorang bekas rasmi peringkat tinggi AS dengan akses kepada maklumat terbaik dan kenalan telah bercakap.

Ia perlu dibahaskan dan dibincangkan secara terbuka kerana rakyat telah mengesyaki ia selama bertahun-tahun dan mempunyai hak untuk mengetahui jika pemimpin mereka yang mengamalkan politik kotor.

Kaedah seperti ini tidak lagi boleh diterima dalam masyarakat hari ini. dan yang paling penting, Anwar mempunyai hak untuk pengadilan," pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi berkata kepada Malaysia Chronicle.

Monday, August 22, 2011

Ketuanan bawa Malapetaka

oleh Hisham Rais

Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin di mana sahaja mereka terbuang akan menyambut hari Nakba - hari Malapetaka. Pada 15 Mei 1948 negara Israel telah dicacakkan ke bumi Arab. Semenjak tarikh itu warga Palestin dan Arab terus hidup dalam kesengsaraan. Tanah mereka telah dirampas. Mereka menjadi orang pelarian. Huru hara berterusan di bumi Arab kerana kerenah kaum Zionis Israel. Nakba ialah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu.

Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu pula menerima Malapetaka. Ini terjadi apabila British meninggalkan kuasa pentabiran kepada United Malays National Organistion. Semenjak 31 Ogos 1957 anak semua bangsa di Tanah Melayu telah hidup dalam kesangsaraan. Dasar 'ketuanan Melayu' telah membawa Malapetaka kepada Tanah Melayu. Justeru, 31 Ogos adalah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu.

Pada bulan Ogos tahun 2011 ini saya akan cuba membawa para pembaca untuk memahami konsep dan intipati Malapetaka ini. Memahami Malapetaka 31 Ogos ini amat penting. Jika kita tidak tahu dari mana kita datang maka kita juga tidak akan tahu arah mana yang hendak kita tuju.

Dari sejarah Tanah Melayu, kita diberitahu bahawa pada 20 Jun 1948 British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Untuk saya, darurat ini macam kita dalam kereta tetiba merasa sakit perut yang amat sangat. Maka kita berhenti dan mencari tandas. Kerana tidak berjumpa tandas maka kita terberak dalam belukar di tepi jalan. Kerana tidak ada sumber air maka kita dedat dengan daun. Apa yang saya kisahkan ini ialah suasana darurat. Tetapi pada tahun 1948 dahulu, tidak ada seorang pun warga Tanah Melayu yang dalam darurat. Tidak ada sesiapa yang hendak terberak di tepi jalan.

Apa yang berlaku ialah kuasa kolonial British telah diserang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya. Gerakan bersenjata ini bertujuan menghalau penjajah British dari Tanah Melayu. Dengan licik Britsih telah mengalihkan perjuangan untuk mendapat kemerdekaan ini kepada darurat. Tidak ada apa yang darurat. Yang hendak terberak di tepi jalan kerana diserang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya ialah soldadu upahan British. Soldadu upahan inilah yang sedang dalam darurat.

Berjuang mengangkat senjata ini telah membuka lanskap politik baru ke Tanah Melayu. Kuasa kolonial yang dianggap gagah dan lengkap bersenjata kini telah diserang oleh gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya. Kuasa kolonial British amat memerlukan bumi Tanah Melayu kerana dari bumi kita ini terdapat kekayaan bijih dan getah. Punca ekonomi inilah yang ingin dipertahankan oleh penjajah. Politik ialah ekonomi. Memiliki kuasa politik memiliki punca ekonomi. Justeru penjajah British bertahan kerana lombong bijih dan ladang getah.

Serangan bersenjata dari gerila pembebasan ini menjadikan kuasa kolonial terus berdarurat. Akhirnya British merancang satu strategi baru. Jika terus menjajah maka perjuangan bersenjata yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya ini akan merebak luas. Tuntutan untuk merdeka akan merebak untuk menjadi ajenda anak semua bangsa. Keadaan sedemikian amat bahaya untuk British.

Justeru, British memerlukan budak suruhan yang baik sebagai ganti sebelum mengundur. Dengan licik dan terancang British telah memasang kuda menjadi pemimpin negara. Seperti di Iraq hari ini kuasa kolonial Amerika memasang lebih dari saekor kuda. Ada kuda bernama Nouri al-Maliki, ada Jalal Talabani dan ada Tariq al-Hashmi.

Kuasa kolonial kulit putih sedar dengan memasang beberapa ekor kuda mereka akan dapat mencari budak suruhan yang setia. Terlalu ramai anak tanah jajahan yang bersedia untuk menjadi budak suruhan dan mengikut kata tuan kolonial. Taktik British cukup senang - siapa yang dapat membuktikan yang mereka lebih setia kepada tuan penjajah maka sosok itu akan dinobatkan. Inilah taktik kuasa kolonial dalam percaturan realpolitik. Ia berlaku dahulu dan sedang dijalankan sekarang.

Di Tanah Melayu kuasa kolonial British telah memilih United Malay National Organsiation untuk menjadi budak suruhan mereka. Parti Kebangasan Melayu Muda, AWAS, API, Hisbul Muslimin, Parti Komunis Malaya - adalah parti-parti yang menentang British. Parti-parti ini mengangkat senjata menentang British. Parti ini akan membawa merdeka tetapi amat bahaya untuk kepentingan British. Ini berbeza dengan United Malay National Organisation yang bekerjasama dan menjadi budak suruhan.

Buktinya apa yang saya tulis ini cukup jelas. Pada bulan Ogos ini cuba baca - tak perlu beli - akhbar milik United Malaya National Organisation. Akan penuh dengan dengan kisah melawan komunis. Inilah apa yang saya katakan Malapetaka. Ketika anak semua bangsa bangun melawan penjajah British, United Malay National Organisation seperti diupah oleh British untuk menentang dan melawan orang yang menentang British. Orang angkat senjata lawan British, gerombolan ini angat senjata lawan orang yang lawan British. Inilah kerja budak suruhan. Inilah Malapetaka yang saya maksudkan.

Kita akan muntah setiap tahun apabila melihat Bukit Kepong di kaca TV. Memang betul ada serangan ke rumah pasong Bukit Kepong. Memang betul polis yang diserang ketika itu adalah polis Melayu. Tetapi polis Melayu ini adalah polis upahan British. Kerana mereka Melayu tidak semestinya apa yang mereka lakukan baik dan betul. Melayu bukan bermakna betul. Ada Melayu budak suruhan dan ada Melayu nasionalis.

Anak muda hari ini juga wajib diberitahu bahawa serangan Bukit Kepong itu dipimpin oleh Mat Indera. Mat Indera ialah seorang nasionalis kiri Melayu. Ini tidak terdapat dalam filem Bukit Kepong kerana United Malay National Organisation tidak mahu rakyat Malaysia tahu bahawa ada Melayu yang berani angkat senjata melawan British. Dan dalam Parti Komunis Malaya amat ramai ahlinya, kadernya dan pucuk pimpinan terdiri dari orang Melayu.

Dari awal lagi British telah menjalankan dasar pecah dan perentah. Melayu, Cina dan India tidak akan dibenarkan bersatu. Pada tahun 1947 apabila ada kerjasama dan setiakawan yang erat di antara bangsa-bangsa maka muncul Perlembagaan Rakyat. Jawapan British kepada Perlembagan Rakyat 1947 ialah melakukan penangkapan beramai-ramai. Satu tahun kemudian Tanah Melayu diistiharkan darurat - perang kolonial bermula.

Dasar pecah dan perintah dan dasar rasisme British ini telah diambil oleh United Malay National Organsation untuk digunapakai hingga ke hari ini. Justeru, sebagai contoh terbaru, kita lihat bagaimana media dan TV United Malay National Organisation cuba menunjukan kepada umum bahawa tidak ramai bukan Melayu yang turut serta dalam tunjuk perasaan BERSIH pada 9 Julai dahulu. Maknanya gerakan BERSIH ini tidak dapat sokongan dari masyarakat bukan Melayu. Ertinya 9 Julai gagal.

Taktik pecah dan perintah ini adalah taktik yang ampuh untuk digunapakai oleh pemerintah yang zalim. Lihat di Palestin. Nakba di Palestin berterusan hingga ke hari ini tanpa henti henti. Warga Palestin terus diserang oleh kaum Zionis. Bagitu juga di Tanah Melayu, semenjak 31 Ogos 1957 dahulu, Malapetaka ini bukan berkurangan malah terus bertambah. Malapetaka yang dibawa oleh United Malay National Organisation ini dari hari ke hari semakin mencekik kehidupan warga.

Kaum Zionis di Palestin telah menggunakan rasisme sebagai senjata yang ampuh. Kaum Yahudi telah dinobatkan sebagai kaum terpilih bukan sahaja di dunia ini malah di akhirat juga. Di Tanah Melayu ini, United Malay National Organisation telah mengunakan falsafah 'ketuanan Melayu' dimana dikatakan manusia Melayu memiliki hak-hak yang istemewa. Diheboh dan dicanang ke hulu ke hilir bahawa tanpa 'ketuanan Melayu' dan tanpa United Malay National Organisation negara kita ini tidak mungkin wujud. Inilah apa yang saya katakan Malapetaka.

Hari ini secara dirancang melalui akta dan peraturan garis pisah bangsa-bangsa telah diwujudkan. Melalui hukum dan syarat yang disadur dengan hujah agama, tembok pemisah telah didirikan. Setiakawan antara India, Melayu dan Cina tidak dibenarkan mengampuh budaya bangsa. Prasangka antara bangsa -bangsa sengaja diatur dan disusun untuk memastikan orang ramai terus syak wasangka sesama sendiri. Suasana syak wasangka ini amat baik untuk United Malay National Organisation meneruskan kuasa. Inilah yang saya maksudkan dengan Malapetaka.

Ogos bulan Malapetaka ini sedang memperlihatkan kepada orang ramai bagaimana taktik pecah dan perintah dijalankan. Minggu lalu, tiba-tiba media kita heboh dengan berita Melayu murtad. Berita Melayu makan dalam gereja. Berita tentang penganut agama Kristian bersedekah kerana berniat untuk memurtadkan Melayu. Semua yang berlaku ini sebenarnya ialah taktik United Malay National Organisation.

Sebelum berita Melayu murtad ini kita telah membaca berita kepala babi ditemui dalam kawasan masjid. Berita masjid dilempar cat. Berita gereja dibakar.

Apa makna semua ini?

Semua ini adalah taktik dan strategi gerombolan untuk menakut-nakutkan Melayu. Manusia Melayu wajib terus ditakutkan. Jika manusia Melayu takut maka mereka akan mencari perlindungan. United Malay National sedang memasang lukah untuk memerangkap Melayu yang takut. Apa dia Melayu yang takut?

Melayu yang takut adalah Melayu yang rendah diri. Melayu yang berjiwa hamba. Melayu yang sanggup mencium ke bawah duli. Melayu yang telah bagitu lama ditakut-takutkan sehinggakan tidak lagi memiliki inisiatif sendiri. Melayu yang takut ini cukup bijak dengan budaya bodek yang telah disebarkan oleh United Malay National Organisation. Melayu yang takut ini hanya sanggup menerima fatwa kerana tidak ada memiliki fikrah yang kritikal. Otak manusia Melayu yang takut ini telah di bonsaikan oleh United Malay National Organisation semenjak 31 Ogos 1957. Justeru tarikh itu saya nobatkan sebagai hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. END

Saturday, August 20, 2011

Australia denda pemandu wanita tak tanggal niqab jika diarah polis

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia semalam berkata pengguna jalan raya yang enggan membuka penutup muka seperti burqa, topi keledar dan topeng selepas polis, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun. Di bawah undang-undang pindaan di New South Wales, polis akan meminta pemandu menanggalkan topi keledar, topeng, niqab yang menutup muka dan burqa. Enggan berbuat demikian boleh dikenakan denda A$220 (RM681.21), namun dalam kebanyakan kes serius boleh menyebabkan mereka dipenjara hingga setahun dan denda A$5,500 (RM15,477.97).

“Penduduk hanya diminta membuka penutup muka untuk mengenal pasti identiti mereka,” kata Perdana Menteri New South Waltes, Barry O’Farrell.

“Mereka yang mahu dikenal pasti secara persendirian atas alasan budaya dan agama boleh meminta untuk pergi ke balai polis.”

Perubahan itu yang akan diperkenalkan ke parlimen minggu depan, juga memberi kerajaan kuasa untuk meminta menanggalkan penutup muka di mahkamah sambil pelawat ke penjara juga diminta mengeluarkan mana-mana penutup yang menghalang pengenalan identiti mereka.
Mereka yang enggan boleh dikenakan denda sehingga A$550 (RM1,700.63).

“Saya menghormati setiap aspek agama dan kepercayaan berbeza namun apabila ia membabitkan penguatkuasaan undang-undang, polis perlu diberi kuasa mencukupi untuk mengenal pasti identiti,” kata O’Farrell dalam satu kenyataan.

Perubahan itu diikuti kes terbaru seorang wanita Islam dilepaskan apabila seorang majistret memutuskan dia tidak dapat dikenal pasti secara positif kerana memakai burqa. – Agensi

Thursday, August 18, 2011

Kebebasan beragama & sekatan perlembagaan - Musa Awang

Ogos 18, 11
Suatu penjelasan perlu dibuat berulang kali, bahawa Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah agama persekutuan, bukan agama rasmi seperti yang biasa dihujahkan oleh pihak-pihak yang tidak memahami konteks perundangan.

Mendefiniskan Islam sebagai “agama rasmi” negara adalah tidak tepat kerana perkataan “rasmi” itu tidak pernah disebut dalam Perkara 3. Frasa “agama rasmi” juga akan menyempitkan tafsiran tersebut dan akan menjadikan agama Islam terhad kepada amalan ritual serta upacara rasmi dan keagamaan semata-mata.

Perkara 3 (1) Perlembagaan memperuntukkan bahawa : “Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama tertinggi Negara bukan sahaja berfaktor dari fakta sejarah, yang mana Islam menjadi agama yang dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi, tetapi juga sebagai mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang semuanya adalah beragama Islam sewaktu Negara ini dibentuk.

Kedudukan Perkara 3 ini sudah pun diperjelaskan melalui penghakiman-penghakiman yang diputuskan oleh mahkamah, namun ada pihak yang masih mempertikaikannya. Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lain [2007] 3 AMR 693, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memberi makna Islam sebagai “bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman”.

Peruntukan Perkara 3 ini amat bersangkut paut dengan kelangsungan kuasa Raja-raja Melayu, sebagai ketua agama Islam di persekutuan dan di negeri-negeri. Peruntukan ini tidak mudah untuk dipinda, kerana ia perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, walaupun setelah mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen.

Walaupun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan, tetapi secara harmoninya, penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Ini bukan sahaja diperuntukkan dalam Perkara 3 (1) di atas, malah ditekankan lagi dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa : “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.”

Malah, Perkara 11 (3) Perlembagaan memberikan hak kepada penganut agama-agama ini termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

Sungguhpun begitu, kebebasan yang diberikan tersebut tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam. Ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama tertinggi dalam Negara.

Maka, Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.

Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”

Kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing-masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain. Perkara ini diperuntukkan dalam Perkara 11 (5) Perlembagaan.

Berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah perkara 11 (4) Perlembagaan tersebut, maka kerajaan-kerajaan negeri sejak 30 tahun yang lalu telah meluluskan undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam, sebagaimana berikut :-

1. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Terengganu, 1980 (Enakmen No. 1/1980)

2. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kelantan, 1981 (Enakmen No. 11/1981)

3. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kedah, 1988

4. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Melaka, 1988 (Enakmen No. 1/1988)

5. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perak, 1988 (Enakmen No. 10/1988)

6. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No. 1/1988)

7. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Pahang, 1989 (Enakmen No. 5/1989)

8. Negeri Sembilan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Negeri Sembilan, 1991

9. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Johor, 1991 (Enakmen No. 12/1991)

Hanya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Perlis yang belum menggubal undang-undang sedemikian, walaupun kuasa telah diberikan oleh Perlembagaan.

Tafsiran "agama bukan Islam" yang disebut dalam enakmen ini adalah luas meliputi agama-agama arus utama seperti Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi atau mana-mana cabang atau serpihan dari agama-agama tersebut. Termasuklah juga amalan menyembah roh datuk nenek, animisme, dan lain-lain yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai berunsur Islam.

Kesalahan-kesalahan yang termaktub dalam enakmen itu ialah :-

• Seseorang yang menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan atau membiarkan seseorang beragama Islam di bawah umur 18 tahun supaya menerima ajaran agama bukan Islam, atau supaya dia menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah, atau aktiviti keagamaan agama bukan Islam atau aktiviti yang dianjurkan untuk faedah suatu agama bukan Islam, maka ia adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya (Seksyen 5).

• Seseorang yang mendekati orang Islam bertujuan mendedahkannya kepada apa-apa ucapan, pertunjukan, mengunjungi, mengatur, berusaha mengadakan suatu perjumpaan dengannya, atau menghubungi dengan telefon, bagi maksud mendedahkan orang itu kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai agama bukan Islam, juga adalah kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama tempoh enam bulan atau kedua-duanya (Seksyen 6).

• Seseorang yang menghantar, menyerahkan, menyebabkan dihantar, diserahkan kepada seorang lain yang beragama Islam di dalam atau di luar negeri, atau dari luar negeri, menghantar atau menyerahkan kepada seorang yang beragama Islam di dalam negeri, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, atau bahan iklan bagi terbitan itu, yang mana tidak diminta oleh orang itu, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara selama tempoh tiga bulan atau kedua-duanya (Seksyen 7).

• Seseorang yang membahagi-bahagikan di suatu tempat awam, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, menyerahkan salinan terbitan itu kepada seorang Islam, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 8).

• Seseorang yang membuat apa-apa tulisan yang diterbitkan dalam apa-apa ucapan atau pernyataan terbuka, atau dalam suatu perhimpunan yang dirancang, atau dalam pernyataan yang diterbit atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang khusus untuk umat Islam sebagaimana disenaraikan dalam Bahagian I (Jadual) Enakmen itu, atau terbitan atau virasinya, menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 9).

Antara perkataan-perkataan yang dilarang digunakan bagi maksud seksyen 9 tersebut ialah - Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilham, Allahu Akbar, Insyallah, Astaghfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masyaallah, Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim.

Semua kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini hendaklah disifatkan sebagai kesalahan-kesalahan boleh tangkap (seizable offence) bagi maksud Kanun Prosedur Jenayah, yakni pegawai yang diberi kuasa boleh menyiasat kesalahan di bawah undang-undang ini dan boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki telah melakukan mana-mana kesalahan itu. Kes-kes berkenaan akan dibicarakan oleh seorang Majistret.

Undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam tersebut bukan sahaja boleh dikenakan terhadap bukan Islam, tetapi juga boleh dikenakan ke atas orang Islam yang bersekongkol dengan bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka. Orang Islam juga boleh didakwa menurut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah negeri, iaitu kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina, yang jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada tahun 2002, di Negeri Pahang, dalam kes Pendakwaraya v Krishnan a/l Muthu, tertuduh seorang bukan Islam telah didakwa kerana melakukan kesalahan menyalahi Seksyen 4 (2) (i) Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Ugama Bukan Islam) Pahang 1989. Tertuduh telah disabitkan bersalah dan dihukum dipenjara selama 20 hari dan didenda RM1,500.00.

Mungkin ada penjelasan yang munasabah mengapa undang-undang kawalan agama bukan Islam di kalangan orang Islam masih tidak digubal oleh Parlimen untuk Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) , Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, yang mana ketua agama bagi keempat-empat negeri ini adalah Yang DiPertuan Agong.

Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lain [2007] 3 AMR 693, seorang wanita Melayu telah dibaptiskan di sebuah gereja di Kuala Lumpur. Akan tetapi, tindakan tidak boleh diambil terhadap beliau dan mereka yang terlibat kerana di Wilayah Persekutuan belum wujud Akta Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam).

Timbulnya isu siasatan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos 2011 lalu adalah suatu hikmah dan rahmat di bulan Ramadhan yang mulia ini, di mana insiden adalah kali kedua (sebelum ini kes penggunaan kalimah Allah oleh gereja), yang sepatutnya membuka mata pihak-pihak berkenaan, agar segera mencari jalan supaya undang-undang tersebut digubal dan dikuatkuasakan secepat mungkin di Wilayah Persekutuan. Begitu juga dengan pihak berkuasa negeri Perlis. Wallahu'alam.

Penulis ialah Timbalan Presiden , Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Wednesday, August 17, 2011

Wajah penyamun simbah asid

KUALA LUMPUR: Polis kini memburu beberapa suspek dipercayai terbabit dalam dua kes simbah asid berasingan di ibu negara baru-baru ini, namun menafikan suspek individu yang sama menggemparkan negara dengan beberapa kes simbah asid awal tahun ini.

Satu kes berkenaan berlaku pada 26 Julai lalu, menyebabkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat dirompak RM18,000 milik syarikatnya selepas disimbah cecair selepas keluar tandas di sebuah stesen minyak di Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi, di sini.

Pada 8 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun pula melecur pada muka selepas disimbah asid ketika dihampiri tiga lelaki ketika berjalan berseorangan di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dan sehingga kini mangsa masih dirawat di hospital.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, dalam kenyataannya di sini, semalam, berkata berdasarkan siasatan terhadap kedua-dua kejadian berkenaan, polis menafikan sama sekali kes itu kaitan dengan siri kejadian menyimbah cecair sebelum ini.

“Jenis cecair digunakan dalam kes ini berbeza dengan cecair kejadian lalu. Siasatan juga mendapati ciri-ciri suspek berbeza dengan gambaran suspek kes simbah asid sebelum ini. “Polis berusaha menyelesaikan kes ini secepat mungkin dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, mengesan saksi termasuk menemuduga mangsa bagi tujuan mendapatkan gambaran jrupa bentuk fizikal suspek,” katanya.

Menurutnya, setakat ini polis membuat lakaran wajah seorang suspek rompakan yang menggunakan asid di stesen minyak berkenaan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali wajah suspek tampil memberi maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops melalui 03-21159999,” katanya. -  H Metro

Tuesday, August 16, 2011

Kes Tajudin Ramli : GLC terperangkap

Nampaknya hanya Tan Sri Tajudin Ramli dan peguam Umno, Hafarizam Harun sahaja yang tahu terma-terma penyelesaian global yang membabitkan pertikaian membabitkan berbilion ringgit yang sudah lama berlanjutan, antara bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) itu dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat.

Penyelesaian global itu telah disebut beberapa kali tetapi tidak pernah didedahkan sejak Oktober lalu, apabila peguam Tajudin - Lim Kean Leong - memohon penangguhan kes-kes tersebut yang sedang didengar di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, tidak seorang pun peguam GLC terbabit, telah dimaklumkan mengenai terma-terma penyelesaian tersebut, dan dengan siapa Tajudin berunding.

Isu tersebut mendapat perhatian apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, beliau telah diberi mandat untuk berurusan berhubung "perkara tersebut" selepas mendapat kelulusan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah.

Tajuddin, yang menghadapi dakwaan menyebabkan MAS kerugian lebih RM8 bilion ketika beliau menerajui syarikat penerbangan negara itu, berdepan dengan tindakan undang-undang oleh GLC terbabit untuk mendapatkan semula hutang berkenaan.

Difahamkan satu pertemuan telah diadakan malam tadi, antara Khazanah Nasional Bhd - cabang pelaburan kerajaan - dengan GLC terlibat, untuk membincangkan perkara tersebut.

Pertemuan tersebut yang dipanggil oleh ketua bahagian perundangan
Khazanah - Md Nasri Sallehuddin - dihadiri wakil Khazanah, Telekom Malaysia, Celcom, MAS dan CIMB.

Ia diadakan seminggu selepas Nazri mengeluarkan sepucuk surat
kontroversi, yang menyebut bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan, telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.

Menurut Nazri, GLC yang mempunyai kes-kes terhadap Tajudin (kiri) dikehendaki melantik firma guaman Hafarizam Wan Aishah Mubarak - firma yang rapat dengan Umno untuk mewakili mereka.

Dalam pertemuan tersebut, GLC berkenaan dimaklumkan bahawa terma penyelesaian global itu akan didedahkan kepada mereka hanya jika mereka bersetuju melantik Hafarizam sebagai peguam mereka. - malaysiakini


Saturday, August 13, 2011

Umno jumpa SPR bincang p’raya bersih hanya jenaka

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 13 Ogos: Langkah pimpinan Umno Barisan Nasional untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil disifatkan sebagai tidak 'genuine’.

Bahkan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa langkah itu sebagai palsu, wayang dan lawak jenaka.

“Apa saja yang dibuat oleh UMNO-BN, bagi saya itu adalah satu ‘wayang’, pada hal apa yang dibuat oleh Umno-BN, kita boleh buktikan, di belakangnya adalah arahan daripada pimpinan Umno-BN itu sendiri.

“Jadi kalau mereka hendak jumpa SPR bagi mewujudkan satu pilihan raya bersih, itu satu yang tidak ‘genuine’, palsu, wayang dan lawak jenaka,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian hadiah kepada peserta Auto Show Himpunan Remaja Ramadhan di Qariah Ramadhan Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, malam tadi.

Beliau mengulas perkembangan terbaru BN akan mengadakan pertemuan dengan SPR bagi membincangkan kaedah terbaik untuk memastikan proses pilihan raya di negara ini berjalan dengan bersih dan adil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam membayangkan mahu mengadakan perundingan dengan SPR bagi membolehkan merumus kaedah yang boleh menjamin pilihan raya tidak boleh dipertikaikan.

Mengulas fenomena yang berlaku dalam negara mutakhir ini yang didakwa membabitkan pimpinan tertinggi Umno BN namun sering dinafikan dan itu perlu kepada perdebatan, Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berkata pihak Pakatan Rakyat bila-bila masa saja bersedia untuk berdebat (dalam isu berkenaan) kerana memang wajar.

“Namun saya tidak yakin pihak Umno BN bersedia menyahut cabaran,” katanya.

Mengulas isu pemastautin tetap (PR) yang bertukar kepada pemegang Mykad dan seterusnya tersenarai sebagai pemilih dalam Daftar Pemilih SPR, beliau berpendapat perkara itu tidak begitu komplikated untuk difahami.

Ini, katanya kerana untuk memproses kewarganegaraan perlu melalui beberapa prosedur dan tata cara tertentu.

“Kalau sekirnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memproses permohonan kewarganegaraan mengikut tata caranya yang ditetapkan, itu tidak menjadi masalah.

“Namun yang kita lihat sekarang seolah-olah ada perancangan dan konspirasi pendaftaran atau pun kelulusan permohonan kewarganegaraan itu dan ada tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contohnya, yang dibuktikan oleh kita ialah untuk tujuan pilihan raya.

“Ini kerana apabila penama berkenaan dapat kewarganegaraan, maka orang itu seolah-olah dipaksa untuk didaftarkan sebagai pemilih dan sudah tentulah memihak kepada pihak Kerajaan Persekutuan yang meluluskan kewarganegaraan itu.

“Bagi saya, beban untuk buktikan bahawa tidak berlaku penyelewengan itu JPN mestilah memberi penerangtan yang jelas,” katanya.

Beliau mendakwa perkara yang berlaku sekarang adalah perancangan yang terperinci Umno BN sendiri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka pada bila-bila masa, dan Umno BN nampak sokongan pengundi berdaftar yang ada itu menjejaskan sokongan kepada mereka.

“Oleh sebab itu mereka terpaksa buat apa saja untuk mencari undi yang pasti oleh kerana di Sarawak, yang dianggap ‘fix deposit’ kepada Umno BN itu pun sudah tidak terjamin lagi,” katanya - Harakah Daily

Bekas komando TUDM pula dedah penipuan undi pos

Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 12 Ogos: "Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth.

Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.

Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.

Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.

"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.

Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.

Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth

Thursday, August 11, 2011

Wartawan & Stesen TV UK 'Serbu' Hospital Royal London Untuk Interbiu Asyraf

KOTA KINABALU: Nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Mohd Asyraf Haziq Rosli, 20, terus mendapat simpati rakyat Britain sejak klip video beliau diserang disiarkan di media utama dan di internet.

Ini menyebabkan Hospital Royal London di White Chapel di mana Mohd Asyraf Haziq dirawat, telah dibanjiri wartawan daripada saluran berita tempatan dan antarabangsa untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai beliau.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman ketika menceritakan perkembangan ini kepada para wartawan menambah, pelajar tahun pertama bidang perakaunan yang menuntut di di Kaplan Financial College itu, telah selamat menjalani pembedahan lebih tiga jam pada 1 petang (9 malam waktu Malaysia) semalam untuk memasukkan plat logam di dalam rahangnya.

Pada Isnin, Mohd Asyraf Haziq diserang dan dirompak oleh sekumpulan remaja yang merusuk di sekitar London. Akibat daripada serangan itu beliau mengalami kecederaan patah tulang rahang.

Dalam pada itu Anifah juga menasihati rakyat Malaysia di Britain agar sentiasa berwaspada sekiranya berlaku sebarang keganasan.

Beliau berkata, walaupun tidak ada laporan rusuhan pada malam kelima sejak Sabtu, kehadiran polis, yang sekarang meningkat tiga kali ganda kepada 16,000 anggota mengawal jalan-jalan, ialah petunjuk keadaan masih belum pulih sepenuhnya.

"Apa yang penting ialah agar warga kita sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga demi kebaikan mereka. Adalah penting bagi mereka agar menghindari kawasan-kawasan (yang terjejas rusuhan)," katanya di sini malam ini pada sidang media tentang situasi terkini di Britain.

Beliau juga berkata keadaan di seluruh Britain agak tenang untuk pelancong Malaysia, tetapi mengingatkan mereka agar memaklumkan kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London tentang lokasi mereka.

Anifah berkata, insiden memecah masuk dan mencuri di London telah merebak ke 23 kawasan dan 14 kawasan di luar bandar raya itu. - mStar

Monday, August 8, 2011

Betulkah pemastautin diberi hak mengundi? — Aspan Alias

August 08, 2011  — Isu besar yang hangat diperkatakan hari ini ialah isu pendatang asing yang menjadi pemastautin telah diberikan kerakyatan dan terus diberikan hak mengundi.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang telah menghantar surat hari ini untuk mendesak persidangan Parlimen tergempar dipanggil untuk membincangkan isu seramai 1,600 orang pemastautin tetap yang dikatakan diberikan kerakyatan penuh untuk memudahkan mereka menjadi pengundi semasa pilihan raya umum yang akan datang.

Jika isu ini benar ia merupakan isu yang sangat besar dan merbahayakan negara serta Sistem Raja Berpelembagaan Negara kita. Kita sedang menghadapi masalah besar di Sabah tentang isu ini dan kita masih lagi tidak mahu belajar dari kesilapan ini semata-mata kerana ingin mempertahankan kuasa yang kita anggap sudah sampai ketepian itu.

Isu pendatang asing menjadi pengundi ini memang telah lama kita dengar malahan ada di antara rakan saya sendiri pernah di tahan kerana dituduh mengeluarkan kad pengenalan palsu untuk kegunaan dalam pilihan raya. Jika apa yang dituduh ini benar ianya serupalah seperti memanggil orang luar untuk membantu memerangi bangsa dan rakyat kita sendiri.

Saya tidak pasti kebenaran tuduhan ini tetapi jika benar maka sesiapa yang mempunyai pemikiran seperti ini adalah rakyat yang paling tidak bertanggungjawab dan tidak ada kata-kata untuk diberikan terhadap mereka ini. Tindakan itu adalah satu tindakan yang sehina-hinanya yang tidak ada tolok bandingnya.

Tetapi jika ada ahli-ahli Parlimen meminta supaya dipanggil persidangan tergempar untuk membincangkan isu ini maka ianya merupakan satu perkara dan isu yang sangat besar yang pada jangka masa panjangnya akan merbahayakan keselamatan negara kita ini.

Membincangkan isu ini di Dewan Parlimen merupakan jalan yang terbaik supaya tidak ada pihak-pihak yang akan menuduh kita melakukan tindakan jalanan untuk membuat tuntutan terhadap sesuatu isu itu. Jika boleh kita tuntut juga supaya persidangan itu di adakan secara langsung bagi rakyat melihat dan membuat penilaian terhadap isu ini.

Jika benar perkara ini di lakukan oleh pihak pemerintah sebagai cara untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya nanti, maka ianya memberikan lagi bukti yang pemerintah sekarang sendiri tahu yang mereka sedang ditolak oleh rakyat. Mereka terpaksa menggunakan rakyat negara lain untuk memberikan undi kepada mereka bagi meneruskan pemerintahan cara yang sama-sama kita lihat pada hari ini.

Kita berharap tuduhan ini tidak benar kerana jika benar ianya merupakan signal jelas kepada kita yang parti yang menggunakan pendatang asing untuk dijadikan pengundi secara kilat ini adalah parti yang tidak lagi patut mendapat sokongan rakyat tempatan yang asal.

Tindakan ini jika ada kebenarannya walaupun sedikit akan akhirnya menjadikan politik negara ini sebagai medan pertembungan di antara rakyat asal dan rakyat pendatang. Jangan pula nanti pilihan raya nanti akan menjadi pilihan raya di antara pendatang asing yang di sokong oleh Barisan Nasional dan rakyat asal negara yang disokong oleh Pakatan Rakyat.

Walau bagaimana pun elok kita tunggu persidangan tergempar ini berlalu terlebih dahulu. Datuk Seri Nazri Aziz yang telah menerima surat dari ahli-ahli Parlimen pagi tadi menyatakan tidak ada masalah untuk mengadakan persidangan tergempar itu. Surat itu akan di berikan kepada Datuk Seri Najib selepas berbuka puasa petang nanti.

Marilah kita berdoa supaya negara kita tidak akan menghadapi malapetaka seperti yang dihadapi oleh banyak negara kerana pendatang asing ini. — aspanaliasnet.blogspot.com

Sogokan Untuk Menukar Aqidah : Siapa Pelopornya?

by Nik Abdul Aziz Nik Mat Monday, August 8, 2011 at 8:32pm.

Dalam sehari dua ini, tidak ada cerita yang lebih panas melainkan isu serbuan gereja di Selangor oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ruang-ruang media massa eletronik dan cetak digunakan sepenuhnya untuk menghebohkan cerita serbuan ini. Hilang sudah kisah penduduk tetap yang diberikan kerakyatan segera, dan barangkali juga turut hilang cerita saya dicabar untuk menafikan pertemuan dengan pihak tertentu untuk dilantik sebagai ketua Pakatan Rakyat. Selepas saya menyahut cabaran, tidak terlintas pula di dada akhbar orang yang mencabar saya. Jika sibuk beribadah di bulan Ramadhan, saya ucapkan tahniah.

Apapun, isu serbuan di gereja ini dihebohkan dengan kononnya ada orang-orang Islam yang diberikan habuan untuk menukar aqidah dan murtad dari agama. Soal benar atau tidak, saya serahkan kepada pihak berkenaan untuk melakukan siasatan. Namun, cerita manusia disogok wang ini bukan baru. Bahkan jika disebut tentang kepakaran menyogok wang ini, saya kira ada pihak lain yang lebih mahir dari pihak yang disebut-sebut itu. Cuma barangkali yang disebut-sebut sekarang ialah gereja dan pihak Kristian, sedangkan yang lebih hebat bermain wang dan sogokan seolah-olah tidak bersalah.

Hakikatnya, UMNO sudah lama bermain dengan sogokan ini. Bukankah setiap kali pilihanraya, rakyat disogok dengan pelbagai sogokan untuk mengundi parti mereka? Projek-projek mee segera diumumkan serta merta di kawasan di mana berlakunya pilihanraya kecil, apa namanya ini jika bukan sogokan? Sogokan tidak semestinya dalam bentuk wang yang diberikan di gereja. Sogokan juga boleh datang dalam bentuk projek mee segera. Itu belum dikira penggunaan wang secara berleluasa menjelangnya pilihanraya. Justeru, jika media massa milik UMNO sibuk menghebohkan soal gereja memberikan sogokan, saya kira mereka patut malu dengan diri mereka sendiri yang sudah bergelumang dengan jenayah moral ini begitu lama.

Perlulah diingat, Islam tidak tertegak dengan sogokan wang. Para sahabat yang mendaftar masuk sebagai muslim di zaman Rasulullah SAW tidak pernah terpaut kerana sogokan wang. Mereka datang kerana keyakinan mereka bahawa Islam itu benar. Bahkan Rasulullah SAW sendiri tidak dilantik dari kalangan orang-orang kaya dan berada untuk membersihkan Islam dari pengaruh kekayaan dan harta baginda. Baginda dipilih dari kalangan anak yatim dan bertugas pula sebagai pembela kambing sebelum dilantik menjadi Nabi. Ertinya, bukan pengaruh kekayaan dan pangkat baginda yang menarik manusia untuk memeluk Islam, tetapi akhlak, peribadi dan kebenaran Islam itu sendiri. Inilah yang disebut oleh isteri baginda, Khadijah Radhiallahu anha sewaktu memujuk suaminya itu yang sedang ketakutan selepas menerima wahyu yang pertama :

لا،أبشر، فوالله لا يخزيك الله أبدا؛ إنك لتصل الرحم، وتصدق الحديث، وتحمل الكل،وتقري الضيف، وتعين على نوائب الحق

Yang bermaksud : “Tidak, bergembiralah, demi Allah kamu tidak akan ditakutkan oleh Allah selama-lamanya. Sesungguhnya kamu menyambung silaturrahm, benar dalam kata-kata, menepati timbangan, memuliakan tetamu dan menolong orang-orang yang berhak…” – Hadis riwayat Bukhari.

Itulah sifat-sifat Rasulullah SAW yang disebut oleh isterinya yang tidak ada satupun menyenaraikan suaminya itu sebagai seorang yang kaya dan berpangkat. Budi pekerti yang baik inilah yang menarik seterusnya mengikat manusia dengan akidah Islam. Bahkan sebelum kenabian baginda lagi, baginda digelar sebagai al-Amin (yang amanah) dan bukan al-Ghaniyy (kaya). Justeru, baginda tidak datang dengan habuan wang ringgit dan projek-projek pembangunan untuk menarik manusia sebagaimana yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Sedangkan inilah yang dipohon oleh orang-orang kafir yang sudah enggan beriman dengan baginda. Firman Allah SWT :

وقالوا لن نؤمن لك حتى تفجر لنا من الأرض ينبوعا ( 90 ) أو تكون لك جنة من نخيل وعنب فتفجر الأنهار خلالها تفجيرا ( 91 ) أو تسقط السماء كما زعمت علينا كسفا أو تأتي بالله والملائكة قبيلا ( 92 ) أو يكون لك بيت من زخرف أو ترقى في السماء ولن نؤمن لرقيك حتى تنزل علينا كتابا نقرؤه قل سبحان ربي هل كنت إلا بشرا رسولا ( 93 )

Yang bermaksud : Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami, atau kamu mempunyai sebuah kebun korma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya, atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami. atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah Kitab yang kami baca". Katakanlah: "Maha Suci Tuhanku, bukankah Aku Ini Hanya seorang manusia yang menjadi rasul?" – Surah al-Israk, ayat 90-93

Adapun UMNO, sangat berbeza dengan pendekatan yang diajar oleh nabi. Wang ringgit digunakan sewenang-wenangnya untuk menyogok rakyat seolah-olah rakyat sudah menjadi bahan belian yang boleh ditukar ganti dengan nilai. Padahal ditetapkan umur 21 tahun untuk layak mengundi dengan tujuan supaya pengundi dapat menggunakan pertimbangan akal fikiran yang matang untuk memilih pemimpin. Lalu jika wang ringgit digunakan untuk membeli pertimbangan ini, apa gunanya ditetapkan umur 21 tahun?

Di Terengganu sewaktu Dato Seri Presiden PAS menjadi Menteri Besar, mereka sekat royalti minyak dan ditukar menjadi wang ihsan. Lalu wang ihsan inilah yang dijaja ke seluruh negeri untuk menyogok rakyat. Begitu juga di Kelantan hari ini, mereka menjaja wang ihsan yang asalnya merupakan royalti yang wajib dibayar. Diheboh pula bahawa Kelantan tidak akan membangun tanpa UMNO, tidak ubah seperti ayam jantan yang mendakwa matahari tidak akan naik jika ia tidak berkokok! Saya kira, apa yang UMNO lakukan di Kelantan dan Terengganu ini hakikatnya tidak kurang teruknya dengan apa yang didakwa dilakukan oleh gereja dan gerakan kristianisasi. Itupun jika berita yang disebarkan itu benar. Biasanya jika media UMNO yang berbicara, daripada 9 perkara yang disebut, 10 daripadanya hanyalah provokasi dan manipulasi maklumat!

Dari sudut yang lain, jika orang Melayu sudah begitu teruk sehingga akidah mereka mampu dibeli oleh gerakan Kristianisasi, manakah maruah UMNO yang selama ini sibuk berjuang menjaga Melayu dan Islam? Nampaknya Malaysia ini tidaklah makmur sangat di bawah kepimpinan UMNO sehingga akidah pun mampu dibeli dengan duit. Alhamdulillah, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang membentangkan statistik kes murtad beberapa bulan lepas daripada tahun 2000 sehingga tahun 2010, tidak ada satu pun kes yang terlibat di Kelantan.

Kesimpulannya, jika gerakan Kristianisasi itu teruk, maka UMNO pun tidak kurang teruknya!

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia NIk Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 8 Ramadhan 1432H / 8 Ogos 2011M

Sunday, August 7, 2011

Nombor pendaftaran KDA 1 RM112,200

Nombor Pendaftaran KDA Catat Tawaran Tender RM762,601 ALOR SETAR: Nombor pendaftaran kenderaan 'KDA' mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lepas.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut.

"Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100.

KDA bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana telah memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi, katanya.

Beliau berkata dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lepas, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini.

Ahmad Musadad berkata pendaftaran bagi KDB telah dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini. BERNAMA

Saturday, August 6, 2011

BERSIH 3.0 menyusul ....

Pakatan: Bersih 3.0 susul jika Najib gagal bersihkan daftar pemilih

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Sambil menegaskan pihaknya tidak meletakkan sebarang keyakinan ke atas pentadbiran Najib bahawa akan menyelesaikan kemelut pengurusan pilihan raya, Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar bersih.

Jika tidak, kata Pakatan Rakyat gelombang Bersih 3.0 akan menyusul.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) menegaskan, Najib perlu bertindak segera lalu menyelesaikan semua penyelewengan dan konspirasi yang didakwa wujud demi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 termasuk terbaru dakwaan pemberian kad pengenalan MyKad kepada warganegara asing.

Bagaimana beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk Najib menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk isu pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap.
“Apa lagi yang kita boleh harapkan pada perdana menteri, Himpunan Bersih 2.0 pun beliau tak boleh nak tangani, macam mana dengan isu yang terbaru ini (pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap).

“Tapi sebagai pemerintah, beliau perlu bertindak segera... tuntutan Bersih 2.0 juga perlu dilaksanakan malah isu yang baru ini diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13,” kata Salahuddin.

Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergembar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Selain itu Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar.”

Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13.

Tegas Salahuddin, Najib harus bertanggungjawab terhadap semua penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya selain memberi penjelasan tentang langkah JPN membenarkan pemastautin tetap ditukar status menjadi warga negara Malaysia.

“Walau macam mana pun beliau (Najib) harus bertanggungjawab, beliau perlu tampil menyelesaikan semua kemelut yang berlaku ini...beliau mesti bertindak segera dan bertanggungjawab.

“Kita tahu apa yang dilakukan ini adalah usaha-usaha untuk membantu BN menang, selagi Najib sebagai perdana menteri beliau perlu tampil menyelesaikan perkara ini kerana ia akan mengancam keselamatan negara,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini turut mengingatkan pentadbiran Najib agar melakukan segera transformasi pilihan raya sekiranya tidak mahu berdepan dengan Himpunan Bersih 3.0.

“Sekiranya masih tiada perubahan sebelum pilihan raya umum ke-13 besar kemungkinan Himpunan Bersih 3.0 akan mengambil tempat.

“Kalau perlu kita akan lakukan, apa lagi yang kita boleh harapkan dengan sistem (pilihan raya) sekarang? Kalau SPR kata daftar pemilih bersih dan nafikan lagi, kita ada bukti... kita boleh buktikan, adakah kita mahu terus berdiam diri?,” katanya sambil menambah cadangan Himpunan Bersih 3.0 masih belum dibincangkan secara serius.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Ditanya apa langkah akan diambil PAS selepas ini, Salahuddin berkata pihaknya telah menyediakan beberapa pelan tindakan untuk mendesak Putrajaya.

“Saya rasa kita ada pelan tindakan...kita mempunyai beberapa siri pelan tindakan yang harus dilaksanakan dan buat masa ini tempat terbaik untuk mendedahkan semua konspirasi peringkat tertinggi ini adalah di Parlimen sebab itu kita mahu sidang tergempar Parlimen.

“Kita juga akan desak kerajaan menubuhkan inkuiri awam untuk kita kenal pasti siapa yang terlibat sehingga ke akar umbi,” katanya.

Tegas beliau, sekiranya semua pelan tindakan itu tidak dipedulikan Putrajaya, pihaknya terpaksa menghadap Yang di-Pertuan Agong sebagai langkah terakhir bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan secara bersih dan adil.

Ditanya sama ada mempercayai daftar pemilih SPR, Salahuddin bagaimana pun menegaskan “sebab itu kita mahu satu pembersihan dilakukan yang mana ia merupakan perjuangan kita selama ini.” - TMI

Wednesday, August 3, 2011

Not anti-Chinese or Malay, only anti graft - Guan Eng

GEORGE TOWN, Aug 3 — Penang Chief Minister Lim Guan Eng questioned today how he could be both anti-Chinese and anti-Malay as alleged by MCA and Umno, pointing out instead that he was only anti-corruption instead.

“Before this, they (Umno) claimed that I was anti-Malay and had sidelined them (the Malays), now they (MCA) said that I am anti-Chinese for not giving contracts to the Chinese.

“What is their actual basis to attack me?” he said at a DAP talk here last night.

In the past two weeks, Penang MCA has repeatedly accused the DAP-led state government of being anti-Chinese for awarding only two contracts in the past three years to Chinese contractors.

In its latest salvo yesterday, the state MCA said the Penang government’s decision to award only 0.2 per cent of the 968 projects tendered since the opposition party took power in 2008 suggested that Lim thought the Chinese community “incompetent”.

Before this latest attack, the Penang administration under Lim has regularly been accused by Umno, MCA’s senior partner in the ruling Barisan Nasional (BN) coalition, of being racist for allegedly discriminating against the Malay community.

“I am neither anti-Chinese nor Malay, I am only anti-corruption,” said Lim last night.

Yesterday, the Malay Contractors Association of Malaysia’s (PKMM) Penang branch defended the state’s open tender system as fair and warned Penang MCA to stop politicising contracts awarded to Bumiputeras there.

Acting Penang PKMM chief Datuk Izham Merican condemned what he said was Penang MCA’s “ignorance” for failing to understand that open tenders allowed the state government to select the best and most competitively priced contractors, regardless of race.

“By only questioning contracts awarded to Malays, is MCA being racist towards the abilities of Malay contractors whom they regard as less competent than other contractors?” Izham said in a statement yesterday.

“The Penang Malay Contractors Association of Malaysia strongly rejects MCA’s racist sentiment which insults Malay contractors ... MCA should remember that there are good and not-so-good groups in all races, including the Chinese.”

MCA Wanita deputy secretary-general Tan Cheng Liang also claimed the Penang government had awarded a RM1 million project to a 19-year-old part-time college student.

The Bumiputera student was awarded the project to construct a double-storey religious school in Batu Maung, Tan had said in her bid to support MCA’s claims that the DAP government was being unfair to Chinese contractors.

Tan’s claims have been denied by the parents of the student. - TMI

Tuesday, August 2, 2011

UMNO sudah tidak ada ruang bebas bersuara - Kadir Sheik Fadzir

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kesal kerana Umno kini sudah tidak lagi menyediakan ruang untuk memberi perbezaan pendapat, mendakwa parti kaum Melayu itu telah beralih daripada dasar-dasar dipraktikkan oleh presiden-presiden terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak.

Bekas menteri kerajaan pusat dan ahli Majlis Tertinggi Umno ini memberitahu The Malaysian Insider, beliau turut bimbang dengan budaya politik semasa dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sambil menegaskan, ia jauh berbeza berbanding pendekatan terbuka dan telus yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

“Malangnya, keadaan sudah banyak berubah dalam Umno sendiri sejak era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Ketika itu ada banyak kebebasan untuk menyuarakan pandangan kami, ruang untuk perbezaan pendapat dan debat terbuka,” kata beliau.

“Tetapi sekarang anda tidak ada persekitaran sedemikian,” kata Kadir dengan menekankan faktor-faktor yang membawanya untuk menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Kata beliau langakh itu akan membolehkannya memberi pandangan mengenai isu-isu semasa, yang tidak boleh dilakukan dalam Umno sendiri.

Bekas menteri pelancongan itu merujuk kepada kritikan sesetengah pihak ke atas ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang melahirkan pendiriannya mengenai cara pentadbiran Najib mengendalikan isu perhimpunan Bersih 2.0.

“Ia hanya satu komen, tidak bermakna beliau telah bertindak bertentangan dengan parti atau kerajaan tetapi kini ada gesaan agar beliau (Saifuddin) dipecat dari Umno,” kata Kadir.

“Ini tidak berlaku pada masa-masa lalu,” katanya lagi.

Kadir juga membandingkan kepimpinan Umno semasa dengan masa lalu dan menggunakan kes bekas Ketua Pemuda Umno dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris untuk mengetengahkan poin beliau.

“Kebanyakan daripada kami dalam Pemuda Umno tidak bersetuju apabila Datuk Harun dikenakan tuduhan rasuah.

“Kami menjadi saksi tentangan ke atas kerajaan ketika itu. Kami berkempen bagi Datuk Harun di seluruh negara... tetapi tiada tindakan diambil ke atas kami, meskipun ada perbezaan pendapat,” katanya.

“Itu bukan bermakna kami bertindak menentang BN ataupun kerajaan, ia hanya perbezaan pendapat,” kata Kadir.

Meskipun kesal dengan keadaan semasa dalam Umno, Kadir berkata beliau akan kekal dalam parti itu.

“Saya masih memegang jawatan dalam parti... ada banyak perkara dalam Umno yang saya setuju, sesetengah dasarnya,” kata beliau yang juga bendahari Umno Kulim Bandar-Baharu.

Kadir merupakan salah seorang timbalan presiden Amanah yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang. - TMI

Monday, August 1, 2011

Jalan-Jalan : Danawan, pulau tanpa negara

Rumah-rumah di persisiran pantai Pulau Danawan.
HANYA berkeluasan 0.63 kilometer persegi, Pulau Danawan tidak sebesar mana. Kedudukannya jauh dari perairan Semporna di Timur Sabah. Malah ia kelihatan lebih menghampiri Filipina daripada Semporna. Yang pasti, pulau ini bukanlah destinasi pelancongan. Jika hendak melancong sekali pun tidak boleh kerana tidak ada perkhidmatan bot secara komersial atau feri dari tanah besar Sabah menuju ke pulau tersebut. Dan di atas pulau tersebut tidak ada hotel mahu pun rumah tumpangan. Tiada juga jalan mahupun kenderaan. Tidak ada elektrik dan bekalan air yang dirawat apatah lagi pasar raya besar seperti Giant, Carrefour, Tesco atau pusat membeli-belah seperti The Mall, Pavillion, The Curve, Plaza Bukit Bintang atau pawagam.
Antara kedai runcit di Pulau Danawan.
Apakah yang ada di situ? Di pulau itu hanya terdapat dua jenis penempatan sahaja - satu milik Markas Angkatan Tugas Bersama Malaysia dan satu lagi perkampungan nelayan yang didiami oleh sebahagian besarnya kaum dari etnik Bajau Laut dan selebihnya keturunan Melayu Filipina dan Indonesia yang telah berhijrah ke situ sejak turun-temurun lagi. Mereka kini berjumlah lebih kurang 1,400 orang. Dan majoriti mereka tidak bernegara - dalam perkataan yang lain tidak memiliki kerakyatan - sama ada Malaysia, Filipina mahupun Indonesia.
Ada yang berhijrah dari Filipina dan Indonesia, ada yang dilahirkan serta dibesarkan di Pulau Danawan atau Semporna malah ada yang tidak tahu asal-usul keturunan mereka dari mana. Difahamkan, hanya sekitar 300 orang penduduk sahaja yang memiliki kad pengenalan atau taraf kewarganegaraan Malaysia. Anak-anak mereka inilah yang berpeluang ke sekolah di pulau berkenaan. Sekolah rendah itu adalah satu-satunya sekolah di situ dan memiliki tiga bilik darjah dengan 31 orang murid sepenuh masa sahaja.
Bin Martin sedang memahat kayu untuk dijadikan kerangka perahu.
Jadi bagaimanakah kami boleh berada di pulau terpencil yang terletak di Laut Sulu yang jauhnya adalah lebih kurang tiga jam perjalanan dengan bot dari Semporna? Kami bukanlah pengembara jalanan tetapi adalah tetamu kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa sekumpulan pengarang-pengarang kanan dan wartawan media tempatan untuk menyaksikan latihan gabungan tiga cabang - Laut, Udara dan Darat - dari Markas Angkatan Tugas Bersama yang berpangkalan di Tawau, Sabah dalam menangani situasi diancam oleh pengganas. Latihan tersebut dinamakan Op Pasir - iaitu akronim daripada Padanan And Sipadan Island Resort. Kedua-dua pulau tersebut terletak tidak jauh dari Pulau Danawan dan pernah menerima ancaman pengganas pada tahun 2000.
Latihan Op Pasir berlangsung di Pulau Danawan dan kembarnya yang lebih kecil iaitu Pulau Siamil yang terletak hanya kurang lebih 1.6km dari Danawan. Kami juga berpeluang menyaksikan pelaksanaan program apa yang dipanggil ‘Jiwa Murni’ iaitu program kemasyarakatan kelolaan ATM dalam membantu membaik pulih Balai Raya dan Surau Kampung Danawan dan perkhidmatan rawatan pergigian kelolaan Kor Perubatan ATM.
Mengambil upah mengumpul biji kelapa untuk dikeringkan.
Dari Markas Pertahanan Hadapan ATM yang berpusat di permukaan paling tinggi di Pulau Danawan, kami dibawa menyusuri laluan masuk ke Kampung Danawan yang dipenuhi lalang dan pohon-pohon kelapa di kiri kanan. Menghampiri tepian pantai, kami melihat dari sayup, rumah-rumah yang kesemuanya didirikan di atas laut di persisiran pantai. Ia adalah satu pemandangan yang sangat aneh. Aneh kerana walaupun terdapat kawasan tanah lapang di pulau itu yang boleh didirikan rumah, tetapi tidak ada satu rumah pun yang dibina di atas tanah kecuali balai raya kampung, surau, bangunan sekolah dan kuarters guru juga bangsal-bangsal kecil yang kelihatan seperti kedai kecil minuman dan makanan ringan. Kami tidak menemui walau satu pun restoran atau kedai makan di pulau ini.
Lumrah kehidupan
Menurut salah seorang penduduk bernama Belny Wutu, 52, dia sendiri tidak dapat mengingati bilakah kali pertama dia menjejakkan kaki ke pulau itu bersama isterinya, Pallisa Amsirin, 40.
“Aku tidak ingat. Tapi aku tahu aku masih muda...(sewaktu datang ke sini),” katanya yang tidak fasih berbahasa Melayu. Perbualan dengan kami hanya terhenti setakat itu.
Bagaimanapun, menantu lelakinya, Ahad Linjal, 29, tampil mencelah, “Bapa (mertua) tidak pandai cakap (bahasa) Melayu. Dia boleh cakap bahasa Bajau saja,” katanya.
Wajahnya kelihatan bengis namun dia menampakkan sisi dirinya yang ramah apabila meneruskan bicara dan berkongsi cerita satu-persatu kepada penulis.
Permainan bola tampar merupakan aktiviti utama bagi kanak-kanak di Pulau Danawan.
“Saya dan dia (bapa mertua) adalah nelayan. Hampir semua lelaki di Pulau Danawan juga begitu. Tangkap ikan bukan kerja, tapi itu yang kami buat setiap hari.
“Kami bukan tangkap ikan untuk dijual. Kami tangkap untuk makan. Beginilah kehidupan kami. Kalau tidak ada ikan, kami makan nasi atau ubi kayu saja,” katanya lagi.
Darmani (kiri) dan isteri Dibinah.
Bagaimanapun Ahad memberitahu, ada juga yang menangkap ikan untuk dijual. Antara ikan-ikan yang sering ditangkap adalah ikan batu, ikan putih, ikan merah dan ikan tambak.
Dia yang mengetahui kunjungan kami ke Pulau Danawan atas jemputan ATM menyambung cerita tentang pengalamannya tinggal di atas laut.
“Dulu saya pernah tinggal di sana (atas laut),” katanya sambil menunjuk ke arah sebuah perkampungan di atas laut tidak jauh dari rumahnya.
Ahad bagaimanapun menjelaskan, walaupun tinggal di atas laut memudahkannya untuk keluar menangkap ikan namun kehidupannya sekeluarga berisiko tinggi.
“Tinggal di atas laut tidak selamat. Kami sekeluarga pernah didatangi perompak pada tahun 2008. Kami diugut dengan pisau. Kami tidak tahu siapa mereka. Semua pakai topeng.
Laluan untuk ke rumah di atas air.
“Mujur tiada yang dicederakan. Selepas itu, kami berpindah ke tepi pantai di pulau ini,” kata Ahad yang kini tinggal di rumah papan beratapkan zink bersama ahli keluarganya seramai 10 orang.
Tidak prejudis
Penulis turut menemui pasangan suami isteri, Rini Darmani, 57, dan Dibinah Nurkah, 45, yang menjalankan perniagaan kedai runcit secara kecil-kecilan di Pulau Danawan.
Bagaimanapun, sejak empat bulan lalu mereka mula berjinak-jinak untuk menjual kelapa kering di Pekan Semporna sebagai satu sumber pendapatan sampingan.
Dipanggil Darmani, dia berkata, buah kelapa diperoleh daripada budak-budak kampung yang mengutipnya di sekitar pulau tersebut dengan upah 10 sen sebiji.
“Tempoh mengeringkan biji kelapa antara tiga sehingga lima hari bergantung pada cuaca. Jualan bagi setiap 100 kilogram adalah RM50. Kebiasaannya kelapa kering yang dijual untuk dijadikan bahan ubat-ubatan dan manisan,” katanya.
Dalam perjalanan pulang ke jeti, kami turut menyaksikan bagaimana penduduk tempatan menjemur dan mengeringkan gamat atau timun laut untuk dijadikan ubatan tradisional. Kami juga melihat mereka mengumpul cengkerang siput yang sangat besar untuk dijual sebagai bahan perhiasan. Dan kami sempat bertemu dengan Bin Martin, 51, yang ketika itu sedang mengetam kayu untuk dijadikan sebahagian daripada kerangka perahu.
Dia yang menetap di Pulau Danawan sejak 1972 lagi bekerja sebagai nelayan di samping mengambil upah membuat perahu demi menyara keluarganya seramai 10 orang.
Darmani mengasingkan biji-biji kelapa yang sudah dikeringkan.
“Orang luar mengupah saya untuk buat perahu. Dari awal pagi lagi saya sudah keluar rumah untuk tangkap ikan. Saya pulang ke rumah selepas tengah hari dan ambil masa satu sehingga dua jam untuk berehat kemudian menyambung kerja membuat perahu.
“Upah buat perahu secara purata adalah RM250 sebuah. Di Pulau Danawan kena pandai buat macam-macam kerja. Bukan sekadar jadi nelayan saja,” katanya.
Begitulah coretan masyarakat di Pulau Danawan sama ada rakyat tempatan atau mereka yang tanpa negara - masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk meneruskan kehidupan di pulau terpencil itu.
Antara rumah di Pulau Danawan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyertai rombongan media ke pulau itu berkata, ATM tidak bersikap prejudis apabila menyentuh tentang soal kemanusiaan dan juga isu keselamatan.
Atas dasar dan semangat inilah katanya, ATM menerusi Kor Pendidikannya akan menyalurkan tenaga pengajar tambahan dari semasa ke semasa ke Pulau Danawan untuk membantu mengajar anak-anak penduduk yang tidak bernegara membaca, mengeja dan mengira sebagai asas untuk mereka membesar kerana mereka tidak dapat mendaftarkan diri sebagai murid sekolah kerana tidak memiliki taraf kewarganegaraan.
Selepas beramah mesra dengan penduduk tempatan, Zahid Hamidi menyertai penduduk kampung untuk makan tengah hari di pekarangan Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Danawan. Masakan disediakan oleh anggota-anggota tentera yang berpangkalan di pulau berkenaan. Selepas itu kami bersama-sama Zahid menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat tempatan di surau Kampung Danawan. Zahid sendiri mengimamkan sembahyang Jumaat di surau berkenaan dan sebelum berlepas pulang menyumbangkan sedikit peruntukan untuk pembinaan tandas di surau itu.
Dan menjelang jam 3.05 petang kami berlepas pulang meninggalkan Pulau Danawan membawa bersama kenangan yang tidak mungkin akan dapat dilupakan sepanjang hayat - mStar